Monday, 4 February 2013

Rukun Tasauf



RUKUN TASAUF


Rukun Tasauf adalah:

1. Lapar

2. Berjaga Malam

3. Diam

4. Uzlah

Selepas kita kerap bercakap dan memberi komentar isu-isu semasa, jangan lupa Imam al Banna telah memahami kesannya pada jiwa kita.

Isu semasa, politik, ekonomi, pengurusan\pentadbiran, aktivisma dll merupakan elemen penting membina sebuah daulah.

Terlalu banyak bercakap dan kerap khilaf dalam perkara ini, akan menyebabkan kita jemu, bosan dan penat serta letih.

Maka ada salah satu wasilah tarbiah yang akan membisikkan kepada kita sesuatu.

1. Kita berlapar sebelum hadir untuk berbuka bersama (puasa)

2. Kita bersama menghidupkan malam...

3. Kita "diam" sekejap sementara mendengar sesuatu yang mengasah kerohanian dan melimpahkan air mata

4. Sesama kita "beruzlah sekejap", dari memikirkan urusan luar sana....

Di mana kita perolehi 4 suasana di atas? Saya percaya semakin usia kita meningkat, kita akan dahagakan sesuatu. Kita rasa kehilangan sesuatu.

Temuilah 4 keadaan itu dalam wasilah tarbiah kita. Namakanlah ia sebagai Qiamullail, Iktikaf atau Lailah Imaniyah.....

Setiap bulan kita wujudkan suasana manis itu. Kita lalui 4 perkara yang dibanggakan oleh mereka bergelar sufi....

Orang harakah sebenarnya kena lebih sufi dari orang sufi sendiri

اركان التصوف هي 1-الجوع 2- السهر 3- الصمت 4- العزلة

Sunday, 27 January 2013

Sajak Syura dan Istikharah oleh Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus



Sajak Syura dan Istikharah



Mula-mula kita istikharah 
Kemudian bersyura 
Kemudian kita istikharah 
Semula kita bersyura 

Mula-mula kita bersyura 
Kemudian kita beristikharah 
Kemudian kita bersyura 
Semula kita beristikharah 

Uhud menjadi saksi 
Rasulullah telah bermimpi 
Pertahan dalam negeri 
Namun syura mengatasi 

Jadi lah ahli Syura 
Yang punya 
Ikatan Ilahi 
Agar berlaku sinergi 
Antara syura Dan istikharah 
Antara Istikharah Dan Syura 

Akhirnya syura mengatasi 
Walau ada 
terbuka rahsia ilahi 

Sabar melayani 
Ikhwah yang berahi  
Untuk terus beraksi 

Utamakan syura Dari istikharah 
Istikharah rahsia peribadi 
Hanya peribadi

Jernihkan hati dengan sentiasa kembalikan urusan kepada-Nya


Jernihkan hati dengan sentiasa kembalikan urusan kepada-Nya







بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ابن عطاء السكندري رضي الله عنه:

إذا أراد أن يظهر فضله عليك: خلق ونسب إليك

Sekiranya Allah S.W.T nak menunjukkan kurniaNya kepada kamu, Dia akan cipta amal-amal dan menisbahkannya kepada kamu.

Maka hamba yang tidak faham khayal ujub akan mula menyangka dia telah mencipta amal-amal yang disangka berilham dari dirinya sendiri.

Tersangat malu kita pada Allah S.W.T bila ada lintasan begitu wahai diri yang berbangga dengan ciptaan amal yang kononnya kreatif dan hebat


Kaitkan semua kejayaan kita (itu pun kalau ada), kepada Allah S.W.T......

Apa Beza Dianugerah Kuasa Ketika Berpengaruh dan Meraih Kuasa Tanpa Pengaruh?‏




Apa Beza Dianugerah Kuasa Ketika Berpengaruh dan Meraih Kuasa Tanpa Pengaruh?





بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selepas lebih 12 tahun berdakwah dan melaksanakan tarbiah serta mengasak amal Imani dan amal Ijtimaie( fikir anak yatim, orang miskin dll) baginda pun berhijrah.

Pernah ditawarkan kuasa dan pangkat semasa di Mekah baginda S.A.W menolak. Sedangkan kuasa dan pangkatitu juga yang dicapai oleh baginda di Madinah ketika terbentuknya kerajaan Madinah. Baginda menerimanya pula.

Tentu amat besar bezanya kuasa dan pangkat yang "ditawarkan" di Mekah dengan kuasa dan pangkat yang"dikurniakan" di Madinah.

Kuasa tanpa pengaruh sangat berbeza dengan kuasa berpengaruh yang diraih hasil melaksanakan dakwah, tarbiyah dan amal kebajikan.

Amal Dakwah dan Amal Tarbiyah serta Amal Kebajikan merupakan satu amal politik yang sangat luar biasa.

Pengaruh yang kuat melayakkan Ikram mendapat Pelbagai Kuasa. Kuasa Rujukan, Kuasa Disayangi, Kuasa Dipatuhi dan pelbagai Kuasa lagi....

Kuasa-kuasa itu akan memudahkan kita melaksanakan Amar ma'ruf Nahi Mungkar dan Syariat Allah sepenuhnya.

"Amal Qawie" masa ini ialah laksanakan dakwah dan tarbiyah serta amal kebajikan dengan serancaknya.

Jangan terlalu disibukkan dengan perkara yang tidak perlu kita terlalu sibuk dengannya.

Monday, 7 January 2013

Meninggalkan Yakin Kepada Dzan?



Meninggalkan Yakin Kepada Dzan?




بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

أَجْهَلُ النَّاسِ مَنْ تَرَكَ يَقِيْنَ مَا عِنْدَهُ؛ لِظَنِّ مَا عِنْدَ النَّاسِ

Sebodoh-bodoh manusia orang yang meninggalkan keyakinannya kerana mengikuti sangkaan orang lain.

Kita semua "yakin" bahawa kita punya kelemahan yang perlu dibaiki dari masa ke semasa. 

Dalam kesibukan kita baiki diri supaya menjadi lebih baik dan lebih baik kerana "yakin" kelemahan diri kita, tiba-tiba kita terhenti baiki diri kerana tersentak pujian orang lain.

Kita lebih bergantung dengan pujian orang lain yang berbentuk "sangkaan" mereka, daripada "keyakinan" kita tentang kelemahan diri sendiri.

Kelemahan diri kita adalah benar, sangkaan mereka yang memuji kita, tentu tidak semestinya benar.

Seorang yang sentiasa memburu al-Haq; kadang-kadang dipanggil "salik" akan sentiasa ingat pesanan Ibnu Athaillah ini. 

Hamba Allah yang baik apabila dia juga seorang "salik".... "yang tercari-cari" dan membuat orang ramai "tercari-cari" al-HAQ setiap detik.
  

Friday, 28 December 2012

Kebergantungan kepada Allah ketika Merancang dan Bekerja




Kebergantungan kepada Allah ketika Merancang dan Bekerja



1. Bila kita merancang dan mengatur, mohon ilham Allah:


اللَهمَ انَى أسألك رحمة من عندك تلهمنى بها رشـدى

2.. Bila sedang berkerja dan beroperasi serahkan segalanya kepada Allah sehingga kita rasa erti ayat Allah S.W.T:

وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ رَمَىٰ 

Bukan kerana strategi, Bukan kerana Doa kita




Bukan kerana Strategi, Bukan kerana Doa kita



Selepas orang menyangka kita telah lakukan kejayaan, kita dinasihatkan untuk tidak merasakan perancangan, strategi dan siasah yang kita aturkan, yang menyebabkan kita berjaya. 
Malah doa yang pernah kita pohon pun, kita dinasihatkan,  untuk tidak merasakan ia penyebab Allah kurniakan kejayaan yang disangkakan itu.
Jadikan perancangan, strategi, siasah dan doa yang kita rasa dimaqbulkan Allah itu, sebagai ubudiyah kita untuk mendekatkan diri kita kepada Allah...
Kalau tidak, kita semua belum mengenali dan belum memahami Allah sebagai tuhan kita itu

لاَ يَكُنْ طَلَبُكَ تَسَبُّبًا إِلَى العَطَاءِ مِنْهُ؛ فَيَقِلَّ فَهْمُكَ عَنْهُ، وَلْيَكُنْ طَلَبُكَ لِإِظْهَارِ العُبُودِيَّةِ وَقِيَامًا بِحُقُوْقِ الرُبُوْبِيَّةِ
Janganlah permohonanmu (doamu) engkau anggap sebagai sebab pemberian Allah, sehingga menjadi berkurang pemahamanmu mengenaiNya. Hendaklah permohonanmu demi menunjukkan penghambaanmu (ubudiyah) dan memenuhi hak-hak Dia sebagai Tuhan

Thursday, 15 November 2012

Selamat Tahun Baru Hijrah





SELAMAT TAHUN BARU


Satu masa nanti, kita akan cuba meraba baju kita yang mula terasa basah. Banyak kemungkinannya:

1. Percikan hujan atau sungai yang kita mudik ke hulu


2. Atau mungkin sahaja titisan demi titisan air mata tahjud dan munajat kita

3. Tidak mustahil peluh yang bercucuran kerana penat amal kita

4. Mungkin juga tempias air liur ketika mengulang ribuan kalimah zikir

5. Terlalu banyak ceramah, tazkirah dan taujihat, hingga basah baju kita

6. Meeting, brainstorming, strategic planning, seminar, konvensyen, kertas kerja, research sehingga basah?

7. Alangkah indahnya kalau yang basah itu darah merah yang mengalir tanpa kita sedari

Tuesday, 13 November 2012

Cipta Kejayaan Anda



Cipta Kejayaan Anda


“You can’t find a new land with an old map” (Prahalad 2000).

Kita kena mencipta sendiri kejayaan; selepas kita memahami Allah telah bekalkan kepada kita kuasa memilih (Ikhtiar). 

Kita kena MENYAMBUNG usaha orang terdahulu. Bukan sekadar mengulanginya sahaja

Allah aturkan kejayaan di celah-celah sebab dan musabbab

Selagi Allah rahsiakan taqdirnya, kita kena berusaha bermati-matian.

Maka kita akan ketemui pulau yang dicari...

Monday, 5 November 2012

Gangguan dan Kritikan Diciptakan Agar Kita Lebih Mendekatkan Diri Kepada-Nya



Gangguan dan Kritikan Diciptakan Agar Kita Lebih 
Mendekatkan Diri Kepada-Nya



Sebagai seorang pemimpin, pendakwah, guru, murabbi atau pendidik, kita kena berusaha agar anak buah kita mendengar dan menghormati kita. Ia bertujuan melatih mereka menghormati ilmu dan kebaikan yang cuba kita berikan.

Namun, kekadang kalau ada idea atau amal kita, yang kita rasa ilham dari Allah S.W.T ditolak, dikritik, diperkecil; bersyukurlah kepada Allah.


Itulah proses Allah S.W.T nak angkat kita ke maqam seterusnya. Agar kita semakin rapat dengan-Nya.

Kalau kita tidak terdedah dengan kritikan, AWAS! kita dalam bahaya sebenarnya. Kita rasa semua orang kagum dengan kita dan idea-idea serta amal kita.

Ibnu Athaillah pernah berpesan begitu buat kita semua:

إِنَّمَا أَجْرَى الأَذَى عَلَى أَيْدِيْهِمْ كَيْ لَا تَكُوْنَ سَاكِنًا إِلَيْهِمْ؛ أَرَادَ أَنْ يُزْعِجَكَ عَنْ كُلِّ شَيْءٍ، حَتَّى لاَ يَشْغَلَكَ عَنْهُ شَيْءٌ.

Allah sengaja menciptakan gangguan dari orang ramai terhadap mu, supaya engkau tidak cenderong (tenang) kepada mereka. Allah ingin timbulkan rasa terganggu dari semua keadaan sehingga tiada sesuatu yang menyibukkan mu dari-Nya

He only made affliction come at the hands of people so that you not repose in them. He wanted to drive you out of everything so that nothing would divert you from Him.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...