Monday, 30 November 2015

HARI SYAK: PANDANGAN TERPAKAI DALAM MAZHAB SYAFIE


HARI SYAK: PANDANGAN TERPAKAI DALAM MAZHAB SYAFIE  

Hari syak ialah 30 Syaaban yang diumumkan oleh pemerintah atau ulul-amri; selepas mereka bersama umat Islam menanti pada 29 Syaaban untuk melihat anak bulan.

Sebelum melihat anak bulan mereka sedang meramalkan samada esok 1 Ramadhan atau 30 Syaaban bergantung kepada terlihatnya anak bulan atau tidak.

Dalam keadaan lain pula; barangkali ada seorang muslim mendakwa melihat anak bulan tetapi pemeritah menolak penyaksiannya kerana muslim itu tidak dipercayai atau ada halangan untuk mempercayainya.

Ini bahasa feqah. Payah nak faham?

BAHASA MUDAHNYA:

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telah mengisytiharkan petang Selasa 16 Jun 2015 bersamaan 29 Syaaban 1436H sebagai tarikh bagi melihat atau mencerap anak bulan Ramadhan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa tahun ini.

Sekiranya pada Selasa malam Rabu ini, mereka mengumumkan Rabu 17 Jun adalah awal Ramadhan, maka tidak wujud hari syak tahun ini.

Syaaban pada tahun ini hanya ada 29 hari sahaja.

Sebaliknya, sekiranya mereka mengumumkan Khamis 18 Jun sebagai 1 Ramadhan, maka hari Rabu 17 Jun adalah hari syak.

Syaaban pada tahun ini mengandungi 30 hari.

1. Sesiapa yang berpuasa pada hari Rabu ini dengan niat kalau-kalau hari itu dah masuk Ramadhan, aku dah tak berdosa, maka puasanya haram dan tak sah.

وقال عمار بن ياسر من صام اليوم الذي يُشك فيه فقد عصى أبا القاسم صلى الله عليه وسلم . رواه الترمذي وصححه الألباني في صحيح الترمذي 553

Sesiapa yang berpuasa pada hari syak; dia sebenar mengingkari Aba Qasim Muhammad SAW

2. Sesiapa yang dah selalu berpuasa Hari-Hari Gelap, hujung setiap bulan hijrah boleh meneruskan puasa.

لا تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلا يَوْمَيْنِ إِلا رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ

رواه البخاري، رقم 1914، ومسلم، رقم 1082

"Jangan dahulukan Ramadan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang pada hari itu dia biasanya berpuasa. Maka berpuasalah pada hari itu”

3. Sesiapa yang niat puasa qadha’, nazar dan seumpamanya boleh meneruskan berpuasa.

Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...