Saturday 16 March 2013

Sebab dan Musabab & Aturan Allah



Teruskan berusaha dengan mengambil faktor sebab musabbab atau cause and effect. Kita yakin Allah telah mengatur dunia ini mengikut ilmu yang diciptaNya itu sendiri.

Membongkar rahsia sabab dan musabbab untuk mencipta plan tindakan (ikhtiar) adalah sebahagian perjuangan hidup ini. Ini yang dikatakan mencipta masa hadapan.

Namun, bagi mereka yang telah melalui satu proses kehidupan, satu pengalaman yang panjang di bawah naungan ilmu, keadaannya tentu berbeza.

Keyakinannya kepada Allah S.W.T telah terkeluar dari formula ini. Dia meletakkan keyakinannya kepada Allah S.W.T sehingga ia terapong tinggi.

Dia seolah-olah membiarkan Allah S.W.T menentukan masa hadapannya. Sayyidina Abu Bakar r.a pernah melakukan begitu?

Ya, ketika menginfaqkan segala hartanya pada jalan Allah S.W.T dan dengan yakin beliau menegaskan aku tiggalkan Allah dan rasulNya buat keluarga ku.

Semuanya kena iltizam mencari sabab dan musabbab; tapi jangan hina dan halang kalau ada yang cuba melakonkan apa yang pernah dilakonkan oleh Abu Bakar r.a atau sesiapa yang semaqam dengannya.

Bagi mereka yang telah sampai usia warga emas, tentunya dapat merasakan kemanisan kata-kata Ibnu Athaillah ini:

لاَ تَطْلُبْ مِنْهُ أَنْ يُخْرِجَكَ مِنْ حَالِةٍ لِيَسْتَعْمِلَكَ فِيْمَا سِوَاهَا؛ فَلَوْ أَرَادَ لاَسْتَعْمَلَكَ مِنْ غَيْرِ إِخْرَاجٍ.

Jangan meminta dari Allah supaya engkau dipindahkan dari satu keadaan ke keadaan yang lain. Sekiranya Dia mengkehendakinya yang demikian, Dia tentu telah memindahkan mu tanpa mengubah keadaanmu sebelumnya
Do no request Him to get you out of a state to make use of you in a different one, for, were He to desire so, He would make use of you as you are, without taking you out!

Keluarlah dari adat biasa kita untuk mencipta 'keajaiban'




Adat berjuang, kita kena sedia mengharungi pelbagai bentuk kepayahan. Walau kita tidak mencarinya; tetapi itulah permaidani merah buat kita para pejuang

Sheikh Jumaah Amin pernah berpesan: Walaupun kita bekerja dengan ukuran sinin (tempoh dan syarat masa) tapi kemenangan milik Allah dianugerah mengikut sunan (hukumnya)

Dari lubuk hati masing-masing, kita percaya ramai dari kalangan kita mengharap nusrah Allah tak semena-mena akan turun. Sesuatu diluar adat akan berlaku, setelah kita "merasa" kita telah lama berkorban.

Imam Ibnu Athaillah mengingatkan, wajarkah kita mengharap sesuatu luar adat akan berlaku sedang kita tidak keluar dari adat kebiasaan kita yang kerap tunduk pada hawa nafsu? Ayuh keluarlah dari adat yang biasa kepada sesuatu yang di luar adat kebiasaan kita....


كَيْفَ تُخْرَقُ لَكَ الْعَوَائِدِ، وَأَنْتَ لَمْ تَخْرِقُ مِنْ نَفْسَكَ الْعَوَائِدِ.

Bagaimana keajaiban (pecah adat) tersingkap buatmu sedangkan engkau tidak memecah adat burukmu

How can the laws of nature (al-'awaa'id) be ruptured for you so the miracles result, while you, for your part, have yet to rupture your bad habits (al-'awaa'id)?



Tuesday 5 March 2013

Penyakit Yang Sukar Disembuhkan



Penyakit Yang Sukar Disembuhkan


Kehidupan seorang pejuang; dia akan rasa gelisah apabila merasa selesa dalam hidup. Dia akan tercari-cari sesuatu yang akan mendorong dia untuk terus berharap. 

Dia gembira apabila hidupnya sentiasa dalam keadaan meminta-minta sesuatu dari Allah S.W.T.... Itulah kehidupan yang meriah baginya.

Dia akan cuba keluar dari zon keselesaan. Tiada istilah selesa dalam dairi hidupnya.

Bisikan Imam Ibnu Athaillah, membuatnya tertanya-tanya apakah rahsia dari kalimah-kalimah indah itu:


تَمَكُّنُ حَلَاوَةِ الهَوَى مِنَ القَلْبِ هُوَ الدَّاءُ العِضَالُ

Incurable sickness results when the sweetness of passion takes possession of the heart

Tatkala manisnya hawa nafsu menguasai kalbu, itulah penyakit yang sukar untuk disembuhkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...