Tuesday 18 September 2012

Tertutup dari maksiat dan Tertutup dalam maksiat





Memang kita ada dianjur berdoa, untuk mohon agar ditutup maksiat, kelemahan dan kesalahan kita, bila kita terlanjur.

Tetapi, bagi hamba-hambaNya yang tertentu, tumpuan doa mereka lebih kepada agar lansung terhijab, terlindung sehingga dia 
tidak berpeluang langsung bermaksiat.

Bagi ulama', pendakwah dan murabbi yang memang sudah tidak pernah melakukan maksiat; percayalah, walau sekadar bercita-cita untuk bermaksiat adalah sebahagian dari maksiat itu sendiri.

Kita kena cepat padam walau ia sekadar حديث النفس bicara dan lintasan hati. Kerana ia mungkin sahaja bertukar menjadi niat dan azam. Kearah terlanjur pada perbuatan pula.

Bagi ulama', pendakwah dan murabbi yang masih tak sengaja melakukan maksiat; sekali sekala terlepas, mohonlah ampunan Allah S.W.T selalu.

Mohonlah keaiban itu terus dilindungi Allah S.W.T. Malah pertingkatkan doa kita, agar kita langsung menjadi hamba-hambaNya yang bebas dari melakukan sebarang maksiat dalam hidup ini.

Ketahuilah, memang malu dan tidak bagus kalau masyarakat tahu yang kita ulama', pendakwah dan murabbi , masih ada buat maksiat.

Tetapi merasa malu dan takut apabila Allah S.W.T sendiri yang Maha Berkuasa itu tahu dan nampak kita bermaksiat.....tentunya kesannya lebih besar dari terdedahnya rahsia kita itu kepada masyarakat awam.


Ibnu Athaillah mengingatkan kita:

السَتَّرُ عَلَى قِسْمَيْنِ: سَتْرٌ عَنِ المَعْصِيَةِ، وَسَتْر فِيْهَا: فَاْلعَامَّةُ يَطْلُبُوْنَ مِنَ اللهِ تَعَالَى السَتَّرَ فِيْهَا؛ خَشْيَةَ سُقُوْطِ مَرْتَبَتِهِمْ عِنْدَ الْخَلْقِ، وَالْخَاصَةُ يَطْلُبُوْنَ مِنَ اللهِ الَستْرَ عَنْهَا؛ خَشْيَةَ سُقُوْطِهِمْ مِنْ نَظَرِ المَلِكِ اْلحَق

Tutupan (dari aib) ada dua: tertutup dari maksiat dan tertutup dalam maksiat. Orang awam meminta kepada Allah agar ditutupi ketika bermaksiat, agar tidak jatuh imejnya di khalayak awam. Namun golongan Khas (yang menyuci diri) meminta kepada Allah agar ditutupi dari melakukan maksiat kerana bimbang dan takut jatuhnya mereka dalam Pemerhatian Yang Maha Penguasa lagi Benar

Veiling (as-sitr) is of two kinds: veiling of disobedience, and veiling in it. Common people seek Allah's veiling in disobedience out of the fear of falling in the rank amongst mankind. The elect seek the veiling of disobedience out of the fear of falling from the sight of the Real King.

Tuesday 4 September 2012

Ummah memerlukan Bahtera Yang Belayar




UMMAH MEMERLUKAN BAHTERA YANG BELAYAR



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ترجو النجاة ولم تسلك مسالكها فاعلم فإن السفينة لا تجرى على اليبس
Anda mengharapkan kejayaan, 
tetapi anda tidak menempuh jalannya, 
maka ketahuilah 
sesungguhnya bahtera itu tidak berlayar di daratan..

Semasa memimpin, pastikan kita sedar arah, kedudukan dan suasana perjuangan ini. 

Bimbang kita berbangga dengan kapal kita dan sibuk dengan kemeriahannya....tetapi kita tidak perasan yang kita tidak bergerak, kerana  kita tidak berada di atas landasan sebenar. 

Kita berbangga dengan pembacaan dan penguasaan buku, sedangkan kita masih di meja bacaan kita. 

Ummah perlukan bahtera yang belayar, sedia dihumban ombak, melekat di dinding kapal siput, keritip dan karang...

Anak-anak kapalnya pada mulanya mabuk termuntah-muntah tetapi bahtera terus belayar gagah bernakhodakan pimpinan yang mantap....


DiRantai Ke Syurga?



DIRANTAI KE SYURGA?


Dirantai Ke Syurga?

Satu peringatan yang amat menarik daripada Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus. 

Adakah rantai yang mengikat kita ini masih kukuh, atau telah longgar, atau telah putus. Adakah kita antara hamba-hambaNYA yang diseret
 rantai menuju ke syurga? Betapa kasihnya Pencipta pada hamba-hambaNYA. Kukuhkan ikatan dengan Pencipta kita.


Nak Ke Syurga Pun Sampai Dipaksa?

Manusia memang pelupa, zalim (ظلوما) dan jahil (جهولا). Pemurahnya Allah sehingga dia memperkenalkan bebarapa ketaatan untuk merapatkan kita denganNya.

Ketaatan itu diwajibkan agar kita kekal rapat denganNya.

Sepatutnya tidak perlu diwajibkan, kitalah yang kena mengejar Allah S.W.T agar kita rapat denganNya. Malang, walau diwajibkan, kekadang kita tetap tidak menyahutnya dengan baik.

Allah wajibkan kita berdakwah, supaya kita makin rapat denganNya. Tapi malang, kekadang kita tidak bersungguh-sungguh berdakwah.

Allah wajibkan kita untuk merancang dalam dakwah ini, supaya kita makin rapat denganNya. Tapi malang, kekadang kita tidak bersungguh-sungguh merancang dalam dakwah ini.

Allah wajibkan kita untuk berkorban dalam dakwah ini, supaya kita makin rapat denganNya. Tapi malang, kekadang kita tidak sanggup berkorban dalam dakwah ini.

Allah wajibkan kita untuk tidak menangguh-nangguh kerja dalam dakwah ini, supaya kita makin rapat denganNya. Tapi malang, kekadang kita kerap menangguh-nangguh kerja dalam dakwah ini.

Bila kita rapat kepadaNya, kita akan di buka jalan ke syurga. Bila kita menjauhkan diri dariNya, bererti kita menjauhkan diri dari syurgaNya.

Malulah kita, nak ke syurga pun terpaksa diherit dengan rantai.......

Mari kita renung bisikan Ibnu Athaillah dalam perkara ini:

عَلِمَ قِلَّةَ نُهُوْضِ العِبَادِ إِلَى مُعَامَلَتِهِ، فَأَوْجَبَ عَلَيْهِمْ وُجُوْدَ طَاعِتِهِ، فَسَاقَهُمْ
إِلَيْهِ بِسَلَاسِلَ الإِيْجَابِ، عَجِبَ رَبُّكَ مِنْ قَوْمٍ يُساَقُوْنَ إِلَى الجَنَّةِ بِالْسَّلاَسِلِ.

Allah mengetahui kurang semangatnya hamba-hambaNya dalam berurusan denganNya, maka Dia mewajibkan siri ketaatan hambaNya kepadaNya. Maka maralah mereka kepadaNya dengan dorongan rantai kewajipan.

Maka hairanlah tuhanmu terhadap satu kaum, yang menuju ke syurga dengan rantai yang mengherit mereka ke sana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...