Tuesday, 17 July 2012

Kosongkan Hati Mereka Sebelum Diisi


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sheikh Abdul Qadir Jailani "berpesan" kepada saya ketika saya membaca bukunya yang bertajuk Fathu al-Rabbani:

فَرٍّغْ قَلْبَكَ الذِيْ هُو بَيْتَ الحَقِّ عَزَّ وَجَلَّ, لَا تَدَعْ فِيْهِ غَيْرَهُ, اِذَا كَانَتِ
 المَلَائٍكَةُ عَلَيْهِمُ السَلَامُ لَا تَدْخُلُ بَيْتًا فِيْهِ صُوْرَةٌ فَكَيْفَ يَدْخُلُ الحَقُّ عَزَّ وَجَّلَ اِلَى قَلْبِكَ وَفِيْهِ صُوَرٌ وَأَصْنَامٌ؟ - الفتح الربني
Kosongkan hatimu yang merupakan rumah Allah S.W.T. Jangan biarkan selainNya di situ.Sekiranya Malaikat tidak masuk rumah yang di dalamnya ada gambar (ukiran - patung), bagaimana pula Allah S.W.T akan masuk ke dalam hatimu yang di dalamnya ada  patung dan berhala?

Ketika melaksanakan tarbiah; kita pastikan hati para mutarabbi itu benar-benar kosong dari sebarang penghambaan, keterikatan, kecenderungan, kekaguman kepada selain Allah S.W.T.

Sebab itu kita sentiasa menekankan Mihwar Imani dalam setiap jalsah yang dilalui mereka.

Para murabbi akan mengusahakan tsiqah mutarabbi agar proses ittiba' berlaku. Tsiqah itu akan dikembangkan dan dihalakan kepada tsiqah kepada Allah, janjiNya dan manhajNya, tsiqah kepada Jemaah dan Qiadahnya.

Murabbi akan pastikan tsiqah kepada dirinya dibatasi dengan cara yang betul. Tsiqah itu tidak akan bertukar kepada intima' syakhsi dan lebih buruk tidak menjadi wala' syakhsi (seperti ahli sufi yang jauh tersasar).
  • Pastikan hati-hati mutarabbi benar-benar kosong, buat diisi Nur Rabbani
  • Tanpa tsiqah yang diusahakan, mutarabbi tidak akan bersama dalam dakwah dan tarbiyah ini
  • Tsiqah yang kita usahakan itu mesti dikawal dengan berhati-hati
Kalau ada duat yang mampu menarik tsiqah mad'u dan orang ramai, kita jangan pula mencemburui dan berusaha memusnahkan tsiqah itu dengan murabbinya sekali.

Mari kita pelajari dari mereka yang mampu menarik dan membina tsiqah orang ramai di luar sana. Kitamembiarkan diri kita tidak meningkat dan hanya pandai meng"komen" orang lain.

Belajar dari orang lain tidak mencairkan fikrah dan manhaj tagyir yang kita imani.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...