Apa Beza Dianugerah Kuasa Ketika Berpengaruh dan Meraih Kuasa Tanpa Pengaruh?
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selepas lebih 12 tahun berdakwah dan melaksanakan tarbiah serta mengasak amal Imani dan amal Ijtimaie( fikir anak yatim, orang miskin dll) baginda pun berhijrah.
Pernah ditawarkan kuasa dan pangkat semasa di Mekah baginda S.A.W menolak. Sedangkan kuasa dan pangkatitu juga yang dicapai oleh baginda di Madinah ketika terbentuknya kerajaan Madinah. Baginda menerimanya pula.
Tentu amat besar bezanya kuasa dan pangkat yang "ditawarkan" di Mekah dengan kuasa dan pangkat yang"dikurniakan" di Madinah.
Kuasa tanpa pengaruh sangat berbeza dengan kuasa berpengaruh yang diraih hasil melaksanakan dakwah, tarbiyah dan amal kebajikan.
Amal Dakwah dan Amal Tarbiyah serta Amal Kebajikan merupakan satu amal politik yang sangat luar biasa.
Pengaruh yang kuat melayakkan Ikram mendapat Pelbagai Kuasa. Kuasa Rujukan, Kuasa Disayangi, Kuasa Dipatuhi dan pelbagai Kuasa lagi....
Kuasa-kuasa itu akan memudahkan kita melaksanakan Amar ma'ruf Nahi Mungkar dan Syariat Allah sepenuhnya.
"Amal Qawie" masa ini ialah laksanakan dakwah dan tarbiyah serta amal kebajikan dengan serancaknya.
Jangan terlalu disibukkan dengan perkara yang tidak perlu kita terlalu sibuk dengannya.
No comments:
Post a Comment