Tuesday, 17 July 2012

Surah Kahfi dan erti kepengikutan


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Merenung ayat pendek dari surah kahfi yang antum telah baca hari ini:
قَالَ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا [١٨:٦٩]

Moses said: "Thou wilt find me, if Allah so will, (truly) patient: nor shall I disobey thee in aught."


Ia melambangkan ketaatan seorang pengikut kepada gurunya.. Musa berjanji untuk taat dengan sabar. Ketika itu Musa a.s seorang murid dan pengikut.
Lihat ketika nabi yang sama ini menjadi pemimpin pula.
وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ لِمَ تُؤْذُونَنِي وَقَد تَّعْلَمُونَ أَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ ۖ فَلَمَّا زَاغُوا أَزَاغَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْ ۚ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ [٦١:٥]

And remember, Moses said to his people: "O my people! why do ye vex and insult me, though ye know that I am the messenger of Allah (sent) to you?" Then when they went wrong, Allah let their hearts go wrong. For Allah guides not those who are rebellious transgressors.


Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakiti daku, sedang kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu?" Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik - derhaka.

Kita kena jadi pemimpin yang baik. Kita juga kena jadi pengikut yang baik. 

Pemimpin yang baik bila dia sentiasa baiki diri untuk menjadi pengikut terbaik. Surah kahfi ini mengajar kita begitu.

Almarhom Said Hawa yang terlantar lama juga di hospital Jordan diakhir hayatnya, ada buat komentar uang baik tentang ayat sirah saff ini. Dalam Asas Tafsirnya 11 jilid itu, beliau banyak memetik dari Syed Qutb dan ahli tafsir terdahulu. 

Khusus tentang surah saff ini:

"Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakiti daku"

Tiga sifat yang ada pada bani Israel itu berangkai kata Said Hawa:

Menyakiti Nabi Musa a.s,

 ia bermula dengan penyalit hati, tidak menjaga akhlaq. Tidak berakhlaq dengan pemimpin.  Bersabarlah menegur pemimpin. Boleh tegur tapi semua kena jaga akhlaq menegur. 

Dengan menyakiti pemimpin, boleh mengherit dan menempah penyakit kedua iaitu mula cenderung untuk menyeleweng.

Syaitan akan gunakan dukacita, malu alah dengan kejayaan kita melukanya pemimpin. Pengikut akan menjauhkan diri dan memilih untuk menyeleweng kerana merasa dia dah di luar arus perdana anta dia, pengikut lain dan pemimpin.

Bila mula menyeleweng dan menjauhkan diri, Allah akan hukum kita dengan menjauhkan kita pula, kerana kita yang memulakan untuk menjauhkan diri.

Jangan cuba bermain dengan Allah S.W.T.

Ia bermula dengan kita yang pilih untuk menyeleweng maka Allah akan selewengkan kita lebih jauh dari yang kita sangka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...