Sunday, 27 January 2013

Sajak Syura dan Istikharah oleh Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus



Sajak Syura dan Istikharah



Mula-mula kita istikharah 
Kemudian bersyura 
Kemudian kita istikharah 
Semula kita bersyura 

Mula-mula kita bersyura 
Kemudian kita beristikharah 
Kemudian kita bersyura 
Semula kita beristikharah 

Uhud menjadi saksi 
Rasulullah telah bermimpi 
Pertahan dalam negeri 
Namun syura mengatasi 

Jadi lah ahli Syura 
Yang punya 
Ikatan Ilahi 
Agar berlaku sinergi 
Antara syura Dan istikharah 
Antara Istikharah Dan Syura 

Akhirnya syura mengatasi 
Walau ada 
terbuka rahsia ilahi 

Sabar melayani 
Ikhwah yang berahi  
Untuk terus beraksi 

Utamakan syura Dari istikharah 
Istikharah rahsia peribadi 
Hanya peribadi

Jernihkan hati dengan sentiasa kembalikan urusan kepada-Nya


Jernihkan hati dengan sentiasa kembalikan urusan kepada-Nya







بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ابن عطاء السكندري رضي الله عنه:

إذا أراد أن يظهر فضله عليك: خلق ونسب إليك

Sekiranya Allah S.W.T nak menunjukkan kurniaNya kepada kamu, Dia akan cipta amal-amal dan menisbahkannya kepada kamu.

Maka hamba yang tidak faham khayal ujub akan mula menyangka dia telah mencipta amal-amal yang disangka berilham dari dirinya sendiri.

Tersangat malu kita pada Allah S.W.T bila ada lintasan begitu wahai diri yang berbangga dengan ciptaan amal yang kononnya kreatif dan hebat


Kaitkan semua kejayaan kita (itu pun kalau ada), kepada Allah S.W.T......

Apa Beza Dianugerah Kuasa Ketika Berpengaruh dan Meraih Kuasa Tanpa Pengaruh?‏




Apa Beza Dianugerah Kuasa Ketika Berpengaruh dan Meraih Kuasa Tanpa Pengaruh?





بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selepas lebih 12 tahun berdakwah dan melaksanakan tarbiah serta mengasak amal Imani dan amal Ijtimaie( fikir anak yatim, orang miskin dll) baginda pun berhijrah.

Pernah ditawarkan kuasa dan pangkat semasa di Mekah baginda S.A.W menolak. Sedangkan kuasa dan pangkatitu juga yang dicapai oleh baginda di Madinah ketika terbentuknya kerajaan Madinah. Baginda menerimanya pula.

Tentu amat besar bezanya kuasa dan pangkat yang "ditawarkan" di Mekah dengan kuasa dan pangkat yang"dikurniakan" di Madinah.

Kuasa tanpa pengaruh sangat berbeza dengan kuasa berpengaruh yang diraih hasil melaksanakan dakwah, tarbiyah dan amal kebajikan.

Amal Dakwah dan Amal Tarbiyah serta Amal Kebajikan merupakan satu amal politik yang sangat luar biasa.

Pengaruh yang kuat melayakkan Ikram mendapat Pelbagai Kuasa. Kuasa Rujukan, Kuasa Disayangi, Kuasa Dipatuhi dan pelbagai Kuasa lagi....

Kuasa-kuasa itu akan memudahkan kita melaksanakan Amar ma'ruf Nahi Mungkar dan Syariat Allah sepenuhnya.

"Amal Qawie" masa ini ialah laksanakan dakwah dan tarbiyah serta amal kebajikan dengan serancaknya.

Jangan terlalu disibukkan dengan perkara yang tidak perlu kita terlalu sibuk dengannya.

Monday, 7 January 2013

Meninggalkan Yakin Kepada Dzan?



Meninggalkan Yakin Kepada Dzan?




بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

أَجْهَلُ النَّاسِ مَنْ تَرَكَ يَقِيْنَ مَا عِنْدَهُ؛ لِظَنِّ مَا عِنْدَ النَّاسِ

Sebodoh-bodoh manusia orang yang meninggalkan keyakinannya kerana mengikuti sangkaan orang lain.

Kita semua "yakin" bahawa kita punya kelemahan yang perlu dibaiki dari masa ke semasa. 

Dalam kesibukan kita baiki diri supaya menjadi lebih baik dan lebih baik kerana "yakin" kelemahan diri kita, tiba-tiba kita terhenti baiki diri kerana tersentak pujian orang lain.

Kita lebih bergantung dengan pujian orang lain yang berbentuk "sangkaan" mereka, daripada "keyakinan" kita tentang kelemahan diri sendiri.

Kelemahan diri kita adalah benar, sangkaan mereka yang memuji kita, tentu tidak semestinya benar.

Seorang yang sentiasa memburu al-Haq; kadang-kadang dipanggil "salik" akan sentiasa ingat pesanan Ibnu Athaillah ini. 

Hamba Allah yang baik apabila dia juga seorang "salik".... "yang tercari-cari" dan membuat orang ramai "tercari-cari" al-HAQ setiap detik.
  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...