KUATKAN DIRI DENGAN BANYAKKAN BERPUASA - SEDIAKAN DIRI UNTUK ISNIN 15 REJAB 1436H
1. Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana kita mempunyai ulama' dan guru-guru yang mengingatkan kita kepada status hadis-hadis berkenaan puasa Rejab.
2. Semoga peringatan mulia ini tidak pula membunuh semangat kita untuk berpuasa sebagaimana biasa menepati sunnah pada bulan-bulan lain
Hari Sabtu, Ahad dan Isnin ini 2, 3, dan 4 Mei 2015 adalah bersamaan 13, 14 dan 15 Rejab 1436H.
Malam-malam tersebut keluarlah ke kawasan yg agak gelap agar kita dapat pandang bulan yang penuh itu sambil berzikir mengingati Allah SWT
رَبَّنَآ أَتۡمِمۡ لَنَا نُورَنَا وَٱغۡفِرۡ لَنَآۖ إِنَّكَ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan ampunilah kami, sungguh Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu.
Rugi kalau kita tidak berpuasa apabila bertembung hari Isnin dan hari-hari putih (bulan penuh)
عن أبي سعيد رضي الله تعالى عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال:
من صام يوماً في سبيل الله، باعد الله تعالى وجهه عن النار سبعين خريفاً
Mafhumnya: “Tiada seseorang hamba yang berpuasa sehari pada jalan Allah, melainkan Allah akan jauhkan wajahnya dengan hari tersebut dari neraka sejauh 70 tahun perjalanan.” (al-Bukhari dan Muslim)
Dari ‘Aisyah, beliau mengatakan:
إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ يَتَحَرَّى صِيَامَ الاِثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ.
“Rasulullah s.a.w biasa menaruh pilihan berpuasa pada hari isnin dan khamis.(Ibnu Majah, Nasaie dan Tirmidzi)
تعرض الأعمال يوم الاثنين والخميس، فأحب أن يعرض عملي وأنا صائم
Ertinya: "(pahala) Amalan di angkat pada hari isnin dan khamis maka aku menyukai jika ketika amalanku di angkat aku dalam keadaan berpuasa." (HR At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
(كانَ رسولُ الله صلَّى الله علَيهِ وسلَّمَ يأمرُنا أن نصومَ البِيضَ: ثَلاثَ عشرةَ، وأربعَ عشرةَ، وخَمسَ عَشرةَ، قالَ: وقالَ: هُنَّ كَهَيئةِ الدَّهرِ)
Diriwayatkan juga dari Qatadah bin Milhan r.a. yang menceritakan; “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu hari ke 13, 14 dan 15 dimana Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda; ‘Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa.” (Riwayat Imam Abu Daud).
Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
No comments:
Post a Comment