Friday 28 December 2012

Kebergantungan kepada Allah ketika Merancang dan Bekerja




Kebergantungan kepada Allah ketika Merancang dan Bekerja



1. Bila kita merancang dan mengatur, mohon ilham Allah:


اللَهمَ انَى أسألك رحمة من عندك تلهمنى بها رشـدى

2.. Bila sedang berkerja dan beroperasi serahkan segalanya kepada Allah sehingga kita rasa erti ayat Allah S.W.T:

وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ رَمَىٰ 

Bukan kerana strategi, Bukan kerana Doa kita




Bukan kerana Strategi, Bukan kerana Doa kita



Selepas orang menyangka kita telah lakukan kejayaan, kita dinasihatkan untuk tidak merasakan perancangan, strategi dan siasah yang kita aturkan, yang menyebabkan kita berjaya. 
Malah doa yang pernah kita pohon pun, kita dinasihatkan,  untuk tidak merasakan ia penyebab Allah kurniakan kejayaan yang disangkakan itu.
Jadikan perancangan, strategi, siasah dan doa yang kita rasa dimaqbulkan Allah itu, sebagai ubudiyah kita untuk mendekatkan diri kita kepada Allah...
Kalau tidak, kita semua belum mengenali dan belum memahami Allah sebagai tuhan kita itu

لاَ يَكُنْ طَلَبُكَ تَسَبُّبًا إِلَى العَطَاءِ مِنْهُ؛ فَيَقِلَّ فَهْمُكَ عَنْهُ، وَلْيَكُنْ طَلَبُكَ لِإِظْهَارِ العُبُودِيَّةِ وَقِيَامًا بِحُقُوْقِ الرُبُوْبِيَّةِ
Janganlah permohonanmu (doamu) engkau anggap sebagai sebab pemberian Allah, sehingga menjadi berkurang pemahamanmu mengenaiNya. Hendaklah permohonanmu demi menunjukkan penghambaanmu (ubudiyah) dan memenuhi hak-hak Dia sebagai Tuhan

Thursday 15 November 2012

Selamat Tahun Baru Hijrah





SELAMAT TAHUN BARU


Satu masa nanti, kita akan cuba meraba baju kita yang mula terasa basah. Banyak kemungkinannya:

1. Percikan hujan atau sungai yang kita mudik ke hulu


2. Atau mungkin sahaja titisan demi titisan air mata tahjud dan munajat kita

3. Tidak mustahil peluh yang bercucuran kerana penat amal kita

4. Mungkin juga tempias air liur ketika mengulang ribuan kalimah zikir

5. Terlalu banyak ceramah, tazkirah dan taujihat, hingga basah baju kita

6. Meeting, brainstorming, strategic planning, seminar, konvensyen, kertas kerja, research sehingga basah?

7. Alangkah indahnya kalau yang basah itu darah merah yang mengalir tanpa kita sedari

Tuesday 13 November 2012

Cipta Kejayaan Anda



Cipta Kejayaan Anda


“You can’t find a new land with an old map” (Prahalad 2000).

Kita kena mencipta sendiri kejayaan; selepas kita memahami Allah telah bekalkan kepada kita kuasa memilih (Ikhtiar). 

Kita kena MENYAMBUNG usaha orang terdahulu. Bukan sekadar mengulanginya sahaja

Allah aturkan kejayaan di celah-celah sebab dan musabbab

Selagi Allah rahsiakan taqdirnya, kita kena berusaha bermati-matian.

Maka kita akan ketemui pulau yang dicari...

Monday 5 November 2012

Gangguan dan Kritikan Diciptakan Agar Kita Lebih Mendekatkan Diri Kepada-Nya



Gangguan dan Kritikan Diciptakan Agar Kita Lebih 
Mendekatkan Diri Kepada-Nya



Sebagai seorang pemimpin, pendakwah, guru, murabbi atau pendidik, kita kena berusaha agar anak buah kita mendengar dan menghormati kita. Ia bertujuan melatih mereka menghormati ilmu dan kebaikan yang cuba kita berikan.

Namun, kekadang kalau ada idea atau amal kita, yang kita rasa ilham dari Allah S.W.T ditolak, dikritik, diperkecil; bersyukurlah kepada Allah.


Itulah proses Allah S.W.T nak angkat kita ke maqam seterusnya. Agar kita semakin rapat dengan-Nya.

Kalau kita tidak terdedah dengan kritikan, AWAS! kita dalam bahaya sebenarnya. Kita rasa semua orang kagum dengan kita dan idea-idea serta amal kita.

Ibnu Athaillah pernah berpesan begitu buat kita semua:

إِنَّمَا أَجْرَى الأَذَى عَلَى أَيْدِيْهِمْ كَيْ لَا تَكُوْنَ سَاكِنًا إِلَيْهِمْ؛ أَرَادَ أَنْ يُزْعِجَكَ عَنْ كُلِّ شَيْءٍ، حَتَّى لاَ يَشْغَلَكَ عَنْهُ شَيْءٌ.

Allah sengaja menciptakan gangguan dari orang ramai terhadap mu, supaya engkau tidak cenderong (tenang) kepada mereka. Allah ingin timbulkan rasa terganggu dari semua keadaan sehingga tiada sesuatu yang menyibukkan mu dari-Nya

He only made affliction come at the hands of people so that you not repose in them. He wanted to drive you out of everything so that nothing would divert you from Him.



Wednesday 31 October 2012

Terus Merancang, Utamakan Kebergantungan kepada Allah




Terus Merancang, Utamakan Kebergantungan kepada Allah


Setiap kita dikira cemerlang apabila merancang apa yang akan dikerjakan hari ini, esok, lusa dan seterusnya. Melihat dan merenung masa hadapan adalah satu yang sangat penting. Mengandaikan kemungkinan yang sarat dengan pelbagai risiko, dan 
apa jalan alternatif dan penyelesaian juga sangat penting.

Dukacita, ada dikalangan ummah ini termasuk kita; yang gagal merancang untuk mecipta kejayaan. Akhirnya dilihat mereka sebagai orang yang melepaskan segalanya kepada taqdir Allah.

Bagi mereka yang telah meningkat kesedaran, merancang itu penting dalam hidup ini, di sini ada peringatan lain pula.

Dalam kesibukan kita merancang, perhatikan kata-kata Ibnu Athaillah ini pula:

الغَافِلُ إِذَا أَصْبَحَ يَنْظُرُ مَاذَا يَفْعَلُ؟ وَالْعَاقِلُ يَنْظُرُ مَاذَا يَفْعَلُ اللهً بِهِ؟

Orang yang lalai memulai harinya dengan memikirkan apa yang harus ia kerjakan. Sedangkan orang yang berakal merenungkan apa yang Allah tentukan untuknya

When the forgetful man (al-ghaafil) gets up in the morning, he reflects on what he is going to do, whereas the intelligent man (al-aaqil) sees what Allah is doing with Him


Teruskan merancang, tetapi tarbiyah kita mengajak kita utamakan kebergantungan kita kepada Allah mengatasi segalanya.

Semoga peringatan ini tidak membunuh untuk kita tangkas di medan luar sana, berani terjun ke masyarakat, tetapi tarbiah mengingatkan kita sesuatu yang sangat berharga....

Iktikaf dan Qiamulail di Masjid, mengajak kita para pejuang yang tangkas, melupakan perancangan kita itu buat sementara waktu.

Malam itu, malam kerohanian untuk kita mantapkan hubungan kita dengan Allah S.W.T bersama pasukan pejuang lain.

Sunday 21 October 2012

Dosa Penyebab Kita Sampai Kepada Allah?




Dosa Penyebab Kita Sampai Kepada Allah?


Semua orang terdedah bila-bila masa sahaja boleh terjebak melakukan dosa.

Kita akan kawal diri kita, anak isteri/suami dan anak-anak buah kita dari melakukan dosa.

Kita benci perbuatan melakukan dosa, tetapi kita akan kawal emosi kita dari membenci pesalah laku tersebut. Namun kita sering tercampur aduk. Benci maksiat dan benci pelakunya sekali. (tertakluk kepada keadaan)

Jangan cepat fikir nak pulau atau putuskan hubungan, kalau ada teman-teman atau kenalan yang melakukan kesilapan dan kesalahan.


Yang penting tumpukan kepada sejauh mana mereka menyesal, dan kembali mencari Allah S.W. T untuk bertaubat.

Ini bukan seruan untuk memandang kecil dosa manusia di sekeliling kita.

Ini ditujukan kepada Sang Murabbi yang pandai menilai insan-insan lain di sekelilingnya.


Lihat sahaja kata-kata Ibnu Athaillah kali ini:

رُبَّمَ فَتَحَ لَكَ بَابَ الطَّاعَةِ وَمَا فَتَحَ لَكَ بَابَ القَبُوْلِ، وَرُبَّمَا قَضَى عَلَيْكَ بِالذَّنْبِ فَكَانَ سَبَبًا فِي الْوُصُوْلِ

Boleh jadi, Allah membuka pintu ketaatan kepadamu tetapi tidak membuka pintu pemakbulannya. Boleh jadi Allah mentakdirkan kamu membuat dosa, tetapi rupa-rupanya ia menjadi penyebab sampainya kita kepadaNya.

Sometimes He opens the door of obedience for you but not the door of acceptance; or sometimes He condemns you to sin and it turns out to be a cause of arriving at Him.

Perkumpulan kita bukan perkumpulan Malaikat. Tapi jangan pula jadi tempat berlonggoknya ahli maksiat pula.

Mari menjadi Pendakwah yang sentiasa memikirkan untuk menyelamatkan manusia dari dibakar oleh api neraka, dari menjadi manusia yang sering mencari kesalahan mereka dan menghukum mereka...

Tuesday 16 October 2012

Retak Menanti Belah?



ADAKAH INI CONTOH RETAK BERTEMU BELAH

1. Kalau anda minat dan kagum dengan perjuangan PAS, anda takut orang kata anda telah terpengaruh dengan PAS.

2. Kalau anda mengiktiraf kebaikan apa yang UMNO buat, anda takut orang kata anda telah di
pengaruhi UMNO

3. Kalau anda merasakan ada sesuatu yang tak kena pada PAS, anda takut orang kata anda dah jadi UMNO

4. Kalau anda merasakan ada sesuatu yang tak senonoh pada UMNO, anda takut orang kata anda dah terpengaruh dengan PAS.

Bagaimana nak jadi Muslim yang bebas menilai dan berfikir?

Mari berfikiran untuk memastikan semuanya kembali kepada Islam.

Mari berdoa untuk satukan semua, atas kepentingan Islam

Pada waktu yang sama, jangan bergaduh dengan non muslim....

Mari bercita-cita untuk islamkan mereka......

Friday 12 October 2012

Kaedah 'Sepi Sejenak' Dunia Kaunseling




Kaedah 'SEPI SEJENAK' Dunia Kaunseling


Kaedah "Sepi sejenak" dalam dunia Kounseling sangat penting. Ia membantu Klien dan Kaunselor untuk menyusun berfikir dan melayan serta mengatur perasaan masing-masing.

Ia juga membantu untuk menjernihkan hati, membuang sifat mazmumah yang
 tiba-tiba muncul atau berubah niat. Masa itu, boleh buat koreksi diri seketika.

Banyak hadis yang mengajar kita untuk kawal lidah dari melafazkan segala yang terlintas dalam fikiran dan perasaan; disebut dalam bahasa arab sebagai: حديث النفس . Ada lintasan yang baik dan ada lintasan yang tidak baik. "Sepi Sejenak" sangat membantu ketika itu.

Ketika menulis dalam mailing, twiter, FB, Whatsapp kita akan teringat pesanan ulama'-ulama' silam yang ketika itu tiada alat komunikasi canggih ini, namun pesanan beliau sangat berkesan untuk kita semua.

Terpahat di halaman Kitab Hikam karangan Imam Ibnu Athaillah:

مَنْ رَأَيْتَهُ مُجِيْبًا عَنْ كُلِّ مَا سُئِلَ، وَمُعَبِّرًا عَنْ كُلِّ مَا شَهِدَ، وَذَاكِرًا كُلِّ مَا عَلِمَ: فَاسْتَدِلَّ بِذَلِكَ عَلَى وُجُوْدِ جَهْلِهِ.

Siapa yang engkau lihat menjawab semua soalan yang dikemukan kepadanya, dan mengungkap semua yang dia nampak dan menyebut semua yang dia ketahui, maka itu semua menunjukkan tentang kejahilan dirinya

Infer the existence of ignorance in anyone whom you see answering all that he is asked or giving expression to all that he witnesses or menioning all that he knows


Tidak semestinya orang yang banyak memberi komentar itu berpenyakit hatinya; tidak mustahil ia disebabkan kegagalan memahami pendengar yang belum sampai makam untuk mendengar bicaranya.

Bersabar dan diam kadang-kadang baik untuk suasana itu. Kalau bercakap juga dia sebenarnya "jahil" dalam memahami suasana dan lengkongannya. Dia jahil memilih perkataan dan membina ayat. Dia jahil mengungkap.

Tokku Pulau Manis ulama yang datok nenek moyangnya berasal dari Bagdad; adalah ulama' Asia Tenggara pertama yang menterjemahkan Kitab Hikam ke Bahasa Melayu, cantik kupasannya.

Ayuh kita sebagai pemimpin yang kena berpolitik, kena bermasyarakat, kena bertarbiah, kena mentadbir dan mengurus, kena memotivasikan orang lain..."Sepi Sejenak" penting buat kita.

"Sepi Panjang Sedikit" sesuai semasa berkatibah atau beriktikaf di Masjid.

Kalau "Sepi" langsung futur namanya pula......

Sunday 7 October 2012

Haji dan Rahsia Surah Al-Kautsar





Almarhum Said Hawa membongkar rahsia kaitan surah al-Kauthar dan surah sebelumnya al-Maa’un

______________________________________________________

Kita semakin hampir dengan musim Haji. Malah jangan tidak perasan kita berada berturut-turu
t pada bulan-bulan yang diharamkan Allah. Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.

Bulan yang sejak jahiliah, masyarakatnya sangat menghormati haramnya bulan ini. Mereka sanggup berhenti berperang yang tentunya penuh beremosi, kepada genjatan senjata sementara waktu.

Walau marah dan geram mereka kepada musuh masih membara, kemuliaan dan tegahan yang ada pada bulan-bulan seperti ini membuat mereka berhenti sejenak daripada terus melayan marah dan geram mereka itu.

Islam pula datang dan mengiktirafnya. Walau tidak dijelas secara terperinci; sekurang-kurangnya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam akan melebihkan puasa dan berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Taala pada bulan sebegini.

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ ۖ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: ‘Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar.’” (Al-Baqarah: 217)

Malah penciptaan Kaabah, bulan haram dan binatang ternakan yang manusia kagumi itu adalah tanda kebesaran Allah. Malah Allah mengetahui lebih daripada itu sehingga rahsia yanga ada pada langit dan bumi semuanya dalam genggaman dan ilmu Allah Subhanahu Wa Taala.

جَعَلَ اللَّهُ الْكَعْبَةَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ قِيَامًا لِّلنَّاسِ وَالشَّهْرَ الْحَرَامَ وَالْهَدْيَ وَالْقَلَائِدَ ۚ ذَٰلِكَ لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ [٥:٩٧]

“Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup), demikian juga bulan-bulan yang mulia, dan binatang-binatang korban, dan kalung-kalung binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
(Al-Maidah: 97)

Apabila sudah hampir musim Haji, mereka yang akan berhaji tahun ini sibuk dengan persiapan berangkat. Kita bagaimana?

Sekurang-kurangnya puasa Arafah dan ibadah korban (qurban) menjadi idaman dan cita-cita kita semua.

Apabila disebut ibadah korban, mari kita lihat perkataan yang meminta kita berkorban yang ada pada surah al-Kauthar.

Imam an-Nasafi cenderung mengatakan surah ini Makkiyah. Imam Ibnu Kathir pula mengatakan ia Madaniyah.

Perbezaan ini menimbulkan daya tarik untuk mengetahui latarbelakang surah ini lebih dekat.

Bayangkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa menghadapi ujian, cabaran dan halangan dalam dakwah mulia ini sejak awal Islam sehingga zaman kegemilangannya sebelum baginda wafat. Namun baginda secara berpasukan menggunakan Pendekatan Proses Perubahan Besar (Manhaj Tagyir).

Untuk menukar sebuah sistem kehidupan dalam sebuah masyarakat jahiliah dan dicengkam oleh pemerintahan jahiliah; kedua-duanya memerlukan pendekatan yang betul.

Suasana keliling Rom dan Parsi yang mengelilingi adalah satu hal yang lain.

Baginda menyusun sepasukan manusia yang mampu membuat perubahan. Penekanan baginda Sallallahu Alaihi Wasallam melahirkan manusia yang:

• Imannya mesti kuat dan lasak

• Akhlaknya kena cantik dan indah

• Jiwa pendakwahnya sentiasa hangat; mengajak kepada Allah

• Kesanggupan berkerja secara pasukan dan berjemaah

• Punyai semangat bersama dan memimpin masyarakat; sehingga masyarakat sayang kepada mereka pula

• Bersedia mengambil tempat dan terbuka peluang untuk mereka memimpin negara di kawasan mana dia beroperasi

• Bercita-cita untuk berjihad dan mati pada jalan Allah mengatasi segalanya

Dalam pada bersedih tetapi semangat untuk mengharungi ujian, halangan dan kekangan itu, Allah menurunkan surah seperti al-Kauthar ini.

Allah memberi jaminan syurga dengan menjanjikan mercu tandanya, sungai al-Kauthar.

Maka bersemangatlah baginda dan pasukannya memikirkan dan membayangkan masa hadapan yang dahsyat.

Kesibukan memikirkan keindahan kehidupan abadi adalah sesuatu yang sangat memotivasikan.

Perkataan أَعْطَيْنَاكَ membawa maksud ‘telah dikurniakan’ bermakna telah sedia ada.

Ada ulama tafsir yang meluaskan makna al-Kauthar kepada segala nikmat silam yang telah Allah kurniakan. Itu pun akan memberi kesan yang baik.

Seorang yang berjuang kemudian mendapat tentangan yang hebat akan berasa tenang sama ada mengenang nikmat-nikmat lepas atau membayangkan nikmat akan datang.

Sebaik dia berjaya bermain dengan perasaan membayangkan salah satu atau kedua-dua keadaan; dia sepatutnya bangkit dengan dua perkara lain pula. Maka dia kena فَصَلِّ (bersolat) dan وَانْحَرْ (menyembelih binatang korban).

Said Hawa berdasarkan pandangan ulama tafsir silam dan moden mengatakan solat membawa maksud sebarang ibadah peribadi seperti sembahyang, doa, zikir, puasa dan seumpamanya.

Manakala korban pula membawa maksud sebarang bentuk yang membelanjakan harta seperti menyembelih binatang korban, bersedekah, mengeluarkan zakat, memberi makan anak yatim dan fakir miskin dan seumpamanya pula.

Sesiapa dalam kalangan kita termasuk pendakwah perlu sentiasa mencari erti bersyukur dan kemanisannya, dan sambutlah ia pula dengan pelbagai ibadah dan pengorbanan.

Apabila dua perkara ini berlaku - syukur dan ibadah serta berkorban - maka yakinlah sesuatu yang lain akan berlaku.

Kalau ada mereka yang membenci kita dan dakwah kita, kebaikan yang cuba kita sebarkan atau cahaya yang kita cuba bawa buat menerangi alam ini, mereka itu sebenarnya الْأَبْتَرُ (lemah), terputus daripada sebarang kekuatan dan tenaga.

Orang yang memerangi insan yang pandai bersyukur dan membayangkan janji Allah hadir hidup dalam hatinya, banyak pula solat dan pengorbanannya, memikirkan dan membantu orang susah di sekelilingnya, mereka adalah lemah terputus daripada sebarang kuasa tinggi.

Mereka cuba berlawan dengan orang yang tidak putus-putus mendapat nusrah dan pertolongan Yang Maha Berkuasa.
Manisnya surah pendek ini.

Sayang kadang-kadang tidak hadir makna surah ini dalam kehidupan seorang pejuang.

Said Hawa tidak berhenti di sini. Dia mengajak kita melihat surah sebelumnya pula. Surah al-Maa’un.

Kalau al-Kauthar menceritakan empat sifat yang ada pada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, al-Maa’unpula memceritakan empat sifat munafik atau Quraisy yang mendustakan agama.

Pertama: sifat يَدُعُّ الْيَتِيمَ (membiarkan atau menzalimi anak yatim) dan وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ (tidak menyeru untuk mengalakkan memberi makan orang miskin).

Kedua: الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ (tidak solat atau tidak ‘serius’ dalam mengerjakan solat).

Ketiga: الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ (menunjuk-nunjuk riya, takabbur, sum’ah dan ujub antara penyakit mereka sebagaimana disebutkan Allah Subhanahu Wa Taala)

Keempat: وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ (menolak dan menghalang diri daripada menolong orang yang merayu meminta pertolongan).

Apakah rahsia surah al-Kauthar dan al-Maa’un? Empat sifat yang belawanan rupanya:

• Pemurah وَانْحَر berlawanan dengan bakhil atau lokek يَدُعُّ الْيَتِيمَ dan وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِين

• Ringan tangan menolong orang susah وَانْحَر berlawanan dengan tidak suka menolong orang yang meminta pertolongan وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ

• Solat فَصَلِّ berlawanan dengan Tidak solat atau tidak ‘serius’ solat الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ

• Ikhlas sepenuhnya kepada Allah dalam amalan لِرَبِّكَ berlawanan dengan riya الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ

Di manakah kita antara sifat-sifat yang ada pada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang kita mesti contohi dalam surah al-Kauthar dengan sifat-sifat munafik dan kafir Quraisy yang kita perlu jauhi.

Monday 1 October 2012

Bila Kita Terakhir Kita Berhari Raya?




BILA KALI TERAKHIR KITA BERHARI RAYA?

Setiap kita akan diuji. Ujian itu berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.

Semakin kita berusia, semakin kita banyak rezeki, semakin kita berpangkat, semakin bertambah kuasa, bertambah pengaruh;
 ujian yang datang tentunya berbeza.

Yang penting, jangan manjakan kita dengan kesenangan dan bersantai dalam hidup ini. Terlalu senang dan selesa, takut kita makin menjauhkan diri dari Allah tanpa kita sedari.

Terulik kita dengan alasan dulu saya susah dan telah lalui segala kepayahan. Itu dulu....

Kita bercakap pasal bagaimana pentingnya kita merasa diuji walau semakin meningkat usia....

Berhati-hati kalau semua yang kita ingini, kita kecapi.....

وُرُوْدُ الفَاقَاتِ: أَعْيَادُ المُرِيْدِيْنَ.

Datangnya kesukaran adalah hari raya pada para murid (mereka yang mencari sesuatu)

The feast-days of novices (al-mureedoon) are when states of need arrive


Itulah pesanan Imam Ibnu Athaillah....







Rasakanlah ujian Allah itu tanda Allah sayang kepada kita. Kita bermanja-manja dengan Allah bila Dia menguji kita. 

Kita rasa bagaikan menyambut hari raya bila didatangi ujian Al
lah seperti sakit, penat, kesempitan rezeki....

Kita tahu Dia sayang kepada kita.....dan Dia respon kepada kita..

Ujian Allah bagaikan memberi tenaga baru bagi kita; seperti baru dicas atau baru "dikunci" seperti gambar...

Apakah Makanan Sesuai Untuk Anda?





Kita melatih dan mentarbiah diri agar sentiasa dahagakan ilmu dan tazkirah. Kita juga melatih anak-anak kita dan sahabat seperjuangan agar jadi begitu.

Bila akan sampai buat kita, menjadi insan yang dahagakan atau laparkan ilmu/tazkirah b
agaikan lapar dan dahaganya kita kepada makanan/minuman di waktu kita benar-benar lapar dan dahaga.

Sebaik hidangan tiba, dalam keadaan kita lapar; kita akan memilih apa yang perlu dan kita rasa ia benar-benar bermanfaat untuk kita dan tubuh badan kita.

Ada makanan sesuai untuk petani yang akan berpeluh-peluh bekerja di sawahnya. Ada makanan yang sesuai untuk anak muda yang masih berselera dan bergelora jiwanya. Ada makanan yang sesuai untuk warga emas dan sesuai dengan umur dan giginya pula.

Melatih untuk kita ghairah mencari ilmu dan mendengar tazkirah sangat penting. Sama penting untuk kita pilih ilmu dan tazkirah yang bermanfaat buat kita.

Kalau tidak sesuai dengan kita, janganlah kita hina ilmu itu, janganlah kita kata makanan itu tidak sedap.Tinggalkan makanan itu dan berikan senyuman kepada yang terus berselera dengan makanan itu.

Jangan hina ilmu orang lain, melainkan benar-benar salah dan terpesong. Jangan hina makanan itu melainkan ia benar-benar beracun atau haram.

Barangkali ilmu yang kita dengar belum lagi sesuai dengan upaya, umur, dan diri kita sendiri.

Lihatlah seninya Ibnu Athaillah ketika menghuraikan point ini:

اَلْعِبَارَاتُ قُوْتٌ لِعَائِلَةِ الُمْستَمِعِيْنَ، وَلَيْسَ لَكَ إِلَّا مَا أَنْتَ لَهُ آكِلٌ.

Ungkapan berhikmah adalah makanan bagi para pendengar. Maka tidak ada bagi mu melainkan mengambil apa yang kamu nak makan sahaja

An expression ('ibaara) is nourishment to needy listeners, and your share in it is only what you can eat thereof

Tuesday 18 September 2012

Tertutup dari maksiat dan Tertutup dalam maksiat





Memang kita ada dianjur berdoa, untuk mohon agar ditutup maksiat, kelemahan dan kesalahan kita, bila kita terlanjur.

Tetapi, bagi hamba-hambaNya yang tertentu, tumpuan doa mereka lebih kepada agar lansung terhijab, terlindung sehingga dia 
tidak berpeluang langsung bermaksiat.

Bagi ulama', pendakwah dan murabbi yang memang sudah tidak pernah melakukan maksiat; percayalah, walau sekadar bercita-cita untuk bermaksiat adalah sebahagian dari maksiat itu sendiri.

Kita kena cepat padam walau ia sekadar حديث النفس bicara dan lintasan hati. Kerana ia mungkin sahaja bertukar menjadi niat dan azam. Kearah terlanjur pada perbuatan pula.

Bagi ulama', pendakwah dan murabbi yang masih tak sengaja melakukan maksiat; sekali sekala terlepas, mohonlah ampunan Allah S.W.T selalu.

Mohonlah keaiban itu terus dilindungi Allah S.W.T. Malah pertingkatkan doa kita, agar kita langsung menjadi hamba-hambaNya yang bebas dari melakukan sebarang maksiat dalam hidup ini.

Ketahuilah, memang malu dan tidak bagus kalau masyarakat tahu yang kita ulama', pendakwah dan murabbi , masih ada buat maksiat.

Tetapi merasa malu dan takut apabila Allah S.W.T sendiri yang Maha Berkuasa itu tahu dan nampak kita bermaksiat.....tentunya kesannya lebih besar dari terdedahnya rahsia kita itu kepada masyarakat awam.


Ibnu Athaillah mengingatkan kita:

السَتَّرُ عَلَى قِسْمَيْنِ: سَتْرٌ عَنِ المَعْصِيَةِ، وَسَتْر فِيْهَا: فَاْلعَامَّةُ يَطْلُبُوْنَ مِنَ اللهِ تَعَالَى السَتَّرَ فِيْهَا؛ خَشْيَةَ سُقُوْطِ مَرْتَبَتِهِمْ عِنْدَ الْخَلْقِ، وَالْخَاصَةُ يَطْلُبُوْنَ مِنَ اللهِ الَستْرَ عَنْهَا؛ خَشْيَةَ سُقُوْطِهِمْ مِنْ نَظَرِ المَلِكِ اْلحَق

Tutupan (dari aib) ada dua: tertutup dari maksiat dan tertutup dalam maksiat. Orang awam meminta kepada Allah agar ditutupi ketika bermaksiat, agar tidak jatuh imejnya di khalayak awam. Namun golongan Khas (yang menyuci diri) meminta kepada Allah agar ditutupi dari melakukan maksiat kerana bimbang dan takut jatuhnya mereka dalam Pemerhatian Yang Maha Penguasa lagi Benar

Veiling (as-sitr) is of two kinds: veiling of disobedience, and veiling in it. Common people seek Allah's veiling in disobedience out of the fear of falling in the rank amongst mankind. The elect seek the veiling of disobedience out of the fear of falling from the sight of the Real King.

Tuesday 4 September 2012

Ummah memerlukan Bahtera Yang Belayar




UMMAH MEMERLUKAN BAHTERA YANG BELAYAR



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ترجو النجاة ولم تسلك مسالكها فاعلم فإن السفينة لا تجرى على اليبس
Anda mengharapkan kejayaan, 
tetapi anda tidak menempuh jalannya, 
maka ketahuilah 
sesungguhnya bahtera itu tidak berlayar di daratan..

Semasa memimpin, pastikan kita sedar arah, kedudukan dan suasana perjuangan ini. 

Bimbang kita berbangga dengan kapal kita dan sibuk dengan kemeriahannya....tetapi kita tidak perasan yang kita tidak bergerak, kerana  kita tidak berada di atas landasan sebenar. 

Kita berbangga dengan pembacaan dan penguasaan buku, sedangkan kita masih di meja bacaan kita. 

Ummah perlukan bahtera yang belayar, sedia dihumban ombak, melekat di dinding kapal siput, keritip dan karang...

Anak-anak kapalnya pada mulanya mabuk termuntah-muntah tetapi bahtera terus belayar gagah bernakhodakan pimpinan yang mantap....


DiRantai Ke Syurga?



DIRANTAI KE SYURGA?


Dirantai Ke Syurga?

Satu peringatan yang amat menarik daripada Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus. 

Adakah rantai yang mengikat kita ini masih kukuh, atau telah longgar, atau telah putus. Adakah kita antara hamba-hambaNYA yang diseret
 rantai menuju ke syurga? Betapa kasihnya Pencipta pada hamba-hambaNYA. Kukuhkan ikatan dengan Pencipta kita.


Nak Ke Syurga Pun Sampai Dipaksa?

Manusia memang pelupa, zalim (ظلوما) dan jahil (جهولا). Pemurahnya Allah sehingga dia memperkenalkan bebarapa ketaatan untuk merapatkan kita denganNya.

Ketaatan itu diwajibkan agar kita kekal rapat denganNya.

Sepatutnya tidak perlu diwajibkan, kitalah yang kena mengejar Allah S.W.T agar kita rapat denganNya. Malang, walau diwajibkan, kekadang kita tetap tidak menyahutnya dengan baik.

Allah wajibkan kita berdakwah, supaya kita makin rapat denganNya. Tapi malang, kekadang kita tidak bersungguh-sungguh berdakwah.

Allah wajibkan kita untuk merancang dalam dakwah ini, supaya kita makin rapat denganNya. Tapi malang, kekadang kita tidak bersungguh-sungguh merancang dalam dakwah ini.

Allah wajibkan kita untuk berkorban dalam dakwah ini, supaya kita makin rapat denganNya. Tapi malang, kekadang kita tidak sanggup berkorban dalam dakwah ini.

Allah wajibkan kita untuk tidak menangguh-nangguh kerja dalam dakwah ini, supaya kita makin rapat denganNya. Tapi malang, kekadang kita kerap menangguh-nangguh kerja dalam dakwah ini.

Bila kita rapat kepadaNya, kita akan di buka jalan ke syurga. Bila kita menjauhkan diri dariNya, bererti kita menjauhkan diri dari syurgaNya.

Malulah kita, nak ke syurga pun terpaksa diherit dengan rantai.......

Mari kita renung bisikan Ibnu Athaillah dalam perkara ini:

عَلِمَ قِلَّةَ نُهُوْضِ العِبَادِ إِلَى مُعَامَلَتِهِ، فَأَوْجَبَ عَلَيْهِمْ وُجُوْدَ طَاعِتِهِ، فَسَاقَهُمْ
إِلَيْهِ بِسَلَاسِلَ الإِيْجَابِ، عَجِبَ رَبُّكَ مِنْ قَوْمٍ يُساَقُوْنَ إِلَى الجَنَّةِ بِالْسَّلاَسِلِ.

Allah mengetahui kurang semangatnya hamba-hambaNya dalam berurusan denganNya, maka Dia mewajibkan siri ketaatan hambaNya kepadaNya. Maka maralah mereka kepadaNya dengan dorongan rantai kewajipan.

Maka hairanlah tuhanmu terhadap satu kaum, yang menuju ke syurga dengan rantai yang mengherit mereka ke sana.

Sunday 12 August 2012

Sibukkan dirimu dengan-NYA



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ada dikalangan kita, bila diberi kesenangan, dia mudah lupa Allah. Ada juga manusia yang diberi kepayahan dia terus kufur kepada Allah.


Ada dikalangan kita bila diberi kepayahan, dia semakin kental dan semakin rapat dengan Allah. Ada juga manusia yang diberi kesenangan dia terus lupa kepada Allah.

Allah S.W.T mengenali kita lebih dari kita mengenali diri kita sendiri. Dia latih kita dengan kekadang, Dia beri kepayahan dan kekadang Dia beri kesenangan.

Kita berusaha bermati-matian untuk kesenangan dan berdoa terbaik untuk kita. Dia iaitu Allah, akan beri sesuatu terbaik untuk kita.

Selepas melalui kedua-dua keadaan, akan sampai saat kita melepasi satu maqam yang tinggi dan tinggi. Samada kepayahan atau kesenagan kita tetap sibuk bersamaNya.

Keadaan itu dilalui tanpa kita rasakan kerana kita terlalu sibuk denganNya.


بَسَطَكَ كَيْ لَا يُبْقِيْكَ مَعَ القَبْضِ، وَقَبَضَكَ كَيْ لاَ يَتْرُكُكَ مَعَ البَسْطِ، وَأَخْرَجَكَ عَنْهُمَا كَيْ لَا تَكُوْنَ لِشَيْءٍ دُوْنَهُ.

Allah melapangkan keadaan mu agar engkau tidak tetap dalam kesempitan. Dan Dia menyempitkan keadaan mu agar engkau tidak terus dalam kelapangan. Dia melepaskan kamu dari dua keadaan itu agar engkau bebas dari sesuatu selainNya

Ia mengingatkan kita pada hadis yang pernah kita sama-sama tekuni satu masa dulu:


عرض عليّ ربيّ أن يجعل لى بطحاء مكّة ذهبا فقلت: لا يا ربّ أشـبـع يوما و أجوع يوما

Tuhanku pernah menawariku untuk memberikan emas sebanyak daratan Mekkah, lalu aku menjawab: "Tidak wahai tuhanku Biarlah aku kenyang sehari dan lapar sehari" -Tirmizi

Tuesday 17 July 2012

Berdampinglah dengan ahli ibadat




Berdampinglah dengan ahli ibadat


Beruntung sungguh, kita diberi peluang terikat dalam sistem tarbiah dan dakwah.

Ia mengawal pergaulan kita pada setiap hari, minggu, bulan dan tahun.

Kalau kita perasan, hari ini, kita akan mendapat peringatan dari Allah S.W.T dalam perkara penting seperti ini.

Ada pesanan penting untuk semua kita hari ini. Bacalah pesanan itu ya....

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا


Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.


1. Kalau kita kurang berzikir, pilihlah untuk banyak bersama orang yang kita rasa lebih banyak berzikir dan lebih banyak berdoa dari kita, pada waktu pagi dan petang

2. Berkawanlah dengan orang yang benar-benar terbukti sentiasa mencari keredhaan Allah dalam hidupnya; sanggup berkorban keranaNya. Jelas tiada kepentingan peribadi.

3. Walau kita sibuk mengurus kehidupan mencari nafkah dan kekayaan hidup; jangan sampai kita menggadai persahabatan dan ukhuwah kita dengan mereka yang terbukti kuat berzikir, berdoa dan memburu keredhaan Allah dalam hidup mereka. Jangan terputus hubungan dengan mereka

4. Walau kita kena bergaul dengan masyarakat, ahli politik, menteri, istana, VIP, golongan koprat dll dengan alasan berdakwah dan membina networking kononnya; jangan sampai kita jual prinsip sehingga tergadai erti perjuangan

5. Golongan itu kebanyakannya (tidak semua ya...) belum berpeluang hidup dalam lingkungan tarbiah. Mereka kebanyakannya lalai dan leka. Serakah hawa nafsunya. Kalau kita terlalu banyak bagi masa dengan mereka, sedangkan kita mula memandang remih pertemuan kita dalam usrah dan majlis-majlis ilmu, tidak mustahil kita akan hanyut. Awas mereka boleh merosakkan hati kita tanpa mereka dan kita sedari.

Ayat dari Surah Kahfi yang kita tercungap-cungap untuk menghabiskan tilawahnya hari ini, tidak pula membunuh semangat kita berdakwah kepada mereka.

Surah ini hanya memberi peringatan kepada kita; jangan sampai terjadi, bertukar dari seorang pendakwah yang pandai merayu tiba-tiba tanpa disedari menjadi seorang manusia yang asyik mengampu.

Allah akan memberi mengikut amalmu





Inilah ungkapan seorang pejuang salaf yang dilihat orang sufi sebagai Sultan Aulia. Kata-kata ini menjadi prinsip saya sejak dibangku sekolah rendah lagi 


“Janganlah kamu takut kepada makhluk dan janganlah kamu berharap kepada mereka, kerana hal itu menunjukkan betapa lemahnya imanmu. Hendaklah engkau istiqamah dalam cita-citamu, sehingga engkau memperolehi ketinggian, kerana Allah SWT akan memberimu sesuatu yang layak dengan cita-citamu, dengan kebenaran dan keikhlasanmu. Bersungguh-sungguhlah engkau, songsong dan kejarlah, kerana sesuatu itu tidak akan datang kepadamu begitu sahaja, tanpa berusaha memperolehinya, sedangkan engkau mempunyai kewajiban untuk melakukan amal kebaikan sebagaimana engkau diwajibkan untuk mencari rezeki.”

Tiada Masa Untuk Dilengahkan Lagi








Gerakan tajdid atau mujaddid itu sendiri, akan sentiasa berusaha untuk memastikan perubahan yang ingin kita lakukan bersumber dari sumber yang satu. Ia tidak pernah terpisah-pisah sebagaimana yang kita rasakan hari ini.

Dalam keadaan kita dan ummah merasa ia terpisah, ayuh kurangkan bicara, kurangkan perdebatan cantumkan segala ilmu yang ada untuk memimpin ummah.

إِحَالَتُكَ الأَعْمَالَ عَلَى وُجُوْدِ الفَرَاغِ: مِنْ رُعُوْنَاتِ النَّفْسِ.


Menangguh amal untuk menanti masa lapang adalah termasuk tanda kita menurut hawa nafsu

Siapakah pengungkap kata-kata ini? Kalau kita merasakan tidak sangka itulah orangnya; itu adalah tanda kita telah mula terlibat dalam gerakan tajdid yang diperlukan hari ini. Kita beramai-ramai dalam saf ummah ini berjaya mencantumkan ilmu dan aliran yag kelihatan terpisah-pisah.

Akhirnya, mari kita buktikan kita tidak tunduk kepada nafsu ketika memperjuangkan Islam ini. Salah satu tanda orang yang tewas kepada nafsu; apabila dia gemar menangguh-nangguhkan kerja, dan menanti dan mencari-cari waktu lapang untuk beramal.


Perintah Allah kepada Nabi Daud:

فاحكم بين الناس "Maka jatuhkan hukum buat sesama manusia" perlu diterjemahkan kepada buatkanlah keputusan untuk mereka

Nikmat luar biasa Allah ialah pintu pengenalanNya





Dalam banyak keadaan kita rasa kita tidak layak menerima nusrah Allah, tetapi kita menerimanya jua.

Banyak nikmat luar biasa dari Allah yang kita kecapi, walau kita rasa kita tidak layak menerimanya.

Terselamat dari malapetaka kemalangan jalanraya, belajar di Univ dalam atau luar negara.

Kenaikan pangkat, keuntungan dalam perniagaan, kesihatan, pasangan yang ideal (paling tidak "yang ok"), ibubapa yang solih dan solihah, kita masih seorang muslim dan bersama orang-orang beriman, anak-anak yang berjaya atau ribuan nikmat lain yang sedang kita terima ini.

Nikmat luar biasa ini sebenarnya peluang dari Allah S.W.T buat kita untuk semakin mengenaliNya. Bahasa orang sufi ialah ma'rifatullah. Kita semakin hampir denganNya, kita semakin kenal denganNya selepas menerima nikmat-nikmat tersebut.

Tertanya-tanya kenapa Allah berikan khusus kepada kita nikmat-nikmat itu, sedangkan, amalan dan pengorbanan kita buat agama Allah S.W.T ini terlalu sedikit, tidak setimpal dengan kurniaanNya adalah tarbiyah yang sangat penting buat kita semua.

Ibnu Athaillah ada menyusun dalam ungkapan indahnya, buat mereka yang pandai menghargai nikmat-nikmat luar biasa Allah S.W.T itu:

إِذَا فَتَحَ لَكَ وِجْهَةً مِنَ التَعَرُّفِ فَلَا تُبَالِ مَعَهَا إِنْ قَلَّ عَمَلُكَ؛ فَإِنَّهُ مَا فَتَحَهَا لَكَ إِلَّا وَهُوَ يُرِيْدُ أَنْ يَتَعَرَّفَ إِلَيْكَ، أَلَمْ تَعْلَمْ: أَنَّ التَّعَرُّفَ هُوَ مُوْرِدُهُ عَلَيْكَ، وَالأَعْمَالَ أَنْتَ مُهْدِيْهَا إِلَيْهِ! وَأَيْنَ مَا تُهْدِيْهِ إِلَيْهِ مِمَّا هُوَ مُوْرِدُهُ عَلَيْكَ؟

Jika Allah membuka pintu perkenalanNya denganmu, jangan hiraukan kenapa ia terjadi, walaupun kita merasakan tidak layak kerana sedikitnya amalan kita. Allah membukakannya buatmu kerana Dia sendiri yang ingin memperkenalkan diriNya kepada mu. Tidakkah engkau mengetahui, bahawa perkenalan itu adalah anugerahNya kepada mu sedangkan amalanmu itu adalah sesuatu yang cuba kamu persembahkan kepadaNya. Maka, lihatlah satu perbezaan yang sangat besar, apa yang kamu cuba persembahkan kepadaNya dengan apa yang Allah kurniakan kepadamu?

Rapatkan hubungan dengan Allah Selamat dari fitnah








Surah at-Tin: Allah S.W.T bersumpah dengan Bumi Syam, Bukit Sinai (sebahagian Mesir) dan Mekah. Allah bersumpah dengan bumi Anbiya'.

Tumpahnya darah Syuhada' Palestin', di Gaza dan Tebing barat telah membakar semangat penduduk dunia untuk membantu mereka.

Semoga tumpahnya darah umat Islam di Iraq dan Syria, menyedarkan rakyat Malaysia yang terpengaruh dengan Syiah. Mereka penuh dengan "taqiah" dan "Tauriah".

Pembunuhan saudara kita di Iraq oleh penganut fahaman Syiah, semasa dan selepas penaklukan USA dan sekutunya di iraq, mengambarkan hati budi aliran Syiah itu sendiri.

Pembunuhan saudara kita di Syria menjelaskan siapa dan apa itu Syiah kepada penduduk dunia Islam.

Namun kita bimbang. Kekeliruan akan berlaku sementara menanti kebangkitan al-Haq.

1. Maranya mujahid dari bumi Saudi, Kuwait dan negara teluk yang lain akan disambar oleh blok barat yang bimbang dengan kebangkitan ini.

2. Kita tidak boleh membiar saudara kita terus disembelih oleh Syiah dan kita juga tidak menghalalkan campur tangan kuffar Barat mahupun Timor.

3. Masyarakat berrcakap keikhlasan negara Teluk yang membantu, bukan kerana bimbang jatuhnya pemerintah Arab satu persatu; lantaran bimbang pengulingan diktator berjangkit ke negara mereka pula.

Rapatkan hubungan dengan Allah S.W.T agar kita segera keluar dari zaman fitnah ini sebagai hambaNya yang bertaqwa....

A Word To A Wise Man Is Enough

A Word To A Wise Man Is Enough
حسب الحكيم كلمة واحدة

ان اللبيب من الاشارة يفهم
Sesungguhnya Orang Yang Beraqal Memadai Isyarat Dia Dapat Memahami

العبد يقرع بالعصا # والحر تكفيه الاشارة
Seorang Hamba Bekerja Keras Dengan Tongkatnya
Seorang Yang Merdeka Memadai Dengan Isyarat-Isyarat Yang Ada



Ilmu akan berkitar-kitar sekeliling kita...حياة العلم بالمذاكرة 

Godaan syaitan التزيين التلبيس dalam pemakanan








Diabetes Type II DM boleh dikawal. Pilihan jenis makanan, kuantiti makanan dan senaman antara kawalan yang penting.

Nafsu makan perlu diurus dengan betul. Mengelak senaman juga adalah tanda kegagalan mengurus nafsu.

Syaitan tahu kelemahan manusia.

Melalui التزيين dia akan menghiasi dan membuat sesaorang naik selera terhadap makanan yang manis dan bahaya.

Melalui التلبيس dia akan mengkaburkan dengan mengatakan kenapa nak haramkan makan nasi yang halal tu? Allah ciptakan pulut dan ubi, salahkah makan bila dibuat tapai?

Melalui التسويف Alah! besok boleh senam...Nanti turunlah gula tu....Makan ubat baiklah buat apa kawal makan.....

Banyak lagi cara syaitan goda pesakit diabetes ini...






Kreativiti itu dari Allah swt





Kreativiti itu dari Allah swt


إذا أراد أن يظهر فضله عليك: خلق ونسب إليك

Sekiranya Allah S.W.T nak menunjukkan kurniaNya kepada kamu, Dia akan cipta amal-amal dan menisbahkannya kepada kamu

Maka hamba yang tidak faham khayal ujub dan menyangka dia telah mencipta amal-amal yang disangka berilham dari dirinya sendiri

Tersangat malu kita pada Allah S.W.T bila ada lintasan begitu wahai diri yang berbangga dengan ciptaan amal yang kononnya kreatif
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...