Tuesday, 17 July 2012
Rahsia Pidato
Apa rahsia orang boleh berpidato di hadapan khalayak ramai tanpa gugup. Menghadiri training berbayar? Selalu berlatih? Jampi serapah?
كُنْ صَحِيْحًا فِى السِّرِّ تَكُنْ فَصِيْحًا فِى الْعَلاَنِيَةِ
Itulah jawapan dari Sheikh Abdul Qadir Jailani. Jadilah benar ketika kamu bersunyi2an (berseorangan) nescaya kamu menjadi fasih di khalayak ramai.
Ketika berseorangan kita makin kuat dengan Allah S.W.T. Semakin khusyuk denganNya. Semakin lazat membayangkan kebesaranNya, SifatNya dan nama-namaNya Yang Mulia.
Kalau itu mantap, khalayak manusia akan menumpukan setiap patah bicara kita. Bicara kita terpancar dari hati yang jernih. Ia bertolak dari KEIKHLASAN seorang dai'e yang ditarbiyah saban minggu.
Mengenali susuk jalan dakwah
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
1. Jalan dakwah ini panjang. Sesiapa yang gopoh tentu tidak tahan bersama perjuangan ini
2 Sepanjang perjalanan ini, musuh akan menghalang dan mengkeroyok penerokanya
3. Dalam perjalanan ini, kita akan dapati senarai ujian-ujian yang tidak kunjung padam. Memang diatur oleh Allah S.W.T sedemikian rupa
4. Kalau kita dapati ia tidak popular, memang begitulah jalannya. Tidak ramai yang akan menyunsung jalan yang kelihatan sunyi ini. Namun bila sampai masanya, berbondung-bondung akan bersama jalan ini
5. Sesiapa yang pilih jalan ini, akan terasa beban amanah yang besar, berat dan banyak. Terasa ringan bila berjemaah....
Surah Kahfi dan erti kepengikutan
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Merenung ayat pendek dari surah kahfi yang antum telah baca hari ini:
قَالَ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا [١٨:٦٩]
Moses said: "Thou wilt find me, if Allah so will, (truly) patient: nor shall I disobey thee in aught."
Ia melambangkan ketaatan seorang pengikut kepada gurunya.. Musa berjanji untuk taat dengan sabar. Ketika itu Musa a.s seorang murid dan pengikut.
Lihat ketika nabi yang sama ini menjadi pemimpin pula.
Kita kena jadi pemimpin yang baik. Kita juga kena jadi pengikut yang baik.
Pemimpin yang baik bila dia sentiasa baiki diri untuk menjadi pengikut terbaik. Surah kahfi ini mengajar kita begitu.
Almarhom Said Hawa yang terlantar lama juga di hospital Jordan diakhir hayatnya, ada buat komentar uang baik tentang ayat sirah saff ini. Dalam Asas Tafsirnya 11 jilid itu, beliau banyak memetik dari Syed Qutb dan ahli tafsir terdahulu.
Khusus tentang surah saff ini:
"Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakiti daku"
Tiga sifat yang ada pada bani Israel itu berangkai kata Said Hawa:
وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ لِمَ تُؤْذُونَنِي وَقَد تَّعْلَمُونَ أَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ ۖ فَلَمَّا زَاغُوا أَزَاغَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْ ۚ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ [٦١:٥]
And remember, Moses said to his people: "O my people! why do ye vex and insult me, though ye know that I am the messenger of Allah (sent) to you?" Then when they went wrong, Allah let their hearts go wrong. For Allah guides not those who are rebellious transgressors.
Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakiti daku, sedang kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu?" Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik - derhaka.
Kita kena jadi pemimpin yang baik. Kita juga kena jadi pengikut yang baik.
Pemimpin yang baik bila dia sentiasa baiki diri untuk menjadi pengikut terbaik. Surah kahfi ini mengajar kita begitu.
Almarhom Said Hawa yang terlantar lama juga di hospital Jordan diakhir hayatnya, ada buat komentar uang baik tentang ayat sirah saff ini. Dalam Asas Tafsirnya 11 jilid itu, beliau banyak memetik dari Syed Qutb dan ahli tafsir terdahulu.
Khusus tentang surah saff ini:
"Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakiti daku"
Tiga sifat yang ada pada bani Israel itu berangkai kata Said Hawa:
Menyakiti Nabi Musa a.s,
ia bermula dengan penyalit hati, tidak menjaga akhlaq. Tidak berakhlaq dengan pemimpin. Bersabarlah menegur pemimpin. Boleh tegur tapi semua kena jaga akhlaq menegur.
Dengan menyakiti pemimpin, boleh mengherit dan menempah penyakit kedua iaitu mula cenderung untuk menyeleweng.
Syaitan akan gunakan dukacita, malu alah dengan kejayaan kita melukanya pemimpin. Pengikut akan menjauhkan diri dan memilih untuk menyeleweng kerana merasa dia dah di luar arus perdana anta dia, pengikut lain dan pemimpin.
Bila mula menyeleweng dan menjauhkan diri, Allah akan hukum kita dengan menjauhkan kita pula, kerana kita yang memulakan untuk menjauhkan diri.
Jangan cuba bermain dengan Allah S.W.T.
Ia bermula dengan kita yang pilih untuk menyeleweng maka Allah akan selewengkan kita lebih jauh dari yang kita sangka.

Meninggalkan Yakin Kepada Dzan?
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
أَجْهَلُ النَّاسِ مَنْ تَرَكَ يَقِيْنَ مَا عِنْدَهُ؛ لِظَنِّ مَا عِنْدَ النَّاسِ
Sebodoh-bodoh manusia orang yang meninggalkan keyakinannya kerana mengikuti sangkaan orang lain.
Kita semua "yakin" bahawa kita punya kelemahan yang perlu dibaiki dari masa ke semasa.
Dalam kesibukan kita baiki diri supaya menjadi lebih baik dan lebih baik kerana "yakin" kelemahan diri kita, tiba-tiba kita terhenti baiki diri kerana tersentak pujian orang lain.
Kita lebih bergantung dengan pujian orang lain yang berbentuk "sangkaan" mereka, daripada "keyakinan" kita tentang kelemahan diri sendiri.
Kelemahan diri kita adalah benar, sangkaan mereka yang memuji kita, tentu tidak semestinya benar.
Seorang yang sentiasa memburu al-Haq; kadang-kadang dipanggil "salik" akan sentiasa ingat pesanan Ibnu Athaillah ini.
Hamba Allah yang baik apabila dia juga seorang "salik".... "yang tercari-cari" dan membuat orang ramai "tercari-cari" al-HAQ setiap detik.
Bidayah Rabbaniyyah
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bagi yang dah lama tak baca atau ulang semula Muntalaq, di petik satu ungkapan yang penting dalam muqaddimah Muntalaq bawah tajuk:
إجلس بنا نؤمن ساعة
Kata-kata mendalam dari Yahya ibnu Muaaz (258 H)
قال يحيى بن معاذ أحسن شيء : كلام رقيق , يستخرج من بحر عميق على لسان رجل رفيق
Sebaik-baik perkara ialah: Perkataan yang lembut, yang dikeluarkan dari lautan yang
dalam, daripada lidah seorang yang lemah-lembut).
Mari kita sama-sama belajar mengungkap sesuatu ceramah, tazkirah dan perbualan yang baik dan indah.
Semua kita ada kelebihan ilmu, tetapi jarang nak berlatih mengunggkapkannya.
Ikhwah terlatih untuk selalu bertazkirah. Bagi mereka yang rasa dah lama tidak buat tazkirah, pastikan anda selalu mencuba. Lagi banyak kita mencuba lagi banyak yang kita pelajari.
1. Ilmu kita sepetutnya semakin bertambah: walau belum menjadi "lautan yang dalam".
2. Lidah dan hati kita akan menjadi lembut bila kita beri peluang untuk bercakap. Kalau kita diam sahaja. kita dan anak buah kita akan kekal kelu lidah dan mudah keras hati. Kesilapan dalam bertazkirah akan mendapat teguran. Teguran itu sangat membantu.
Kita akan menjadi master bila kita mula menyampaikan
Kekerapan itu akan membantu kita semua untuk memulakan mesyuarat dengan "Bidayah Rabbaniyah" dan mengesani orang lain. Kita akan mampu membina suasana "basah" dalam majlis yang kita hadiri.
Bermanja dengan Allah dengan banyak memohon...
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kekadang kita terasa sayu, disebabkan banyak faktor. Ujian, kepayahan atau cabaran boleh membuat kita berasa sayu.
Ada ketika kita rasa sayu tanpa sebab-sebab yang jelas.
Kesayuan itu akan menyebabkan kita terasa untuk mengadu kepada Allah S.W.T.
Bila kita merayu pada Allah S.W.T, maka kita akan pandai untuk memohon kepadaNya pelbagai perkara.
Menurut ilmu yang diajar oleh Ibnu Athaillah, selepas beliau menguasai ilmu Islam dan pengalaman sebagai hambaNya, beliau ada mengungkapkan:

مَتَى أَطْلَقَ لِسَانَكَ بِالطَّلَبِ، فَاعْلَمْ أَنَّهُ يُرِيْدُ أَنْ يُعْطِيَكَ
"Ketika Allah Meringankan lidahmu utuk memohon dan meminta kepadaNya, maka ketahuilah bahawa Dia ingin mengurniakan kepadamu"
Berhati-hatilah kalau ada ketika dalam hidup ini, kita tidak pandai meminta dan merayu kepada Allah S.W.T...
Dalam perjuangan bersama IKRAM; ketika berdakwah,ketika melaksanakan tarbiah, ketika beraktivisma bermesyuarat dan bersyura, malah ketika berjihad, ketika berkerjaya, belajar, berniaga...jangan sampai kita kering dan putus idea untuk memohon kepadaNya.
Kalau hati kita keras dan tidak boleh mencipta permohonan kepada Allah S.W.T, atau tidak khusyu' ketika memohon dariNya; itu tanda Allah S.W.T tidak mahu "mengurniakan" kepada kita....

Rahsia Di Sebalik As-Saff Bahagian 1
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dalam surah As-Saf, kita semua akan bertemu tiga kali kata seruan memanggil orang-orang beriman. Ayat 3, 10 dan 14.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيم٠
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ ۖ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ ۖفَآمَنَت طَّائِفَةٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَت طَّائِفَةٌ ۖ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.
Ini semua melambangkan kehebatan Allah S.W.T berbicara dengan makhlukNya. Allah "berperingkat-peringkat" dalam mengeluarkan arahan.
1. Ayat 3: Mempertikaikan hambaNya dan buat mereka rasa bersalah dan berdosa. Rasa takut akan timbul. Kemudian Allah terangkan pula apa yang Dia suka hambaNya lakukan. Allah pujuk selepas menakutkan.
2. Ayat 10: Allah mula tawar menawar dengan kita. Selepas hambaNya cuba memilih untuk berjuang dan berperang secara tersusun itu, Allah sebutkan perangai kaum Bani Israel ketika mereka berurusan dengan pemimpin; Nabi Musa dan Isa ah.s
Selepas ada kesedaran dan kemungkinan kita semua akan berhadapan dengan kaum Yahudi yang mewarisi datok nenek moyang mereka, ita rasa bimbang untuk berjuang kerana payah.Allah tahu kebimbangan itu. Masa ini Allah buka tawaranNya untuk hilangkan bimbang untuk berjuang pula, ada jaminan.
3. Ayat 14: Selepas kita malu kerana Pencipta tawar menawar dengan kita; selepas meyakinkan jaminanNya itu, Allah terus perintah. Ya kali ini Allah perintah untuk menjadi Ansar secara terus terang.
Kembali semula melihat susunan hebat ini.
1. Allah timbulkan rasa bersalah di kalangan kita dan rangsang kita agar tercari-cari jalan keluar
2. Allah timbulkan rasa malu di kalangan kita, kerana Allah ketika meminta kita untuk berjuang, dia ajak kita berniaga. Kita rasa tak layak berurus niaga denganNya. sepatutnya, tanpa jual beli itu, memang sepatutnya kita kena berjuang. Allah timbulkan rasa yakin kepada hambaNya ada jaminan dalam perjuangan.
3. Terus perintah untuk jadi Ansarnya
Inilah proses pembelajaran dan membuat keputusan pada pengikut kita. Tarbiah yang mesti kita lakukan ketika membelai, mesti ikut langkah-langkah ini. Mereka tidak wajar diminta patuh sebelum kita menangi hati mereka.
Mereka akan buat keputusan untuk patuh selepas merasakan dan melalui tarbiah yang menyebabkan mereka rasa bersalah dan tercari-cari. Ia mengambil masa tertentu. bergantung kepada perbezaan individu, tempat, suasana dan cabaran yang ada.
Tarbiah yang tekun dan telitilah yang membuat mereka malu dan selepas mendapat jaminan (insurance), kalau tidak membantu agama Allah.
Tarbiah yang meyakinkan masa hadapan Islam yang gemilang dan "benefit"nya.
Akhirnya tarbiah yang berterusan, yang akan buat mereka berdosa kalau tidak mahu jadi Ansar Allah.
Dukacita dengan pandangan orang lain, kembalilah kepada Allah
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sekali sekala kita ada merasa manusia menolak, menghalang atau paling tidak, tidak senang dengan kita.
Bagi seorang yamg cuba membersihkan diri dan mendekatkan diri dengan Allah, itu perkara yang mesti dia lalui. Urus perasaan itu dengan tenang dan matang.
Ikhlas sahaja tidak memadai. Tenang menghadapi suasana itu, tanda kita diangkat oleh Allah S.W.T, lebih tinggi dari kaca mata hamba-hambaNya yang cuba menilai kita.
Merasakan Allah Mendengar, Melihat dan Mengetahui hati budi kita; dan merasa kita layak diredhai Allah S.W.T sebagaimana disyariatkan, sangat penting.
Percayalah kalau kita berjaya; ribuan doa kita akan dimaqbulkan Allah S.W.T.
Ibnu Athaillah berpesan kepada orang yang dukacita dengan pandangan orang lain terhadap dirinya:
مَتَى آلَمَكَ عَدَمُ إِقْبَالِ النَاسِ عَلَيْكَ، أوْ تَوَجُّهُهُمْ بِالذَّمِّ إِلَيْكَ، فَارْجِعْ إِلَى عِلْمِ اللهِ فِيْكَ، فَإِنْ كَانَ لَا يُقْنِعُكَ عِلْمُهُ، فَمُصِيْبَتُكَ بِعَدَمِ قَنَاعَتِكَ بِعِلْمِهِ أَشَدُّ مِنْ مُصِيْبَتِكَ بِوُجُوْدِ الأَذَى مِنْهُمْ
"Ketika engkau terasa pedih kerana orang-orang tidak mengacuhkanmu (memperdulikan/melayanmu), maka kembalikanlah kepada pengetahuan Allah terhadapmu. Jika engkau sendiri rasa tidak puas dengan pengetahuanNya terhadapmu, maka ketahuilah, merasa tidak puas dengan pengetahuanNya itu lebih pedih malangnya dari malang merasa celaan mereka."
Kosongkan Hati Mereka Sebelum Diisi
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sheikh Abdul Qadir Jailani "berpesan" kepada saya ketika saya membaca bukunya yang bertajuk Fathu al-Rabbani:
فَرٍّغْ قَلْبَكَ الذِيْ هُو بَيْتَ الحَقِّ عَزَّ وَجَلَّ, لَا تَدَعْ فِيْهِ غَيْرَهُ, اِذَا كَانَتِ
المَلَائٍكَةُ عَلَيْهِمُ السَلَامُ لَا تَدْخُلُ بَيْتًا فِيْهِ صُوْرَةٌ فَكَيْفَ يَدْخُلُ الحَقُّ عَزَّ وَجَّلَ اِلَى قَلْبِكَ وَفِيْهِ صُوَرٌ وَأَصْنَامٌ؟ - الفتح الربني
Kosongkan hatimu yang merupakan rumah Allah S.W.T. Jangan biarkan selainNya di situ.Sekiranya Malaikat tidak masuk rumah yang di dalamnya ada gambar (ukiran - patung), bagaimana pula Allah S.W.T akan masuk ke dalam hatimu yang di dalamnya ada patung dan berhala?
Ketika melaksanakan tarbiah; kita pastikan hati para mutarabbi itu benar-benar kosong dari sebarang penghambaan, keterikatan, kecenderungan, kekaguman kepada selain Allah S.W.T.
Sebab itu kita sentiasa menekankan Mihwar Imani dalam setiap jalsah yang dilalui mereka.
Para murabbi akan mengusahakan tsiqah mutarabbi agar proses ittiba' berlaku. Tsiqah itu akan dikembangkan dan dihalakan kepada tsiqah kepada Allah, janjiNya dan manhajNya, tsiqah kepada Jemaah dan Qiadahnya.
Murabbi akan pastikan tsiqah kepada dirinya dibatasi dengan cara yang betul. Tsiqah itu tidak akan bertukar kepada intima' syakhsi dan lebih buruk tidak menjadi wala' syakhsi (seperti ahli sufi yang jauh tersasar).
Mari kita pelajari dari mereka yang mampu menarik dan membina tsiqah orang ramai di luar sana. Kitamembiarkan diri kita tidak meningkat dan hanya pandai meng"komen" orang lain.
Belajar dari orang lain tidak mencairkan fikrah dan manhaj tagyir yang kita imani.

- Pastikan hati-hati mutarabbi benar-benar kosong, buat diisi Nur Rabbani
- Tanpa tsiqah yang diusahakan, mutarabbi tidak akan bersama dalam dakwah dan tarbiyah ini
- Tsiqah yang kita usahakan itu mesti dikawal dengan berhati-hati
Mari kita pelajari dari mereka yang mampu menarik dan membina tsiqah orang ramai di luar sana. Kitamembiarkan diri kita tidak meningkat dan hanya pandai meng"komen" orang lain.
Belajar dari orang lain tidak mencairkan fikrah dan manhaj tagyir yang kita imani.
Cela Dirimu sebaik mendengar orang memujimu
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
النَاسُ يَمْدَحُوْنَكَ لِمَا يَظُنُّونَهُ فِيْكَ، فَكُنْ أَنْتَ ذَامًّا لِنَفْسِكَ؛ لِمَا تَعْلَمُهُ مِنْهَا
"Orang ramai memujimu tentang apa- apa yang mereka sangka terhadapmu. Maka celalah dirimu, terhadap apa yang kamu sendiri tahu tentang diru mu"
Ibnu Athaillah menasihatkan kita semua agar berhati-hati bila dipuji.
Seorang guru kepada perawat, akan menasihatkan perawat-perawatnya agar tidak tertipu; bila pesakitnya mengucapkan terima kasih atau memujinya selepas sembuh. Mereka dilatih untuk mengalihkan perhatian sebaik dipuji.
Seorang guru kepada penceramah, akan menasihatkan penceramah-penceramahnya agar tidak tertipu dan tidak merasa lazat bila dipuji tentang isi, gaya dan teknik ceramahnya.
Seorang guru kepada guru al-Quraan akan menasihatkan guru-guru al-Quraan agar tidak leka bila dipuji tentang suaranya yang mendayu-dayu itu.
Perawat, ahli politik, murabbi, chef, pemidato, pemimpin dan semuanya kena ada mekanisma membersihkan hati bila berhadapan dengan pujian....
1. Kita sedar kejayaan itu bukan dari kita ia
2. Kita tahu ilham dan idea itu bukan dari kita
3. Kefasihan lidah itu bukan dari kita
4. Kemerduan suara itu bukan dari kita
5. Kelazatan masakan itu bukan dari kita
6. Tersusunnya mesyuarat itu bukan dari kita yang mempengerusikannya

Subscribe to:
Posts (Atom)