Tuesday, 17 July 2012

Meneroka Apa Yang Kita Dengar


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kita selalu dinasihati untuk  menjadi pendengar yang baik. Walau ada yang mengadu penat untuk mendengar, tetapi kita akan dapat meneroka sesuatu yang indah.

Kita akan dapat membaca hati si pemilik bicara yang kita dengari itu. Sama ada hatinya bersih jernih atau sebaliknya. 

Buruk atau baiknya bicara sesaorang, ia menggambarkan keindahan ciptaan Allah pada hati si pembicara. 

Kita akan tahu dia sedang marah, geram, dia menahan sabar, dia tidak jujur, dia dengki. Dia mujahadah, dia ikhlas, dia kepuasan, dia berlapang dada atau dia kebingungan.

Segalanya boleh dibaca. Ibnu Athaillah telah mengajar kita sebagaimana Allah dan dan Rasul telah mengajar kita,  sebelum guru-guru kaunseling mengajar para kaunselor untuk menjadi pendengar yang baik.

 
كُلُّ كَلاَمٍ يَبْرُزُ وَعَلَيْهِ كِسْوَةِ القَلْبِ الَّذِيْ مِنْهُ بَرَز
Setiap ucapan yang meluncur pasti membawa corak hati tempat asal keluarnya ucapan itu
Si pembicara boleh sahaja berlakon dan menyembunyikan isi hatinya, namun lama mana mereka boleh berlakon? 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...