Monday, 30 November 2015
MARILAH JADI LELAKI YANG TERBAIK
MARILAH JADI LELAKI YANG TERBAIK
Hari ini 25 Nov 2015, sedang berlaku satu kempen yang sangat mulia dan diiktiraf oleh Islam.
Parti Amanah Negara akan berterusan membela dan memperjuangkan hak wanita, sebagaimana yang dikurniakan oleh Allah SWT Pencipta sekelian alam kepada mereka.
Contoh mudah penegasan dari Prophet Muhammad SAW untuk membela kaum wanita:
اِسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا
“Aku wasiatkan kepada kalian untuk berbuat baik kepada para wanita.” (HR Muslim: 3729)
Kaum lelaki menjadi sebaik-baik lelaki apabila berlaku baik kepada wanita.
خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah yang paling baik terhadap istriku.” (HR Tirmidzi)
Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus
MARI LATIH KEPIMPINAN BARU & MARI DIDIK PENGIKUT BERKUALITI
MARI LATIH KEPIMPINAN BARU & MARI DIDIK PENGIKUT BERKUALITI
Berasaskan bimbingan Nabi Muhammad SAW:
" خِيَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ وَيُحِبُّونَكُمْ ، وَتُصَلُّونَ عَلَيْهِمْ وَيُصَلُّونَ عَلَيْكُمْ،
وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ ........"
"Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu menyayangi mereka dan mereka menyayangi kamu, kamu berdoa untuk mereka dan mereka berdoa untuk kamu,
Sejahat-jahat peminpin pula adalah mereka yang kamu membencinya dan mereka membencimu dan kamu melaknati mereka dan mereka melaknati kamu........"
1. Adakah rata-tata rakyat Malaysia sayang kepada pemimpin negara?
2. Adakah pemimpin negara memperbodohkan rakyat dan tidak berterus terang kepada mereka?
3. Adakah rakyat mendoakan pemimpin mereka dengan ikhlas?
4. Apakah pemimpin punya masa mendoakan rakyat Malaysia atau hanya menagih "undi" mereka sahaja?
5. Adakah rakyat kini sentiasa mengutuk dan sering mentertawakan pemimpin mereka?
6. Adakah kebanyakan pemimpin negara akhir-akhir ini rimas dengan orang ramai dan pengikut mereka sendiri?
7. Seringkah anda mendengar pemimpin mengutuk, menggelar dan mencerca orang ramai dan pengikut mereka sendiri?
Parti AMANAH NEGARA yang didokong oleh ramai rakyat Malaysia sedia membantu mereka yang dahagakan perubahan dan suasana baru di Malaysia.
Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus
KHALIFAH YANG LARI MENYOROK DAN MARAH-MARAH
KHALIFAH YANG LARI MENYOROK DAN MARAH-MARAH
Sangat malu apabila melihat cara umat Islam dan pimpinannya mengendalikan masalah ummah pada hari ini.
Ketika masyarakat Cina dan India serta masyarakat berbilang kaum cuba menagih apa yang mereka rasakan hak mereka, pemimpin sebahagian gerakan Islam dan sebahagian ulamanya lari daripada menghadapi masalah ini.
Ini bertentangan dengan jiwa seorang khalifah. Seorang khalifah sewajarnya bangkit di meja perundingan dan mencari jalan keluar serta mencipta jalan penyelesaian.
Lebih menyedihkan, musnah kehaibatan seorang khalifah apabila mengisytiharkan anak-anak buah mereka sendiri sebagai musuh.
Kita sepatutnya memimpin dan memandu masyarakat bukan Islam bagaimana menjalani kehidupan bersama sebagai rakyat Malaysia.
Kita tidak boleh jemu memujuk masyarakat Islam dan bukan Islam untuk berkongsi kehidupan, kerana seorang khalifah merasakan mereka wakil kepada Tuhan di bumi ini.
Tugas wakil Tuhan adalah untuk mengatur bumi sebagaimana yang Tuhan kehendaki.
Khalifah seperti Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s. mengurus manusia dengan penuh bijaksana tetapi tetap tegas.
Nabi Sulaiman a.s. mengurus dua ibu yang berebut-rebut mengaku si bayi sebagai anak mereka.
Nabi Sulaiman a.s. yakin salah seorang wanita itu pasti bukan ibu si bayi dengan meletakkan kebarangkalian salah seorang daripada ibu bayi itu salah faham atau menipu atau ada pelbagai kemungkinan lain.
Dengan ‘bijaksana’, ‘sabar’ dan menggunakan ‘ilmu’, Nabi Sulaiman a.s. menawarkan untuk mengerat dua bayi tersebut untuk dikongsikan.
Naluri sayangkan bayi sendiri membuat ibu sebenar berundur demi menyelamatkan bayinya. Kasih dan sayang semulajadi seorang wanita terserlah.
Adapun seorang lagi yang hidup dalam keadaan menipu; bersetuju untuk dibelah dua, terserlah kehilangannya terhadap erti sebuah sayang.
Pemimpin gerakan Islam dan ulamanya perlu menunjukkan bahawa kita berjiwa khalifah. Kita penyelesai masalah dan pengatur hidup manusia, walau dalam kalangan manusia ada yang merancang untuk menipu kita sendiri.
Kita adalah pemimpin kepada manusia yang baik dan yang tidak baik atau yang belum baik.
Ayuh! Masih ada masa dan peluang untuk pemimpin gerakan Islam dan ulamanya serta pengikut-pengikut mereka, untuk keluar dari alam persembunyian dan kita bersama-sama memimpin dunia dan karenahnya.
AMANAH NEGARA menyambut penghijrah anda beramai-ramai ke satu wadah perjuangan baru.
Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus
ELAK MEMPERKECILKAN INSAN YANG MENDIRIKAN SOLAT
ELAK MEMPERKECILKAN INSAN YANG MENDIRIKAN SOLAT
Kekadang malu juga membaca komentar segelintir masyarakat yang tidak faham keutamaan menyegerakan dan memilih lokasi solat itu sendiri.
Saya percaya Alllah SWT akan menghukum mereka yang dengan niat jahat memperkecilkan saudara-saudara seislam kita yang mendirikan solat dengan ikhlas dan menepati sunnah Baginda SAW.
Sekiranya komentar belandaskan kurang ilmu; dihidangkan di sini sebahagian kecil hujjahnya ya!
Semoga sempat memohon keampunan Allah SWT dan memohon kemaafan dari ribuan yang mendirikan solat tersebut.
Ketika kita dalam operasi, musafir dan kepayahan, kita disunatkan solat di tempat yang mudah dicapai.
Sebagai contoh gembala/penternak kambing di zaman Rasulullah SAW merasa bersalah tidak dapat solat di mana laungan azan dikumandangkan.
Lalu baginda SAW memberi nasihatnya:
عن عبد الله بن مغفل المزني قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم صلوا في مرابض الغنم ولا تصلوا في أعطان الإبل فإنها خلقت من الشياطين
Dari Abdullah bin Mughaffal Al-Muzani ra. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,
"SOLATLAH DI KANDANG KAMBING dan jangan shalat di kandang unta, karena dibuat dari syetan." (HR Ibnu Majah)
Malah asasnya:
"جُعلت لي الارض مسجداً وترابها طهوراً، اينما ادركتني الصلاة
صليت"
"Telah dijadikan bumi buatku sebagai masjid, dan tanahnya suci. Oleh itu di mana sahaja aku berkesempatan di situlah aku solat."
(petikan hadis Bukhari)
"Malaysia Menuju Negara Rahmah"
Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus
PENDAKWAH YANG BERMANFAAT
"Ikan selagi bernyawa dalam lautan yang masin tidak akan terkesan sebagaimana ia dilumur garam ketika ia sudah tidak bernyawa"
Campakkan para pendakwah ke mana sahaja; kita harap dia akan bermanfaat kepada alam kerana dia ada ciri- ciri ikan.
Dia akan pertahan dirinya dari dicemari selagi nyawa dan hasil tarbiyah yang dilalui dipertahankan.
SABAQAL MUFARRIDUN
SABAQAL MUFARRIDUN
سبق المفردون
TELAH MENDAHULUI GOLONGAN YANG MENGESAKAN ALLAH
Saya bergaul dengan ahli zikir yang kadang-kadang degil tidak mahu campur urusan dunia; tidak mahu terlibat dalam Amar Makruf dan Nahi Mungkar.
Saya juga bergaul dengan ahli harakah dan politik yang banyak bercakap untuk ubah negara dan alam, sedangkan hati mereka kering dan kurang berzikir.
Saya mengidamkan satu suasana dimana mereka yang gigih dalam alam harakah dan alam siasah; hatinya kuat berzikir "Mengesakan Allah SWT".
Kerana janji Nabi SAW bahawa mereka yang banyak mengesakan Allah SWT akan MENDAHULUI dan BERJAYA.
رواه مسلم في صحيحه عن أبي هريرة رضي الله عنه ولفظه: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يسير في طريق مكة فمر على جبل يقال له جمدان فقال: سيروا هذا جمدان سبق المفردون، قالوا: وما المفردون يا رسول الله؟ قال: الذاكرون الله كثيرا والذاكرات. والحديث صحيح،
Dipetik dari Hadis Sohih Muslim; ketika Rasulullah SAW berjalan di lorong-lorong Mekah, lalu baginda melintasi sebuah bukit yang dipanggil dengan nama Bukit Jumdan.
Maka baginda SAW berkata:
"Berjalanlah, ini Bukit Jumdan, sesungguhnya kaum Mufarridun telah mendahului.”
Mereka bertanya:
“Siapakah kaum Mufarridun itu wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab:
“Lelaki dan wanita yang banyak berzikir mengingati Allah.”
Dan dalam sebuah hadis bertaraf Hasan Gharib pula, baginda SAW bersabda:
سيروا سبق المفردون، قالوا : وما المفردون قال : الذين يستهترون فى ذكر الله يضع الذكر عنهم أوزارهم وخطاياهم، فيأتون يوم القيامة خفافا
Maksudnya:
“Berjalanlah kamu semua, BERJAYALAH golongan al-mufarridun"
Sahabat bertanya:siapakah al-mufarridun itu?
Jawab baginda:
"Mereka ialah orang-orang yang tenggelam dalam zikrullah. Zikir mereka telah menggugurkan dosa-dosa mereka lalu mereka dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan ringan (dari bebanan dosa)”
Alangkah baiknya ahli politik dan mereka yang menggelarkan diri mereka ahli harakah; yang berjuang untuk membina negara, mereka memperbanyakkan mengesakan Allah SWT.
لا اله الا الله لا إله إلا الله لا إله إلا الله
Nescaya mereka akan MENDAHULUI dan BERJAYA dalam medan yang mereka ceburi.
------------------
Perkataan SABAQA diterjemahkan dengan maksud mendahului, berjaya atau menang
Perkataan MUFARRIDUN diterjemahkan dengan maksud golongan yang mengesakan Allah SWT
------------------
Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus
APAKAH MENGALIR AIR MATA AHLI POLITIK ISLAM KETIKA BANGUN TAHJUD DI TENGAH MALAM?
APAKAH MENGALIR AIR MATA AHLI POLITIK ISLAM KETIKA BANGUN TAHJUD
DI TENGAH MALAM?
Tahniah! Mereka yang bangkit cuba menyusun kekusutan politik negara.
Tahniah! Mereka yang berani bangkit menegur kepincangan para Menteri dalam mengurus tadbir negara.
Tahniah! Mereka yang menegur penjawat awam yang lembab dan tidak berani membuat penguatkuasaan apabila ada rasuah, pecah amanah dan ketirisan.
Ya! Kita semua ahli politik yang dikagumi apabila inginkan negara diurus dengan baik. Walau kita bukan aktivis mana-mana partai politik. TERUSKAN teguran-teguran itu.
NAMUN adakah kita pada waktu yang sama berkesempatan bangun di tengah malam sebagaimana Imam Auzaie yang jauh lebih alim dan warak dari kita?
دخلت إحدى النساء على زوجة الإمام الأوزاعي رحمه الله فرأت تلك المرأه بللاً في موضع سجود الأوزاعي ، فقالت لزوجة الأوزاعي : ثكلتك أمك !! أراك غفلت عن بعض الصبيان حتى بال في مسجد الشيخ ( أي مكان صلاته بالليل ) فقالت لها زوجة الأوزاعي : ويحك هذا يُصبح كل ليلة !! من أثر دموع الشيخ في سجوده .
Salah seorang wanita menziarahi isteri Imam Auzaie dan dia terpandang kesan basah di tempat sujud Imam Auzaie.
Lalu dia menegur isteri Iman Auzaie:
"Apalah kecuaian engkau sehingga kanak-kanak masuk dan kencing di tempat sujud Imam Auzaie (tempat solat malamnya).
Jawab isteri Imam Auzaie:
"Apalah engkau ini! Kejadian sebegini berlaku setiap malam; Inilah kesan tangisan curahan air mata Imam Auzaie ketika sujudnya"
USTAZ HAJI HASANUDDIN MOHD YUNUS
JANGAN MUDAH MENUDUH ATAU MENGGELAR (WALAU DALAM HATI) APATAH LAGI......
JANGAN MUDAH MENUDUH ATAU
MENGGELAR (WALAU DALAM HATI) APATAH LAGI......
Sangat hairan bila terdengar dan terbaca tuduhan, fitnah dan gelaran yang dilemparkan kepada orang lain.
Yang dituduh dan yang dapat gelaran meluahkan rasa tidak selesa. Kecil hati....Terluka.
Masyarakat semakin hilang kepercayaan kepada penuduh dan yang mudah mengelar orang lain.
Khutbah Jumaat di sebuah masjid minggu lepas memaparkan ungkapan dan rasa bersalah seorang alim lagi wara' Sheikh Sufian as-Tsauri:
قال سفيان الثوري رحمه الله
حرمت قيام الليل خمسة أشهر بسبب ذنب أذنبته قيل وما هو :
قال رأيت رجلا يدعو الله ويبكي فقلت في نفسي هذا رياء
"Aku tak mampu bangun qiamullail selama 15 bulan disebabkan satu dosa yang telah aku kerjakan.
Lalu ditanya apakah dosa itu?
Sufian menjawab: "Aku nampak seorang lelaki sedang berdoa kepada Allah dalam keadaan menangis teresak-esak, lalu aku berkata dalam diriku: "dia riya'"
USTAZ HAJI HASANUDDIN MOHD YUNUS
HALUSNYA JIWA NABI IBRAHIM A.S
HALUSNYA JIWA NABI IBRAHIM A.S
Ketika berhadapan dengan zaman yang penuh cabaran, salah sangka, fitnah dan perancangan musuh yang memecahbelahkan ini, wajar sangatlah kita tingkatkan lagi kehalusan jiwa dan kebergantungan kita kepada Allah SWT.
Kita akhirnya perlu membuat keputusan dalam konflik yang berlaku.
Kita perlu tegas dengan keputusan yang dibuat. Kerana ia dibuat berdasarkan dalil, bukti, hujjah, maklumat dan ianya penuh dengan kebijaksanaan.
Selepas kita tekad, kita perlu serahkan segalanya kepada Allah SWT dan kekal konsisten dengan keputusan yang dibuat.
MELUAHKAN KEPUTUSAN DAN MENYERAHKANNYA KEPADA ALLAH SWT SANGAT PENTING.
Sebagaimana Nabi Ibrahim a.s meluahkan harapan dan doa; namun baginda akhirnya menyerahkan kepada Allah SWT apa yang sewajarnya buat baginda, walaupun berbeza dengan apa yang dipinta.
Nabi Ibrahim a.s memulakan doa agar isteri dan anaknya diurus oleh Allah SWT sepemergiannya ke Palestin menyambung tugas dan amanahnya di sana.
رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُمْ مِنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.
(Surah Ibrahim 37)
Malah dilafazkan harapan agar anak, isteri dan zuriyat ini selamat terperlihara, menjadi muslim yang mendirikan solat, mereka dapat menarik seberapa ramai manusia dan menyeru mereka kepada Allah akhirnya, makmur meriah dengan pelbagai rezeki dan mereka menjadi umat yang bersyukur.
Itu harapan dan cita-cita yang didoakan.
Dalam pada itupun baginda a.s akhirnya menyerahkan hakikat sebenarnya kepada Allah SWT dengan doa berikutnya:
رَبَّنَا إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نُخْفِي وَمَا نُعْلِنُ ۗ وَمَا يَخْفَىٰ عَلَى اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi dari Allah!
(Surah Ibrahim 38)
Ibnu Katsir dalam tafsirnya menyebutkan Nabi Ibrahim a.s menegaskan dia sebenarnya bermaksudkan ridha Allah yang diburu.
Dia dengan penuh yakin menyebutkan bahawa Allah SWT Maha mengetahui apa yang kita sembunyikan dan apa yang kita laungkan.
Lantaran itu akhir doanya seolah-olah membawa maksud Allah SWT jua lah sasaran harapannya. Sudah tentu Allah SWT jualah yang akan mentaqdirkan sesuatu yang baik buatnya dan zuriyatnya.
Maka dalam dunia perbezaan pendapat, tegaslah setegas-tegasnya tetapi keridhaan Allah SWT jua maksud kita, walau terpaksa berbeza.
Maka:
1. Jangan putuskan persaudaraan
2. Jangan sampai mengkafir atau membodohkan saudara kita
3. Jangan sampai tidak menghormati pandangan, paling tidak kena bersedia dan sabar untuk mendengar
4. Jangan memfitnah saudara kita walau kita tidak suka sikap, pandangan dan perbuatannya
5. Jangan menggelar mereka dengan gelaran yang mereka tidak senangi....
Kekallah menghormati mereka di mana sahaja mereka berada.
قال ابن جرير: يقول تعالى مخبرا عن إبراهيم خليله أنه قال " ربنا إنك تعلم ما نخفي وما نعلن " أي أنت تعلم قصدي في دعائي وما أردت بدعائي لأهل هذا البلد وإنما هو القصد إلى رضاك والإخلاص لك فإنك تعلم الأشياء كلها ظاهرها وباطنها لا يخفى عليك منها شيء في الأرض ولا في السماء.
USTAZ HAJI HASANUDDIN MOHD YUNUS
Kebijaksanaan Sultan Muhammad Al Fatih
Alhamdulillah sempat berforum Radio IKIM.FM Bicara Ad-Deen bersama Ustaz Mohamad Abdullah Al-Amin bertajuk Pembinaan Generasi Al-Fatih.
Lokasi menarik di rangkaian sekolah IKRAM-Musleh; Sek Islam dan Tahfiz Hira' Jeram.
Beliau menekankan, kelemahan suatu kaum adalah disebabkan mereka berada di zon selesa. Tidak berjuang.
Saya menekankan kehebatan dan kebijaksanaan Sultan Muhammad Al-Fatih yang perlu ditiru oleh generasi baru kita sejak di bangku sekolah lagi:
1. Menguasai ilmu
2. Terlatih untuk jadi bijaksana
3. Hafaz sebanyak mungkin al-Quraan
4. Diasah kepimpinan mereka
5. Ajar mereka sabar dan berani buat keputusan sendiri
6. Kuasai pelbagai bahasa. Termasuk Mandarin, Tamil; Iban, Kadazan, Murut dll
7. Tingkatkan ketinggian kerohanian
8. Berani berkomunikasi dengan pelbagai pihak
USTAZ HAJI HASANUDDIN MOHD YUNUS
MUNGKAR: DALAM MENGURUS KEPENTINGAN RAKYAT
MUNGKAR: DALAM MENGURUS KEPENTINGAN RAKYAT
Saya sempat bermuzakarah dengan insan ini.
Dia memahami mungkar ada pelbagai jenis.
Dalam menangani mungkar yang dia rasa itu bidang pilihannya; dia wakafkan dirinya untuk itu.
Dia ingin selamatkan negara.
Dan dia akan fokus kepada golongan yang "belum masuk masjid" dan terbiar di luar sana. Golongan yang tidak memahami apa yang sedang berlaku kepada negara.
Adanya insan sebegini; gerakan dakwah dan para ulama' wajar menyambut tangannya untuk sama2 jadikan titik permulaan dalam menghadapi mungkar-mungkar yang lain.
Seterusnya menjadikan mereka pejuang agama yang sebenarnya walau proses itu panjang.
Kekadang rasa malu apabila beliau bersungguh-sungguh mencegah mungkar manakala di satu pihak MENGHALALKAN mungkar.
:
لَوْلَا يَنْهَاهُمْ الرَّبَّانِيُّونَ وَالْأَحْبَارُ عَنْ قَوْلِهِمْ الْإِثْمَ وَأَكْلِهِمْ السُّحْتَ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَصْنَعُونَ
“Alangkah baiknya kalau ketua-ketua ugama dan pendita-pendita mereka melarang mereka dari PERKATAAN-PERKATAAN YANG DUSTA dan MEMAKAN YANG HARAM? Sesungguhnya amatlah buruk apa yang dilakukan oleh pendita-pendita itu (kerana tidak melarang).” (Al-Maidah 5: 63)
Ibni Katsir ketika mengulas ayat ini membawa kata-kata berikut:
قال: أيها الناس إنما هلك من كان قبلكم بركوبهم المعاصي ولم ينههم الربانيون والأحبار ......
"Umat terdahulu dari kamu musnah kerana mereka berbuat maksiat dan ULAMA' serta PENDITA mereka TIDAK MENEGAH mereka......"
Dan dipetik lagi:
قال: سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول:" ما من رجل يكون في قوم يعمل فيهم بالمعاصي يقدرون أن يغيروا عليه فلا يغيرون إلا أصابهم الله بعقاب قبل أن يموتوا"
Nabi SAW bersabda: "mana-mana lelaki yang bermaksiat, hidup dalam satu kaum yang mana kaum itu mampu menegahnya tetapi mereka tidak menegahnya melainkan mereka semua akan dihukum sebelum mereka semua mati"
Marilah para ulama' bangkit cegah maksiat yang menggadaikan dan mempertaruhkan harta rakyat
USTAZ HAJI HASANUDDIN MOHD YUNUS
BERBAIK-BAIK DENGAN BUKAN ISLAM ADALAH TUNTUTAN DAKWAH
BERBAIK-BAIK DENGAN BUKAN ISLAM ADALAH TUNTUTAN DAKWAH
Saya sangat simpati apabila ahli-ahli IKRAM dan beberapa kumpulan pendakwah serta ulama yang berdakwah siang dan malam dituduh dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.
Antaranya, mereka dituduh menjadi ejen (keldai) DAP ketika mereka sedang mengadakan "engagement" dengan parti tersebut.
Dalil yang digunakan antaranya:
وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain daripada Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan."
(Hud: 113)
Mari kita lihat apa yang disebut oleh Ibnu Katshir ketika mengulas ayat tersebut.
وقوله "ولا تركنوا إلى الذين ظلموا" قال علي بن أبي طلحة عن ابن عباس: لا تداهنوا وقال العوفي عن ابن عباس: هو الركون إلى الشرك.
وقال أبو العالية لا ترضوا بأعمالهم وقال ابن جرير عن ابن عباس: ولا تميلوا إلى الذين ظلموا وهذا القول حسن أي لا تستعينوا بالظلمة فتكونوا كأنكم قد رضيتم بأعمالهم "فتمسكم النار وما لكم من دون الله من أولياء ثم لا تنصرون" أي ليس لكم من دونه من ولي ينقذكم ولا ناصر يخلصكم من عذابه.
Saya percaya mana-mana gerakan Islam yang pergi bertemu dengan DAP dan kumpulan bukan Islam lainnya, memahami garis panduan al-Quran ketika berinteraksi dengan mereka.
Mereka dengan jelas bertanya kepada diri mereka sendiri sebelum bertemu dengan sesiapa di luar sana:
1. Adakah mereka terlibat dan menyokong perbuatan syirik?
2. Apakah mereka menolong orang-orang zalim?
3. Apakah mereka redha dengan amal-amal buruk masyarakat tersebut?
Kalau ada, memang mereka layak dibakar oleh api neraka.
Tetapi apa yang berlaku, mereka menghargai hasrat DAP dan kumpulan bukan Islam (belum Islam) yang ingin negara diurus secara "good governance" dan telus serta ingin menghapuskan rasuah dan pecah amanah.
Itu adalah hasrat yang baik untuk negara.
Mendengar suara mereka adalah sebahagian daripada usaha mengetengahkan suara Islam.
Sebaik saja mereka melakukan kesilapan, IKRAM bangkit memberi teguran dan penerangan.
Ketangkasan Hj Zaid Kamaruddin Naib Presiden IKRAM begitu terserlah ketika memberi komentar di BH Online pada 16 Jan 2015 terhadap twitter Eric Paulsen yang menimbulkan isu kontroversi dan provokasi yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempromosikan ekstremisme pada setiap Jumaat.
Ini diikuti dengan rencana saya di ruangan Pendapat, Sinar Harian pada 17 Jan 2015 bertajuk: "Pertahan Keharmonian Bumi Malaysia".
Ketika Teresa Kok mempertikai kod pakaian semasa berinteraksi di jabatan-jabatan kerajaan, kami juga memberi teguran kepada beliau secara profesional.
Mendengar serta menerima atau memberi teguran terhadap suara dan pendapat teman-teman dari DAP dan bukan Islam adalah sebahagian tugas rakyat Malaysia, dan IKRAM serta kumpulan pendakwah/ulama lainnya menjadi contoh dalam hal ini.
Saya menyeru ahli-ahli IKRAM untuk terus istiqamah melaksanakan dakwah dan bersabar terhadap "guru-guru agama" yang belum menguasai ilmu dakwah dan berani pula membuat tuduhan melulu seumpama itu.
Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus
Resapkan ilmu al-Quran ke segenap inci bumi
Pesanan Buat Ahli-Ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia
Dalam apa pun keadaan kita hanya inginkan perubahan dan ISLAH.
Kita ingin perubahan pada pemerintah agar lebih amanah, berkebajikan kepada rakyat, mengagih kekayaan negara seadilnya dan memelihara keamanan dalam negara.
Kita tidak mahu pemerintah rakus mengikut hawa nafsu mereka.
Maka kita lakukan ISLAH.
Pada waktu yang sama kita inginkan pembangkang yang mantap. Berani dan tepat bila melakukan
teguran. Mendapat kepercayaan rakyat bukan menjerit toghut sana dan toghut sini tanpa mendapat seat di Parlimen.
Bila dua parti besar sama kuat maka wujudlah dwi-parti yang membuka ruang untuk menguntungkan pengurusan negara dan berlakunya check and balance.
Kita lakukannya kerana Allah.
Ada tuduhan IKRAM, JIM atau IRC menyelusup masuk ke sana sini, katakan kepada mereka ilmu al-Quraan yang kita pelajari; memang untuk diresapkan ke segelinap inici bumi ini demi kebaikan negara dan ummah.
Mereka boleh menilai dengan bebas dan matang terhadap amal ikhlas kita semua.
Kata2 Nabi Shuaib a.s (antaranya) sentiasa segar dalam ingatan kita ketika kita duduk dalam usrah saban minggu.
قَالَ يَا قَوْمِ أَرَأَيْتُمْ إِنْ كُنْتُ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّي وَرَزَقَنِي مِنْهُ رِزْقًا حَسَنًا ۚ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أُخَالِفَكُمْ إِلَىٰ مَا أَنْهَاكُمْ عَنْهُ ۚ إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ
Nabi Syuaib berkata:
"Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadaNya, (patutkah aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya? AKU HANYA BERTUJUAN HENDAK MEMPERBAIKI SEDAYA UPAYA KU; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali"
He said: "O my people! see ye whether I have a Clear (Sign) from my Lord, and He hath given me sustenance (pure and) good as from Himself? I wish not, in opposition to you, to do that which I forbid you to do. I only desire (your) betterment to the best of my power; and my success (in my task) can only come from Allah. In Him I trust, and unto Him I look"
Hud 88
Ustaz Hj Hasanuddin Mohd Yunus
AKU TERASA MALU
AKU TERASA MALU
Assalamualaikum
Kita hari-hari cuba mengejar waktu untuk bertilawah.
Kita berhenti dan kita sambung semula. Kita tanda "bookmark" untuk sambung lagi.
Kita jaga tajwid, kita ulang betulkan. Kita cuba memahami satu dua maksud ayat-ayatnya.
Akhirnya kita rasa MALU kpd Allah SWT kalau2 Allah terima kita sebagai ahli (keluarga)Nya?
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( إِنَّ لِلَّهِ أَهْلِينَ مِنْ النَّاسِ ) قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، مَنْ هُمْ ؟ قَالَ :
( هُمْ أَهْلُ الْقُرْآنِ ، أَهْلُ اللَّهِ وَخَاصَّتُهُ )
وصححه الألباني في "صحيح ابن ماجة"
Sabda Rasulullah SAW:
”Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga dari kalangan manusia"
Beliau SAW ditanya: "Siapa mereka wahai Rasulullah?"
Baginda SAW menjawab:
"Mereka adalah AHLUL QURAAN, mereka adalah KELUARGA ALLAH dan orang-orang khusus-Nya.”
Ustaz Hj Hasanuddin Mohd Yunus
JADILAH AHLI Al-QURAAN; ANDA AKAN KEKAL SELESA, WALAU ADA YANG CUBA MENGHINA
JADILAH AHLI Al-QURAAN; ANDA AKAN KEKAL SELESA, WALAU ADA YANG CUBA MENGHINA
Kalau Nabi SAW diminta untuk isytihar dia hanya menyembah tuhan Kaabah dan tuhan bumi Mekah Pemilik segala-galanya.
Baginda juga diminta isytihar sebagai muslim yang menyerah segala-galanya kepada Allah SWT.
Maka Pertubuhan IKRAM Malaysia mengajak kita semua rakyat Malaysia agar menyembah Allah SWT dan mengisytihar apa yang Nabi SAW diarah untuk isytiharkan ke khalayak.
إِنَّمَا أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ رَبَّ هَٰذِهِ الْبَلْدَةِ الَّذِي حَرَّمَهَا وَلَهُ كُلُّ شَيْءٍ ۖ وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ
(Katakanlah wahai Muhammad):" Aku hanyalah diperintahkan supaya menyembah Allah Tuhan negeri (Makkah) ini yang telah menjadikannya suci lagi dihormati dan yang menguasai segala-galanya; dan aku diperintahkan supaya tetap menjadi dari orang-orang Islam (yang menyerah diri bulat-bulat kepadaNya)
Semua muslim dan muslimah juga diminta untuk kekal bertilawah kerana segala kebaikannya akan kembali kepada diri sendiri jua.
Ahli-ahli IKRAM akan bermati-matian untuk bertilawah sejuzuk sehari? Teruskan ya.
Menjadi ahli Quraan membuat kami tidak risau walau apa orang gelar anda....
وَأَنْ أَتْلُوَ الْقُرْآنَ ۖ فَمَنِ اهْتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ ضَلَّ فَقُلْ إِنَّمَا أَنَا مِنَ الْمُنْذِرِينَ
"DAN SUPAYA AKU SENTIASA MEMBACA AL-QURAN". Oleh itu, sesiapa yang menurut petunjuk (Al-Quran dan beramal dengannya) maka faedah perbuatannya itu akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat, maka katakanlah kepadanya: "Sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi amaran".
AlQasas 91-92
--------------------------
Pengajarannya bukan sekadar dah sampai mana bacaan al-Quraan anda?; tetapi al-Quraan dalam hati anda dah sampai mana?
USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS
Berbaik Sangka sesama Rakan Pejuang
SIMPAN SEDIKIT DALAM HATI ANDA
BERBAIK SANGKA TERHADAP RAKAN YANG SAMA-SAMA BERJUANG ATAU PERNAH BERJUANG BERSAMA KITA
Mari terus berdoa agar kita dan sahabat2 yang berjuang bersama kita (tidak kira dari Jemaah atau Parti apapun) agar terus kekal dalam perjuangan ini
Kita berdoa dengan doa yang dipetik dari al-Quraan:
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
سورة آل عمران 8
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! JANGANLAH ENGKAU MEMESONGKAN HATI KAMI SESUDAH
ENGKAU BERI PETUNJUK KEPADA KAMI, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya
Apabila kita menang jangan mudah anggap mereka yang kalah sebagai golongan yang hina di sisi Allah SWT.
Kita diajar agar sentiasa bimbang kalau hati2 kita dibalikkan dan semakin jauh dari Allah SWT dan dari rakan2 yang berjuang bersama kita walau berbeza sedikit pendekatan.
رِجَالٌ لَا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ
سورة النور 37
(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; MEREKA TAKUTKAN HARI YANG PADANYA BERBALIK-BALIK HATI DAN PANDANGAN.
Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus
"Jadilah kamu seperti pokok…" Imam Hassan Al Banna
Ahli-ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia dingatkan untuk terus menjaga akhlak dan tutur kata mereka ketika banyak fitnah, tuduhan kata cerca dilemparkan kepada mereka dan pertubuhan mereka.
Teruskan menabur kebaikan kepada negara dan ummah serta seluruh rakyat Malaysia di mana sahaja anda berada.
Kata-kata Hasan al-Banna yang dipetik dari khazanah seni bicara orang-orang arab pasti segar dalam ingatan anda semua.
“كونوا كالشجر يرميهم الناس بالحجر فيرمونهم بأحسن الثـمر”
"Jadilah kamu seperti pokok, para manusia membalingnya dengan batu, pokok mengugurkan kepada mereka buah-buah yang ranum"
Memadai kita mengadu kepada Allah SWT, ketika kita berpuasa di siang hari dan kita menghidupkan malam kita.
Ulanglah ayat ini beberapa kali. Supaya anda semua memahami, itu semua adalah ujian Allah SWT kepada anda.
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا
Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata (al-Ahzab 58)
Berdoalah kepada Allah SWT agar Dia mengampunkan mereka yang menuduh kita.
Semoga kesabaran kita diganjari dengan sesuatu yang besar dari sisiNya.
Ahli-ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia juga diminta; bayangkanlah Allah SWT akan membersihkan nama kita dan Pertubuhan kita dari tuduhan-tuduhan liar itu sebagaimana Allah SWT pernah membersihkan Nabi Musa a.s dari tuduhan orang-orang Yahudi satu ketika dahulu.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ آذَوْا مُوسَىٰ فَبَرَّأَهُ اللَّهُ مِمَّا قَالُوا ۚ وَكَانَ عِنْدَ اللَّهِ وَجِيهًا
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa, LALU ALLAH MEMBERSIHKANNYA DARI SEGALA CACIAN YANG MEREKA KATAKAN; dan adalah dia seorang yang mulia di sisi Allah (al-Ahzab 69)
Teruskan menabur kebaikan kepada negara dan ummah serta seluruh rakyat Malaysia di mana sahaja anda berada.
Kata-kata Hasan al-Banna yang dipetik dari khazanah seni bicara orang-orang arab pasti segar dalam ingatan anda semua.
“كونوا كالشجر يرميهم الناس بالحجر فيرمونهم بأحسن الثـمر”
"Jadilah kamu seperti pokok, para manusia membalingnya dengan batu, pokok mengugurkan kepada mereka buah-buah yang ranum"
Memadai kita mengadu kepada Allah SWT, ketika kita berpuasa di siang hari dan kita menghidupkan malam kita.
Ulanglah ayat ini beberapa kali. Supaya anda semua memahami, itu semua adalah ujian Allah SWT kepada anda.
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا
Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata (al-Ahzab 58)
Berdoalah kepada Allah SWT agar Dia mengampunkan mereka yang menuduh kita.
Semoga kesabaran kita diganjari dengan sesuatu yang besar dari sisiNya.
Ahli-ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia juga diminta; bayangkanlah Allah SWT akan membersihkan nama kita dan Pertubuhan kita dari tuduhan-tuduhan liar itu sebagaimana Allah SWT pernah membersihkan Nabi Musa a.s dari tuduhan orang-orang Yahudi satu ketika dahulu.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ آذَوْا مُوسَىٰ فَبَرَّأَهُ اللَّهُ مِمَّا قَالُوا ۚ وَكَانَ عِنْدَ اللَّهِ وَجِيهًا
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa, LALU ALLAH MEMBERSIHKANNYA DARI SEGALA CACIAN YANG MEREKA KATAKAN; dan adalah dia seorang yang mulia di sisi Allah (al-Ahzab 69)
USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS
Was! Syaitan yang memesongkan niat murni
AWAS! SYAITAN YANG MEMESONGKAN NIAT MURNI
Untuk menyempurnakan tugas Khalifah kita perlukan kuasa.
Allah SWT berjanji Dia akan berikan kuasa dan rasa kukuh hanya kepada orang2 yang beriman dan beramal solih.
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. (Annur 55)
Namun kita risau, dalam pada kita berusaha untuk mendapatkan SULTAH untuk agama Allah, syaitan mendahului dengan menyuburkan penyakit dalam diri manusia yang berjuang ini.
Hubbu Riasah sehingga kita mahu meraih kuasa walau melanggar akhlak dan syariat Allah itu sendiri.
Semoga Allah meredhai ayahanda Adam dan bonda Hawa......
فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَىٰ شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَىٰ
Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan KEKUASAAN yang tidak akan hilang lenyap?" (Toha 120)
Ayuh! Semak kembali niat, Iman dan Amal kita ya......
Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus
Hidayah milik ALLAH
JANGAN MEMAKSA
Malaysia Menuju Negara Rahmah(MMNR)
Umat Islam sentiasa bercita2 untuk selamatkan seluruh penduduk dunia agar KEMBALI kepada fitrah mereka; menjadi muslim.
Tapi ingat, hidayah di tangan Allah SWT ya.
Bila belum berjaya; jangan cuba ambil jalan pintas dengan cuba memaksa mereka.
Bila mereka enggan terima Islam; aqidah dan syariatnya, kita beremosi dan marah2 mereka.
Lahir pula golongan yang tak reti berkawan dan tak reti melayan orang bukan Islam.
Malah menuduh mereka sebagai kafir harbi?
Kesian buat para pendakwah begitu......
وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَآمَنَ مَنْ فِي الْأَرْضِ كُلُّهُمْ جَمِيعًا ۚ أَفَأَنْتَ تُكْرِهُ النَّاسَ حَتَّىٰ يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ
[سورة يونس 99]
Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?
USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS
SABAR & MEMAAFKAN
SEMOGA KEPUTUSAN TUANKU BERTEPATAN DENGAN AJARAN AL-QURAAN
Pengampunan 11 rakyatnya yang “didakwa” bersalah; saya anggap itu keputusan anak jantan.
Rakyat wajar mendoakannya.
Saya iringi dengan beberapa petikan ayat-ayat Allah SWT.
1. Layan rakyat dengan baik
فَاصْفَحِ الصَّفْحَ الْجَمِيلَ
"serta layanlah mereka dengan cara yang elok" (85 al-Hijr)
2. Sabar dan Memaafkan
وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
"Dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik" (ali-Imran 134)
وَلَمَن صَبَرَ وَغَفَرَ إِنَّ ذَٰلِكَ لَمِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
"Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)". (as-Syura 43)
USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS
PERNAH BERJANJI?
Pernah Berjanji?
Sempena Ramadhan ini saya cuba semak, kalau2 ada janji saya dgn sapa2 dan saya mungkirinya samada terlupa atau saya ada fakta untuk abaikan janji saya itu.
عن ميمون بن مهران قال ثلاث المؤمن والكافر فيهن سواء الأمانة تؤديها الى من ائتمنك عليها من مسلم وكافر وبر الوالدين قال الله تعالى وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا الآية والعهد تفي به لمن عاهدت من مسلم أو كافر
Dari Maimun bin Mihran, ia berkata, “Ada tiga hal di mana (intraksi) antara muslim dan kafir itu sama.
Pertama:
Menunaikan amanat pada orang yang memberi amanat baik muslim maupun kafir.
Kedua:
Berbakti pada orang tua sebagaimana firman Allah Ta’ala (yang artinya), “Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya“(QS. Luqman: 15).
Ketiga:
MEMENUHI PERJANJIAN DENGAN ORANG YANG MEMBUAT PERJANJIAN DENGANMU SAMADA IA MUSLIM ATAU KAFIR.”
(Hilyatul Auliya’, 4: 87)
Kekadang kita bermain dengan isu.
Harap saya tidak bermain dengan isu sehingga saya lupa ada perkara2 lebih besar dan utama di sebalik isu yang kerap saya laung-laungkan.
Bimbang akhirnya, saya abaikan peningkatan iman saya, tidak ambil berat isu kemiskinan, keperluan orang ramai dan keperitan hidup mereka; tempat tinggal kediaman, beban hutang, cukai, dalam menjalani kehidupan bersama saya di luar sana.
Lebih penting, bila saya dah abaikan JANJI.....
لَيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَٰكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا ۖ وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ
"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat (qiblat), tetapi KEBAJIKAN itu ialah:
berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi dan
Mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta dan
Untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan
Mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat;
DAN PERBUATAN ORANG-ORANG YANG MENYEMPURNAKAN JANJINYA APABILA MEREKA MEMBUAT PERJANJIAN;
Dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil.
Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa"
--------------------------
"إن المقسطين في الدنيا على منابر من لؤلؤ بين يدي الرحمن عز وجل بما أقسطوا في الدنيا"
"المقسطون على منابر من نور عن يمين العرش الذين يعدلون في حكمهم وأهاليهم وما ولوا".
USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS
HARI SYAK: PANDANGAN TERPAKAI DALAM MAZHAB SYAFIE
HARI SYAK: PANDANGAN TERPAKAI DALAM MAZHAB SYAFIE
Hari syak ialah 30 Syaaban yang diumumkan oleh pemerintah atau ulul-amri; selepas mereka bersama umat Islam menanti pada 29 Syaaban untuk melihat anak bulan.
Sebelum melihat anak bulan mereka sedang meramalkan samada esok 1 Ramadhan atau 30 Syaaban bergantung kepada terlihatnya anak bulan atau tidak.
Dalam keadaan lain pula; barangkali ada seorang muslim mendakwa melihat anak bulan tetapi pemeritah menolak penyaksiannya kerana muslim itu tidak dipercayai atau ada halangan untuk mempercayainya.
Ini bahasa feqah. Payah nak faham?
BAHASA MUDAHNYA:
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telah mengisytiharkan petang Selasa 16 Jun 2015 bersamaan 29 Syaaban 1436H sebagai tarikh bagi melihat atau mencerap anak bulan Ramadhan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa tahun ini.
Sekiranya pada Selasa malam Rabu ini, mereka mengumumkan Rabu 17 Jun adalah awal Ramadhan, maka tidak wujud hari syak tahun ini.
Syaaban pada tahun ini hanya ada 29 hari sahaja.
Sebaliknya, sekiranya mereka mengumumkan Khamis 18 Jun sebagai 1 Ramadhan, maka hari Rabu 17 Jun adalah hari syak.
Syaaban pada tahun ini mengandungi 30 hari.
1. Sesiapa yang berpuasa pada hari Rabu ini dengan niat kalau-kalau hari itu dah masuk Ramadhan, aku dah tak berdosa, maka puasanya haram dan tak sah.
وقال عمار بن ياسر من صام اليوم الذي يُشك فيه فقد عصى أبا القاسم صلى الله عليه وسلم . رواه الترمذي وصححه الألباني في صحيح الترمذي 553
Sesiapa yang berpuasa pada hari syak; dia sebenar mengingkari Aba Qasim Muhammad SAW
2. Sesiapa yang dah selalu berpuasa Hari-Hari Gelap, hujung setiap bulan hijrah boleh meneruskan puasa.
لا تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلا يَوْمَيْنِ إِلا رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ
رواه البخاري، رقم 1914، ومسلم، رقم 1082
"Jangan dahulukan Ramadan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang pada hari itu dia biasanya berpuasa. Maka berpuasalah pada hari itu”
3. Sesiapa yang niat puasa qadha’, nazar dan seumpamanya boleh meneruskan berpuasa.
Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus
Bertongkat walaupun Sihat?
Walau sibuk berjuang untuk memastikan Islam memgambil tempatnya semula di Malaysia; dalam keadaan sihat dan masih gagah, jangan lupa INGAT MATI ya......
قيل للشافعي رحمه الله: ما لك تكثر من إمساك العصا, ولست
بضعيف؟
قال: لأتذكر أني مسافر .
Ditanya kpd Imam Syafie kenapa sering bertongkat sedangkan engkau tidak
lemah dan uzur?
Jawabnya: Supaya aku sedar sesungguhnya aku seorang MUSAFIR.
AWASI DIRI MELALUI HALAQAH QURAN
Ahli-ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia sentiasa diawasi melalui halaqah-halaqah Quraan, agar sentiasa berakhlak mulia.
Mereka tidak dibenarkan; semata-mata untuk mempopularkan diri atau organisasi, mereka menghentam sana dan menghentam sini.
Melukakan hati sesama manusia apatah lagi sesama muslim, menggelar-gelar mereka atau menghina, serta mengaibkan/memalukan adalah satu tingkah laku yang tidak manis.
Mereka dikawal oleh ayat-ayat Quraan dan hadis-hadis Nabi SAW yang diulang saban minggu.
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا
“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, Maka Sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.”
(QS. Al Ahzab [58]:
سِبابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ ، وَقِتَالُهُ كُفْرٌ
“Mencela seorang muslim adalah kefasikan, dan membunuhnya kekufuran.” (HR Bukhari Muslim)
المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده
"Seorang muslim ialah orang yang apabila kaum muslimin terselamat dari tangan dan lisannya.” (HR Bukhari Muslim)
USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS
Bezakan kita ketika SEDANG MEMERINTAH dan kita SEDANG BERDAKWAH
Bezakan kita ketika SEDANG MEMERINTAH dan kita SEDANG BERDAKWAH
Apabila kita memerintah kita telah ada kuasa "AUTHORITY" manakala ketika berdakwah kita ada kuasa "PENGARUH".
Para ulama' dan pendakwah kena pergi kepada sesiapa di luar sana untuk berdakwah dan memberi peringatan.
Ahli-ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia dilatih dengan kata-kata hikmah Sheikh Hasan al Hudhaibi :
نحن دعاة لا قضاة
"Kita adalah PENDAKWAH dan bukan PENJATUH HUKUMAN"
Ahli-ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia sentiasa diingatkan dengan kisah Musa dan Haron a.s ketika diperintah untuk pergi ke Firaun yang sangat melampau itu.
اذْهَبَا إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ
فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ
سورة طه 44
"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya.
Kemudian hendaklah kamu BERKATA kepadanya, dengan kata-kata yang LEMAH-LEMBUT semoga ia BERINGAT atau TAKUT".
Samada ketika MEMERINTAH nanti atau dalam dunia DAKWAH sekarang ini; RAHMAT Allah SWT sentiasa diburu.
MALAYSIA MENUJU NEGARA RAHMAH
USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS
JANGAN GELAR MENGGELAR DENGAN PERKATAAN YANG TAK MANIS
JANGAN GELAR MENGGELAR DENGAN PERKATAAN YANG TAK MANIS
Pertubuhan IKRAM Malaysia sentiasa cuba mendidik ahli2nya dan masyarakat awam agar sentiasa berfikiran positif.
Terlalu kerap menilai orang lain atau organisasi lain tak betul ATAU selalu mendengar guru dan murabbi yang asyik pelekeh orang lain....akan membuat kita berfikiran negatif.
Kami ajar ahli2 kami untuk hargai amal orang lain, sehingga kalau mereka nak tegur sesuatu yg dilihat tak betul atau tak elok mereka akan guna istilah yang sopan.
Ini bertepatan dengan uusaha kami untuk menjadikan Malaysia Menuju Negara Rahmah (MMNR).
Kami tak pernah ajar ahli2 kami "menggelar-gelar" orang lain seperti HANTU dan seumpamanya.....
(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ)
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
Dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain;
DAN JANGANLAH PULA KAMU PANGGIL-MEMANGGIL ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN DENGAN GELARAN YANG BURUK
Amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman.
Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim"
USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS
PENAT DENGAN PERALATAN?
PENAT DENGAN PERALATAN?
Untuk lakukan perubahan, dalam waktu yg terbatas kita kena tengok:
1. Apa perubahan yang ingin kita lakukan?
2. Siapa yang akan lakukan perubahan?
3. Alat yang akan digunakan?
4.. Kemahiran bagaimana menggunakan alat tu?
Kalau tidak, kita akan kelam kabut sepanjang masa
Kali ini kita fokus kepada alat kerana ramai yang mula mengeluh ketika sibuk melakukan perubahan:
"أعطني ست ساعات لقطع شجرة وسأقضي الأربعة الأولى في شحذ الفأس"
أبراهام لينكولن
"Give me six hours to chop down a tree and I will spend the first four sharpening the axe"
Abraham Lincoln
"Berikan kepada saya 6 jam untuk menebang pokok; saya akan gunakan 4 jam pertama untuk mengasah kapak"
USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS
Subscribe to:
Posts (Atom)