Monday, 11 May 2015

Jangan Tertipu dengan Diri Sendiri


JANGAN TERTIPU DENGAN DIRI SENDIRI

Sekali lagi, marilah kita sentiasa membuat penilaian semula terhadap amal2 kita semua.

Amalan kita menepati apa yang diajar oleh Pencipta sekalian alam dan dilakukan secara ikhlas atau sebaliknya?

Keselesaan semata-mata ketika beramal belum tentu diredhai oleh Allah SWT Pencipta kita semua.

Renungkanlah apa yang disimpan untuk kita semua oleh Ibnu Atha'illah ini:

مِنْ جَهْلِ المُرِيْدِ: أَنْ يُسِيْءَ الْأَدَبَ، فَتُؤَخَّرَ الْعُقُوْبَةُ عَنْهُ، فَيَقُوْلَ: لَوْ كَانَ هَذَا سُوْءَ أَدَبٍ لَقَطَعَ الْإِمْدَادَ، وَأَوْجَبَ الْإِبْعَادَ؛ فَقَدْ يَقْطَعُ الْمَدَدَ عَنْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَشْعُرُ، وَلَوْ لَمْ يَكُنْ إِلاَّ مَنْعُ الْمَزِيْدِ. وَقَدْ يُقَامُ مَقَامَ الْبُعْدَ وَهُوَ لاَ يَدْرِي، وَلَوْ لَمْ يَكُنْ إِلاَّ أَنْ يُخَلِّيَكَ وَمَا تُرِيْدُ.

Di antara kebodohan murid adalah, apabila dia tidak berlaku sopan sedangkan hukumannya ditangguhkan dan dia berkata:

“Seandainya ini adalah kesalahan pastilah terputus pertolongan dan layak dinafikan (dijauhkan)”

Barangkali pertolongan buatnya dihentikan tanpa dia sedari, walau pun dalam bentuk tiada pertambahan.

Barangkali ia dinafikan (dijauhi) tanpa dia mengerti, walau pun berupa membiarkan diri dan apa yang dinginkan.

It is ignorance on the part of the novice (murid) to act improperly, and then, his punishment being delayed, to say, "If this had been improper conduct, He would have cut off help (imdaad) and imposed exile (i'aad)."

Help (al-madad) could be cut off from him without his being aware of it, if only by blocking its increase (al-mazeed).

And it could be that you are made to abide at a distance (al-bu'd) without your knowing it, if only by His leaving you to do as you like


Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

Kuatkan diri, Banyakkan berpuasa



KUATKAN DIRI DENGAN BANYAKKAN BERPUASA - SEDIAKAN DIRI UNTUK ISNIN 15 REJAB 1436H

1. Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana kita mempunyai ulama' dan guru-guru yang mengingatkan kita kepada status hadis-hadis berkenaan puasa Rejab.
2. Semoga peringatan mulia ini tidak pula membunuh semangat kita untuk berpuasa sebagaimana biasa menepati sunnah pada bulan-bulan lain
Hari Sabtu, Ahad dan Isnin ini 2, 3, dan 4 Mei 2015 adalah bersamaan 13, 14 dan 15 Rejab 1436H.
Malam-malam tersebut keluarlah ke kawasan yg agak gelap agar kita dapat pandang bulan yang penuh itu sambil berzikir mengingati Allah SWT
رَبَّنَآ أَتۡمِمۡ لَنَا نُورَنَا وَٱغۡفِرۡ لَنَآ‌ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan ampunilah kami, sungguh Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu. 
Rugi kalau kita tidak berpuasa apabila bertembung hari Isnin dan hari-hari putih (bulan penuh)
عن أبي سعيد رضي الله تعالى عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: 
من صام يوماً في سبيل الله، باعد الله تعالى وجهه عن النار سبعين خريفاً
Mafhumnya: “Tiada seseorang hamba yang berpuasa sehari pada jalan Allah, melainkan Allah akan jauhkan wajahnya dengan hari tersebut dari neraka sejauh 70 tahun perjalanan.” (al-Bukhari dan Muslim)
Dari ‘Aisyah, beliau mengatakan:
إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ يَتَحَرَّى صِيَامَ الاِثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ.
“Rasulullah s.a.w biasa menaruh pilihan berpuasa pada hari isnin dan khamis.(Ibnu Majah, Nasaie dan Tirmidzi)
تعرض الأعمال يوم الاثنين والخميس، فأحب أن يعرض عملي وأنا صائم
Ertinya: "(pahala) Amalan di angkat pada hari isnin dan khamis maka aku menyukai jika ketika amalanku di angkat aku dalam keadaan berpuasa." (HR At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
(كانَ رسولُ الله صلَّى الله علَيهِ وسلَّمَ يأمرُنا أن نصومَ البِيضَ: ثَلاثَ عشرةَ، وأربعَ عشرةَ، وخَمسَ عَشرةَ، قالَ: وقالَ: هُنَّ كَهَيئةِ الدَّهرِ)
Diriwayatkan juga dari Qatadah bin Milhan r.a. yang menceritakan; “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu hari ke 13, 14 dan 15 dimana Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda; ‘Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa.” (Riwayat Imam Abu Daud).

Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

Apa sudah jadi? Budaya membenci dalam FB

APA DAH JADI?
Semakin rancak budaya benci membenci dalam FB ya.
Kadang-kadang yang meghembus budaya ini dari kalangan anak2 muda yang menisbahkan diri mereka kepada gerakan Islam pula tu?
Mana perginya IMAN dan AKHLAK mereka ya?
Atau mereka dah "menghalalkan" segalanya atas arahan "guru-guru" mereka yang dah semakin jauh.....?
Teringat pesanan Imam Al-Banna dalam Kewajipan Seorang Muslim:
"Hendaklah engkau bersikap ADIL dan BENAR dalam memutuskan suatu perkara pada setiap situasi dan keadaan.
Janganlah kemarahan membuatmu lupa erti KEBAIKAN.
Janganlah ketika mencari keridhaan, engkau membuat dirimu buta erti KEBURUKAN
Janganlah permusuhan membuatmu lupa tentang erti JASA BAIK
Hendaklah engkau berkata benar meskipun itu MERUGIKANMU dan MERUGIKAN orang yang paling DEKAT denganmu"
ان تكون عادلا صحيح الحكم في جميع الاحوال , لا ينسيك الغضب الحسنات , ولا تغضي عين الرضا عن السيئات , ولا تحملك الخصومة علي نسيان الجميل , وتقول الحق ولو كان علي نفسك , او علي اقرب الناس إليك

Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

AWASI SYAITAN YANG MELAGA-LAGAKAN SESAMA ISLAM DAN ANTARA MUSLIM DAN BUKAN MUSLIM



AWASI SYAITAN YANG MELAGA-LAGAKAN SESAMA ISLAM DAN ANTARA MUSLIM DAN BUKAN MUSLIM
Tok guru pondok ajar baca doa ini semasa melontar jamrah pada musim haji:
بسم الله ألله أكبر رجما للشياطين وحزبه
"Dengan nama Allah Yang Maha Besar; lontaran buat para syaitan dan golongannya"
وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۚ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 
"Dan jika engkau DIHASUT oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" (al-A’raf 200)
Kalau anda jumpa penghasut-penghasut yang selalu tabur fitnah, pertikai amalan orang-orang solih, timbulkan kebencian sesama umat Islam dan mengadu domba sesama Islam atau antara Islam dan bukan Islam; hentikanlah berkawan dengan mereka.
Timbulkan kebencian terhadap perbuatan mereka dan bacalah apa-apa doa ma’thur untuk menjauhi syaitan begitu.
Kita diajak berkata kasar dan bengis ketika berdakwah kepada mereka yang jahil dan belum memahami Islam? Itukah akhlak pendakwah?
Memang perangai mereka persis seperti ayat:
وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنزَغُ بَيْنَهُمْ ۚ
إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلْإِنسَانِ عَدُوًّا مُّبِينًا 
"Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan KATA-KATA YANG AMAT BAIK (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa MENGHASUT di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia" (Isra 53)
إذا دعوت إلى الله، إذا جادلت أهل الكفر، جادلت أهل الشرك لا تجرحهم، ولا تحقرهم
ولا تسفههم، ولا تسبهم، فيسبّوا الله عدواً بغير حق !

TARBIYAH dan MELAKUKAN PERUBAHAN




TARBIAH: Satu Persiapan untuk ke Akhirat dan MENGUBAH Alam

أَوْ إِطْعَامٌ فِي يَوْمٍ ذِي مَسْغَبَةٍ
Atau memberi makan pada hari kelaparan
يَتِيمًا ذَا مَقْرَبَةٍ
Kepada anak yatim dari kaum kerabat
أَوْ مِسْكِينًا ذَا مَتْرَبَةٍ
Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.
Jangan pula sampai, sudahlah tidak mampu atau tidak mahu atau tidak reti mengubah; dia tidak galakkan tolong orang susah...malah HALANG dan MARAH-MARAH pula?
وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.

Amal Hati, Amal Organisasi



Wahai Anak-Anak Muda!

Kami mengajar anda untuk uruskan amal hati dan amal organisasi/amal jamaie

Amal Hati: Ikhlas dan buru Keredhaan Ilahi

Amal Organisasi: Ikhlas, Ikut Manhaj Ilahi dan buru KEMENANGAN


Amal hati Sahabat2 Nabi SAW bercita-cita mati syahid dalam peperangan Badar, Uhud dan Khandak sebagai contoh. 

Amal organisasi Sahabat2 Nabi SAW bercita-cita menang dalam peperangan Badar, Uhud dan Khandak sebagai contoh.

Malu kalau anak muda yang berjuang dalam organisasi hanya untuk cari keredhaan ilahi dan menafikan serta memisahkan cita2 organisasinya. 

Maka terperangkaplah mereka dalam perkara yang telah ditarbiyah sepanjang perjalanan dakwah ini.

Hormati Mahkamah Dunia, Nantikan Mahkamah Akhirat


HORMATI MAHKAMAH DUNIA & NANTIKAN MAHKAMAH AKHIRAT 

Satu kes tuduhan liwat telah selesai dibicarakan dan telah dimuktamadkan oleh para hakim.

Pengamal undang-undang telah memberi pelbagai respon. Ada yang pertikaikan prosedurnya semasa sessi berjalan dan ada yang akur dengan perjalanan perbicaraan.

----------------------SELESAI URUSAN DUNIA----------------------------

Memberi peringatan kepada masyarakat Malaysia yang tidak terlibat, agar menjaga lisan dan hati mereka. Ketika kes ini selesai di mahkamah dunia; jangan terlibat memanjang-manjangkan cerita dan memburukkan keadaan.

Jangan izinkan anak-anak anda mendampingi mereka yang mengutuk "pesalah". Itu terkeluar dari lunas-lunas Islam.

Kita tiada di tempat kejadian.

Selamatkan diri anda dan rakan-rakan lain; dengan memahami ayat Allah SWT dan hadis NabiNya ini:


إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ [٢٤:١٩]

"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di DUNIA dan di AKHIRAT; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). "

"Those who love (to see) scandal published broadcast among the Believers, will have a grievous Penalty in this life and in the Hereafter: Allah knows, and ye know not."

وروى الإمام أحمد في مسنده عن ثوبان رضَي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم، قال: "لا تؤذوا عباد الله ولا تعيروهم، ولا تطلبوا عوراتهم، فإنه من طلب عورة أخيه المسلم، طلب الله عورته، حتى يفضحه في بيته"

"Jangan sakiti hamba-hamba Allah. Jangan permalukan mereka dan jangan mencari-cari aib mereka, karena sesungguhnya, barangsiapa yang mencari-cari aib saudaranya, maka Allah akan mencari aibnya, lalu membongkarnya di dalam rumahnya sendiri". (HR. Ahmad).


Panjang Nafas Dalam Perjuangan II


UNTUK PANJANG NAFAS DALAM PERJUANGAN II

Berjuanglah untuk mati pada jalan Allah SWT. Kematian kita akan menyebabkan risalah Islam yang indah akan tersebar luas.

Perhatikan kata-kata Khalid Ibnu Walid kepada pemimpin Parsi ketika tentera Islam mara ke sana:

"Aku datang membawa kepadamu semua, satu kaum yang cintakan mati, sedangkan kamu semua cintakan kehidupan"

:قد ذكرها لهرمز ملك الأُبُلّة عند بدايات فتح فارس، حين قال له:

"جئتكم بقوم يحبون الموت كما تحبون أنتم الحياة".

MAKNANYA: Cintakan mati adalah lambang kesungguhan yang sangat luar biasa dalam sesuatu perjuangan, manakala cintakan kehidupan menyebabkan hilang kesungguhan tadi.

Panjang Nafas Dalam Perjuangan 1



UNTUK PANJANG NAFAS DALAM PERJUANGAN I



Renungi kata-kata Sayyidina Abu Bakar yang kita kasehi ini

كلام أبي بكر الصديق حين قال: 

"احرص على الموت توهب لك الحياة”

"Kejarlah kematian, kamu akan dikurniakan dengan kehidupan"

Percayalah akan sampai satu masa kita semua menolak dunia, sedang dunia melutut kepada kita.

Kita bagaikan lari dari dunia, dan dunia yang mengejar kita. Sangat memalukan kalau kita berterusan mengejar dunia.

Alangkah manisnya saat itu!

MAKNANYA: teruskan mengatur urusan dunia pada kadar jangan sampai menghalang kita untuk agama Allah.

Perjanjian Hudaibiyah

PERJANJIAN HUDAIBIYAH:
SABAR SEORANG RASUL MENGENDALIKAN SAHABAT-SAHABAT YANG BELUM MEMAHAMI 

Sekiranya kita diberi peluang untuk membuat sesuatu penyampaian; kita bercita-cita agar orang yang mendengar akan lebih faham dari kita sendiri. 
وعن ابن مسعود - رضي الله عنه - قال : سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول 
" نضر الله امرأ سمع منا شيئا فبلغه كما سمعه ، فرب مبلغ أوعى له من سامع " رواه الترمذي ، وابن ماجه
Semoga Allah memuliakan seseorang yang mendengar sesuatu dari kami lalu dia menyampaikannya (kepada yang lain) sebagaimana yang dia dengar, maka kadang-kadang orang yang disampaikan ilmu lebih memahami daripada orang yang mendengarnya." 
Ini disebabkan kita sama-sama membongkar rahsia ilmu dari sumber-sumbernya dan kita cuba memadankannya dengan situasi dan realiti kita berada padanya pula.
Ini satu proses ijtihad yang sangat besar dan memerlukan keikhlasan dan kebebasan berfikir.
Sekiranya kita memilih untuk menyempitkan sesuatu istilah; maka kita akan kekal dalam kesempitan istilah yang kita sempitkan.
Tetapi bila sampai kematangan kita dan ilmu; lantas kita luaskan makna sesuatu istilah; akan datang HIKMAH yang sangat luar biasa.
Sebagai contoh, semasa Perjanjian Hudaibiyah; Baginda SAW telah memilih untuk bersabar dengan pengikut-pengikut baginda yang belum memahami rahsia di sebalik Perjanjian itu.
Lihat sahaja bicara Umar r.a di saat-saat berlangsungnya perjanjian itu:
ويحكي عمر بن الخطاب مجيئه إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم غاضباً عند كتابة ذلك الصلح ، قال : { فأتيت نبي الله ، فقلت : ألست نبي الله حقاً ؟ قال : بلى. قلت: ألسنا على الحق وعدونا على الباطل ؟ قال: بلى ، قلت: فلم نعطي الدنية في ديننا إذاً ؟ قال : إني رسول الله ولست أعصيه وهو ناصري. قلت: أوليس كنت تحدثنا أنا سنأتي البيت فنطوف به ؟ قال: بلى. أفأخبرتك أنك تأتيه العام ؟ قال : قلت : لا . قال: فإنك آتيه ومطوف به
Umar bin Khattab mendatanginya kemudian berkata: “Bukankah engkau benar Nabi Allah?” Nabi berkata, “Benar” 
Umar berkata, “Bukankah kita di atas kebenaran dan musuh kita di atas kebatilan?” Nabi berkata, “Benar”
Umar berkata, “Jika demikian mengapa kita menghinakan agama kita” 
Rasulullah bersabda, 
“Sesungguhnya aku adalah Rasul Allah dan aku tidaklah melanggar perintah-Nya dan Dia adalah Penolongku.”
Umar berkata, “Bukankah engkau mengatakan kepada kami bahwa kami akan mendatangi Baitullah dan berthawaf di sana?”
Nabi SAW berkata, “Benar, tapi apakah aku mengabarkan bahwa kita akan mendatanginya tahun ini?” 
Umar berkata, “tidak”, 
Nabi berkata, “Sesungguhnya engkau akan mendatanginya dan bertawaf di sekililingnya.”. 
Melayan kehendak-kehendak Suhail yang mewakili Musyrikin Mekah tidak bermakna Nabi SAW menghina agamanya.
1. Tukar Basmalah kepada yang lain
2. Tukar Muhammad Rasulullah kepada yang lain
3. Balik ke Madinah tanpa umrah sehingga terpaksa membayar dam
4.
5.
6.
7.
Semoga Allah membukakan kepada kita, sehingga datang MAKNA dan MAKSUD sesuatu penyampaian yang serba sederhana

Merindui Ilahi ketika di Syurga Nanti


MERINDUI ILAHI KETIKA DI SYURGA NANTI

Kerinduan terbesar kita ialah memburu keredhaan Ilahi dan dapat bertemu denganNya.
Salah satu doa harian kita ialah:
اللهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَيَّامِنَا يَومَ نَلْقَاكَ
Ya Allah! Jadikan sebaik-baik hari kami; ialah hari kami bertemu denganMu
Maka marilah kita semua bangkit mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan menjadi hamba-hambaNya yang berjuang untuk agama ini
Apabila Allah SWT sayang kepada kita semua, Dia akan menawarkan kepada kita untuk membuka HIJAB antara kita dan Dia di syurga nanti….
إذا دخل أهل الجنة الجنة ينادي عليهم رب العزة جل وعلا ويقول: يا أهل الجنة! هل أزيدكم شيئاً؟ فيقول أهل الجنة: يا رب! وأي شيء تزيدنا؟ ألم تبيض وجوهنا؟ ألم تدخلنا الجنة؟ ألم تنجنا من النار؟ فيكشف الحجاب فما أعطوا شيئاً أعظم من النظر إلى وجه الله الكريم
"Ketika ahli surga masuk ke surga, maka Allah berfirman kepada mereka, 'Apakah kalian suka Aku tambahi sesuatu?' Mereka menjawab, 'Tidakkah telah Engkau putihkan wajah kami? (dengan nikmat2) Tidakkah telah Engkau masukkan kami ke dalam surga? Tidakkah telah Engkau selamatkan kami dari neraka?' Allah kemudian membuka tirai hijab-Nya hingga terlihat kepada mereka. Maka, tidak ada sesuatu yang lebih mereka sukai daripada melihat ke wajah Tuhan mereka."

Hanya Ulul Albab Yang Mampu Mengambil Pengajaran

gambar hiasan

HANYA ULUL ALBAB YANG MAMPU MENGAMBIL PENGAJARAN

Allah SWT akan mengurniakan HIKMAH kepada sesiapa yang dia kehendaki. 

Barangkali ada yang mengetahui pelbagai perkara tetapi gagal meletakkan apa yang diketahui pada tempatnya. Maka dia mengeluarkan pendapat dan hukum secara tidak bijaksana.

Sesiapa yang bergabung “ilmu” dan “hikmah” yang dikurniakan Allah kepadanya, akan terbuka seribu kebaikan kepadanya. Walau ada musuh yang cuba menjatuhkannya atau menangkapnya.

Lebih malang, kalau kita pula tidak bersama-sama mempertahankan ulama’ dan institusinya.

Kita tidak berkawan, kita tidak mahu pelajari darinya malah kita bersama-sama, beramai-ramai memberi tekanan kepada ulama’ dan para pejuang agama Allah SWT.

يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ ۚ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ [٢:٢٦٩

Allah memberikan Hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

Dalam keadaan lain; kita tidak mahu pula ulama' mengampu para pemimpin.

Kita pula cuba berlapang dada tanpa prasangka, sekiranya umara' yang mencari dan merujuk kepada ulama' dalam keadaan ulama' menyedari batasannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...