Tuesday 17 July 2012

Bidayah Rabbaniyyah


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bagi yang dah lama tak baca atau ulang semula Muntalaq, di petik satu ungkapan yang penting dalam muqaddimah Muntalaq bawah tajuk:
إجلس بنا نؤمن ساعة
(Marilah kita duduk untuk beriman sejenak).

Kata-kata mendalam dari Yahya ibnu Muaaz (258 H)
قال يحيى بن معاذ أحسن شيء : كلام رقيق , يستخرج من بحر عميق على لسان رجل رفيق

Sebaik-baik perkara ialah: Perkataan yang lembut, yang dikeluarkan dari lautan yang
dalam, daripada lidah seorang yang lemah-lembut).

Mari kita sama-sama belajar mengungkap sesuatu ceramah, tazkirah dan perbualan yang baik dan indah.
Semua kita ada kelebihan ilmu, tetapi jarang nak berlatih mengunggkapkannya. 

Ikhwah terlatih untuk selalu bertazkirah. Bagi mereka yang rasa dah lama tidak buat tazkirah, pastikan anda selalu mencuba. Lagi banyak kita mencuba lagi banyak yang kita pelajari.

1. Ilmu kita sepetutnya semakin bertambah: walau belum menjadi "lautan yang dalam".
2. Lidah dan hati kita akan menjadi lembut bila kita beri peluang untuk bercakap. Kalau kita diam sahaja. kita dan anak buah kita  akan kekal kelu lidah dan mudah keras hati. Kesilapan dalam bertazkirah akan mendapat teguran. Teguran itu sangat membantu.

Kita akan menjadi master bila kita mula menyampaikan

Kekerapan itu akan membantu kita semua untuk memulakan mesyuarat dengan "Bidayah Rabbaniyah" dan mengesani orang lain. Kita akan mampu membina suasana "basah" dalam majlis yang kita hadiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...