Tuesday, 17 July 2012

Meninggalkan Yakin Kepada Dzan?


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


أَجْهَلُ النَّاسِ مَنْ تَرَكَ يَقِيْنَ مَا عِنْدَهُ؛ لِظَنِّ مَا عِنْدَ النَّاسِ

Sebodoh-bodoh manusia orang yang meninggalkan keyakinannya kerana mengikuti sangkaan orang lain.

Kita semua "yakin" bahawa kita punya kelemahan yang perlu dibaiki dari masa ke semasa. 

Dalam kesibukan kita baiki diri supaya menjadi lebih baik dan lebih baik kerana "yakin" kelemahan diri kita, tiba-tiba kita terhenti baiki diri kerana tersentak pujian orang lain.

Kita lebih bergantung dengan pujian orang lain yang berbentuk "sangkaan" mereka, daripada "keyakinan" kita tentang kelemahan diri sendiri.

Kelemahan diri kita adalah benar, sangkaan mereka yang memuji kita, tentu tidak semestinya benar.

Seorang yang sentiasa memburu al-Haq; kadang-kadang dipanggil "salik" akan sentiasa ingat pesanan Ibnu Athaillah ini. 

Hamba Allah yang baik apabila dia juga seorang "salik".... "yang tercari-cari" dan membuat orang ramai "tercari-cari" al-HAQ setiap detik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...