Saturday 16 March 2013

Sebab dan Musabab & Aturan Allah



Teruskan berusaha dengan mengambil faktor sebab musabbab atau cause and effect. Kita yakin Allah telah mengatur dunia ini mengikut ilmu yang diciptaNya itu sendiri.

Membongkar rahsia sabab dan musabbab untuk mencipta plan tindakan (ikhtiar) adalah sebahagian perjuangan hidup ini. Ini yang dikatakan mencipta masa hadapan.

Namun, bagi mereka yang telah melalui satu proses kehidupan, satu pengalaman yang panjang di bawah naungan ilmu, keadaannya tentu berbeza.

Keyakinannya kepada Allah S.W.T telah terkeluar dari formula ini. Dia meletakkan keyakinannya kepada Allah S.W.T sehingga ia terapong tinggi.

Dia seolah-olah membiarkan Allah S.W.T menentukan masa hadapannya. Sayyidina Abu Bakar r.a pernah melakukan begitu?

Ya, ketika menginfaqkan segala hartanya pada jalan Allah S.W.T dan dengan yakin beliau menegaskan aku tiggalkan Allah dan rasulNya buat keluarga ku.

Semuanya kena iltizam mencari sabab dan musabbab; tapi jangan hina dan halang kalau ada yang cuba melakonkan apa yang pernah dilakonkan oleh Abu Bakar r.a atau sesiapa yang semaqam dengannya.

Bagi mereka yang telah sampai usia warga emas, tentunya dapat merasakan kemanisan kata-kata Ibnu Athaillah ini:

لاَ تَطْلُبْ مِنْهُ أَنْ يُخْرِجَكَ مِنْ حَالِةٍ لِيَسْتَعْمِلَكَ فِيْمَا سِوَاهَا؛ فَلَوْ أَرَادَ لاَسْتَعْمَلَكَ مِنْ غَيْرِ إِخْرَاجٍ.

Jangan meminta dari Allah supaya engkau dipindahkan dari satu keadaan ke keadaan yang lain. Sekiranya Dia mengkehendakinya yang demikian, Dia tentu telah memindahkan mu tanpa mengubah keadaanmu sebelumnya
Do no request Him to get you out of a state to make use of you in a different one, for, were He to desire so, He would make use of you as you are, without taking you out!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...