Wednesday, 12 June 2013

Mencari Jalan Pulang




MENCARI JALAN PULANG


Si pembuat keputusan dalam diri kita ini, tidak lain dan tidak bukan adalah hati. Hati boleh sahaja dicerobohi oleh syaitan dan iblis.

Hati yang hidup, dipenuhi dengan cahaya-cahaya Ilahi. 

Bagimana cahaya mulia itu mampu mengambil tempatnya dalam hati ini, bila ia dipenuhi dengan anasir kotor dan comot.

رُبَّمَا وَرَدَتْ عَلَيْكَ الأَنْوَارُ فَوَجَدْتَ قَلْبَكَ مَحْشُوا بِصُوْرِ الآثَارِ، فَارْتَحَلَتْ مِنْ حَيْثُ نَزَلَتْ

Barangkali pernah cahaya-cahaya mendatangimu. Namun apabila ia mendapati hatimu dipenuhi kesan-kesan (kepentingan dunia) maka berangkatlah ia kembali ke tempat asalnya

Sometimes lights come upon you and find the heart stuffed with forms of created things (suwarul aathaar); so they go back from whence they descended.

Itulah peringatan dari Ibnu Athaillah

Tuesday, 11 June 2013

Diam lebih fasih daripada kata-kata

Diam lebih fasih daripada kata-kata




Dalam kita membuat kenyataan media, post di FB, blog mahupun sms, chating, whatsapp, talipon, skype dan bersembang; kekalkan berhati-hati dan berwaspada.

Ada benda yang memang tak senonoh; kekadang mendiamkan diri buat sementara lebih baik dari kita bersuara. Kita geram kerana tidak meluahkannya; tetapi meluahkannya itu mencipta pelbagai luka.

Adalah bijak kalau kita tangguhkannya demi mencipta ruang dan peluang yang lebih banyak dari kita tersepit dari kata-kata dan statement kita itu.

Carilah masa yang sesuai; untuk membicarakannya.
Carilah masa yang sesuai; untuk membicarakannya.
Carilah masa yang sesuai; untuk membicarakannya.
Carilah masa yang sesuai; untuk membicarakannya.
Carilah masa yang sesuai; untuk membicarakannya.

رُبَّ كَلِمَةٍ سَلَبَتْ نِعْمَةً وَجَلَبَتْ نِقْمَة
Kekadang sesuatu kalimah merampas (menelan) nikmat dan mendatangkan bencana

Bukankah menolak mudharat lebih utama dari mencari maslahat

Berilah masa pada diri anda untuk membina kekuatan sehingga anda mampu menegur orang lain ketika anda memiliki kekuatan itu. Ketika itu mereka akan mendengar bicara anda. Ketika itu bicara anda sangat bermanfaat buat semua

رُبَّ سُكُوْتٍ أَبْلَغُ مِنْ كَلَامٍ
Kekadang "diam" lebih fasih dari kata-kata

Penolakan ialah satu Kurniaan Allah?

Penolakan ialah satu Kurniaan Allah?




Apakah ada yang bersedih? Seorang pejuang akan sentiasa terus berjuang untuk Ilahi. Ia tidak berjuang untuk kepentingan nafsunya.

Nama tak naik masa pencalonan? Kalah dalam pemilihan? Tak percaya masa pengiraan? Ada penipuan? Tak dapat jadi Menteri atau Exco?

ATAU:

Projek terlepas? Berniaga tak untung? Mak we diambil orang? Markah rendah?

Renungi kata-kata Ibnu Athaillah ini:

مَتَى فَتَحَ لَكَ بَابَ الفَهْمِ فِي الْمَنْعِ، عَادَ الْمَنْعُ عَيْنَ الْعَطَاءِ

Ketika Allah buka pintu FAHAM bagimu, terhadap erti “penolakan”; maka bertukarlah “penolakan” menjadi kurniaanNya buatmu

When He opens up your understanding of deprivation (al-man'), the deprivation becomes the same as the gift (al-ataa').

Sambutlah panggilan RabbMU, keluarkan sifat kemanusiaan yang menjauhkan penghambaan kepada-NYA



Sambutlah panggilan RabbMU, 
keluarkan sifat kemanusiaan yang menjauhkan penghambaan kepada-NYA


Hidup ini adalah suatu perjuangan dan pertarungan. Pelbagai jenis perjuangan. Tetapi ibu kepada pertarungan dan perjuangan ini adalah jihad melawan nafsu.

Sebagai manusia, kita punya nafsu yang membisikkan kepada kita erti kelazatan. Nafsu tidaklah jahat mana. Yang jahat adalah kita yang melayan nafsu secara serakah.

Nafsu tetap ada, namun kita diminta jangan melayan setiap kehendaknya. Berpada-padalah.

Supaya kita lebih tegas terhadap nafsu, setengah ulama' menggunakan istilah menakutkan; seperti bunuh atau buang nafsu dalam diri.

Apabila nafsu itu dapat ditenteramkan atau kita melepasi mempertuhankan nafsu; maka kita akan semakin dekat dengan tuhan sebenar iaitu Allah S.W.T.

Kita akan dapat merasakan kehadiranNya dalam setiap detik hidup kita ini.

Seperti biasa, Ibnu Athaillah berbicara kepada kita:



أُخْرُجْ مِنْ أَوْصَافِ بَشَرِيَّتِكَ عَنْ كُلِّ وَصْفٍ مُنَاقِضٍ لِعُبُوْدِيَّتِكَ، لِتَكُوْنَ لِنِدَاءِ الحَقِّ مُجِيْباً، وَمِنْ حَضْرَتِهِ قَرِيْبًا.

Keluarlah dari sifat-sifat kemanusiaanmu, setiap sifat yang menjauhkan penghambaanmu terhadapNya, supaya mudah bagimu menyambut panggilan kebenaran (Allah) dan mendekatkan kehadiranNya

Merasakan kehadiran Allah swt

Merasakan kehadiran Allah swt





Dalam kesibukan kita mengurus diri, keluarga, pelajaran, perniagaan atau kerjaya; mari kita terus mengemaskan hubungan kita dengan Allah S.W.T

Cabaran-cabaran yang kita lalui di tempat kerja, alam perniagaan itu, semuanya mesti kita rasakan kehadiran Ilahi di situ.

Kalau sedetik atau dalam tempoh yang lebih lama dari itu, kita melupakan Allah dalam urusan kita; pernahkah kita memperuntukan masa untuk mencela kealpaan kita itu.

Mereka yang sentiasa merapatkan hubungan dengan Allah S.W.T tanpa meninggalkan kerja-kerja utama lain, akan sentiasa melayan "kerisauan" mereka sebaik mereka teringat yang mereka melupakan Allah S.W.T ketika melaksanakan kerja mereka.

Walau sibuk mana sekali pun, walau gawat mana, walau cemas mana ATAU walau manis mana, walau lazat mana sekali pun; setiap tarikan dan hembusan nafas mereka; mereka tidak melupakan Allah S.W.T.



إِنَّمَا يَسْتَوْحَشُ العِبَادُ وَالزُّهَادُ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ: لِغَيْبَتِهِمْ عَنِ اللهِ فِي كُلِّ شَيْءٍ، فَلَوْ شَهِدُوْهُ فِي كُلِّ شَيْءٍ لَمْ يَسْتَوْحِشُوْا مِنْ شَيْءٍ.

Sesungguhnya apa yang merisaukan para abid dan ahli zuhud hanyalah apabila mereka hilang dari merasakan kehadiran Allah dalam semua urusan. Kalaulah mereka dapat “menyaksikan” kehadiran Allah dalam semua perkara; maka hilanglah kerisauan mereka

The devotees (al-'ubbaad) and the ascetics (az-zuhhaad) are alienated from everything only because of their absence from Allah in everything. For had they contemplated Him in everything, they would not have been alienated from anything.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...