Tuesday, 19 February 2013

Cahaya-Cahaya Yang Menyinari Alat-Alat Untuk Beramal





CAHAYA-CAHAYA YANG MENYINARI ALAT-ALAT UNTUK BERAMAL



Daripada Sirah Nabi S.A.W, kita pelajari pelbagai pendekatan dan strategi untuk melakukan perubahan total.

Perubahan yang akan membuat kita akhirnya menjadi Khalifah Allah S.W.T untuk melaksanakan segala perintahNya dan mencegah segala laranganNya.

Kita sering berdoa dengan pelbagai doa. Antaranya:


اَلَّلهُّمَ اجْعَلْ فِى قَلْبِي نُوْرَا

"Ya Allah jadikan dalam hatiku penuh dengan cahaya"


Bagaimana cahaya itu datang dan bagaimana ia bermakna kepada kita pula?

Ibnu Athaillah menjelaskan:


أَنْوَارٌ أُذِنَ لَهَا فِي الوُصُوْلِ، وَأَنْوَارٌ أُذِنَ لَهَا فِي الدُخُوْلِ

Ada cahaya-cahaya yang hanya diizinkan Allah untuk sampai ke hati, dan ada pula cahaya-cahaya yang Allah izin masuk ke dalam hati

There are lights that are allowed to arrive and lights that are allowed to enter

Bila cahaya itu masuk ke dalam hati, ia mampu menerbitkan pelbagai ilham dari Allah S.W.T

Bila ilham itu datang, kita pula mampu mencapai pelbagai alat-alat yang luar biasa untuk beramal.

Kepelbagaian alat untuk pelbagai amal sangat penting.

Teringat kata-kata Abraham Maslow:

"If the only tool you have is a hammer, you tend to see every problem as a nail"

Sebagai pendakwah, kita kena sedia mndengar dan belajar bagaimana memiliki pelbagai alat; agar kita dapat menyelesaikan pelbagai masalah ummah dengan pelbagai teknik.....

Sunday, 17 February 2013

Bangunlah Berbicara dengan Sang Pencipta


Bangunlah Berbicara dengan Sang Pencipta


Bangunlah sedikit dari malam2 kehidupan kita 

untuk berbual2 dgn Sang Pencipta

Jgn kita leka kehidupan yg sementara

Kejutkan ahli KELUARGA

Bunuh nafsu gelora

Bertukar reda

Dari mereka-reka

Sejuta cita-cita

Yang tak ke mana

Jadilah nafsu yang diredha

Ummah di luar sana

sangat dahaga

Mereka sedang perhatikan kononnya

penyeru ke pintu syurga

Adakah mereka dan kita sama sahaja

Hanya pandai bicara

dan tak pandai dikota

Walau di siang kita bagaikan singa

Atau penunggang kuda

Terus mara

Gagah perkasa

Tapi bukan kah kita

Waktu malam gelap gelita

Bagai rahib pendita

Membasahi mata

Membilang dosa

Meronta-ronta Dalam Hati Menafikan Pujian Orang Ramai




Meronta-ronta Dalam Hati Menafikan Pujian Orangramai



Pastikan kita meronta-ronta dalam hati ini, menafikan "kejayaan" kita setelah kita melakukan sesuatu amal.

Kerana kita benar-benar tidak layak berfikir, merancang, melaksanakan dan mencipta kejayaan. Kita serba lemah dan serba kekurangan.

Ibnu Athaillah mengeluarkan ungkapan yang menusuk hati kita:

إِذَا أَرَادَ أَنْ يُظْهِرَ فَضْلَهُ عَلَيْكَ: خَلَقَ وَنَسَبَ إِلَيْكَ

Sekiranya Allah hendak menunjukkan kurniaNya kepadamu, maka Dia menciptakan amal dan menisbahkannya kepadamu

When He wants to show His grace to you, He creates states in you and attributes them to you


Tentunya kita rasa malu dan bersalah, kalau ada orang menisbahkan sesuatu kejayaan kepada diri kita; sedangkan kita yakin itu "kerja" Allah

Tentunya kita rasa bersyukur kepada Allah S.W.T kalau orang ramai tidak menisbahkan sesuatu amal dan kejayaan kepada kita. Kita gembira kerana Allah telah membuat mereka kaku untuk memuji kita.

Setiap kali kita meronta untuk menafikan pujian orang kepada kita; kekadang orang tetap memuji. Teruskan menafikannya dalam hati kita.

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ [٩:١٠٥

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".

فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ

Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.

بِإِظْهَارِ مُحَمَّد صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دِينَهُمْ

Nabi, pembawa agama ini menjadi dzahir dikenali satu dunia dan mengalahkan musuh-musuh agama

Kekallah menafikan tetapi Allah akan tentukan Apa yang Dia mahukan

Saturday, 9 February 2013

Cahaya Yang Dicari atau Cahaya Yang Dinanti






Cahaya Yang Dicari atau Cahaya Yang Dinanti



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


1. Ada masanya ketika kita berdoa, kita tertanya kenapa doa kita belum atau tidak dimaqbulkan.

Kita terus berdoa dan berdoa.

Selepas sekian lama berdoa dan masa pun berlalu dengan panjang, tetiba baru kita rasa doa kita satu masa dulu baru dimaqbulkan Allah S.W.T.

Walaupun ia dimaqbulkan dalam bentuk agak berlainan, tetapi kita puas dengan doa kita itu dan kita redha dengan taqdir Ilahi itu.


2. Kita sentiasa menanti cahaya Ilahi dalam diri kita. Kita tidak perasan bilakah cahaya itu sampai. Saban hari kita rasa tidak layak untuk itu; namun kita terus merayu kepadaNya kedatangan cahaya itu.

Sebagai contoh: setiap hari ketika melangkah menuju rumah Allah samada berkereta, jalan kaki atau menggunakan lif di tempat kerja, kita akan baca doa mohon cahaya itu:


اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا وَفِي سَمْعِي نُورًا وَعَنْ يَمِينِي نُورًا وَعَنْ يَسَارِي

نُورًا وَفَوْقِي نُورًا وَتَحْتِي نُورًا وَأَمَامِي نُورًا وَخَلْفِي نُورًا وَعَظِّمْ لِي نُورًا



“Ya Allah! Jadikanlah dalam hatiku suatu cahaya, dalam pandanganku suatu cahaya, dalam pendengaranku suatu cahaya, dari arah kananku suatu cahaya, dari arah kiriku suatu cahaya, di atasku suatu cahaya, di bawahku suatu cahaya, di depanku suatu cahaya, di belakangku suatu cahaya dan limpahkanlah kepadaku dengan cahaya (H.R.Bukhari- Muslim)


Bila cahaya itu sampai, walau sedikit, kita akan rasa terlalu dekat denganNya.

Kita benci maksiat.

Ketika itu kita dekat dengan ilham-ilham yang memudahkan kita berkerja untukNya.

Kita akan pastikan ilham itu bertepatan dengan wahyu Ilahi, sunnah Nabi, ungkapan ulama' dan kaedah-kaedah yang telah mereka bongkari.

Kita juga akan pastikan ilham itu dirasionalkan dengan ahli syura di sekeliling kita.

Mereka yang terdiri dari samada pasangan kita, ibubapa, anak-anak, ahli keluarga lainnya, rakan sekerja, seperniagaan, serumah atau sebilik mahupun sekuliah tempat kita belajar. Apatah lagi rakan seperjuangan.

Jika syura menerimanya itulah tanda cahaya itu meresap dalam diri dan organisasi. Kalau tidak teruskan berdoa dan mencari.


Benarlah pesanan guru kita Ibnu Athaillah bila dia pernah berbicara:

وُرُوْدُ الإِمْـدَادِ بِحَسْبِ الاِسْتِعْدَادِ، وَشُرُوْقُ الأَنْـوَارِ: عَلَى حَسْبِ صَفَاءِ الأَسْرَارِ.

Datangnya pertolongan Allah itu sesuai dengan persiapan. Sedangkan turunnya cahaya Allah itu sesuai dengan kejernihan hati pula

The arrival of sustainmen is in accordance with receptivity, while the raying-out of lights is in accordance with the purity of the innermost being.


Thursday, 7 February 2013

Peta Minda Usul 20 Imam Hassan Al Banna

Peta Minda Usul 20 Imam Hassan Al Banna


Assalamualaikum buat semua pengunjung Kalam Du'at,

Dikongsikan Peta Minda Al-Fahmu. Moga bermanfaat dan kita lebih memahami deenul islam yang syumul ini.

Admin Kalam Du'at

Monday, 4 February 2013

Rukun Tasauf



RUKUN TASAUF


Rukun Tasauf adalah:

1. Lapar

2. Berjaga Malam

3. Diam

4. Uzlah

Selepas kita kerap bercakap dan memberi komentar isu-isu semasa, jangan lupa Imam al Banna telah memahami kesannya pada jiwa kita.

Isu semasa, politik, ekonomi, pengurusan\pentadbiran, aktivisma dll merupakan elemen penting membina sebuah daulah.

Terlalu banyak bercakap dan kerap khilaf dalam perkara ini, akan menyebabkan kita jemu, bosan dan penat serta letih.

Maka ada salah satu wasilah tarbiah yang akan membisikkan kepada kita sesuatu.

1. Kita berlapar sebelum hadir untuk berbuka bersama (puasa)

2. Kita bersama menghidupkan malam...

3. Kita "diam" sekejap sementara mendengar sesuatu yang mengasah kerohanian dan melimpahkan air mata

4. Sesama kita "beruzlah sekejap", dari memikirkan urusan luar sana....

Di mana kita perolehi 4 suasana di atas? Saya percaya semakin usia kita meningkat, kita akan dahagakan sesuatu. Kita rasa kehilangan sesuatu.

Temuilah 4 keadaan itu dalam wasilah tarbiah kita. Namakanlah ia sebagai Qiamullail, Iktikaf atau Lailah Imaniyah.....

Setiap bulan kita wujudkan suasana manis itu. Kita lalui 4 perkara yang dibanggakan oleh mereka bergelar sufi....

Orang harakah sebenarnya kena lebih sufi dari orang sufi sendiri

اركان التصوف هي 1-الجوع 2- السهر 3- الصمت 4- العزلة
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...