Tuesday 17 July 2012

Berkawanlah dengan mereka walau mereka bukan pejuang


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Memang sejak zaman Madinah lagi telah ada dua golongan, (walau bilangannya kecil) dari kalangan sahabat-sahabat Nabi. Ibnu Athaillah melihat mereka dengan kemuliaan. 

Kenapa kita memandang mereka rendah.


قَوْمٌ أَقَامَهُمُ الحَقُّ لِخِدْمَتِهِ، وَقَوْمٌ اِخْتَصَّهُمْ بِمَحَبَّتِهِ

"Satu kaum (kelompok) yang Allah bangkitkan untuk berkhidmat kepadaNya dan satu kaum lagi Allah khususkan mereka untuk mencintaiNya"

Hingga hari ini, golongan seperti itu ada. Kepandaian pemimpin ummah, pada setiap zaman mengurus dan memanfaatkan kewujudan mereka. Bukan bermusuh dengan mereka.

Puak Zindik dll akan menghanyut mereka sejauh-jauhnya....tentunya mereka tidak menumpukan kepada ilmu lebih dari lainnya.

Tetapi hubungannya dengan Allah jauh lebih baik dari kita. 

Allah telah pilih kta sebagai ansarnya. Kita kena kekal sebagai ansarnya. Bermati-matian kita bekerja sebagai ansarNya. Melainkan, kalau ada pemimpin ummah yang  meminta kita jadi orang yang berkasih sayang denganNya sahaja. jangan bekerja kerana serba tak kena.

Kita melihat mereka sebagai pengimbang, walau kita tidak selesa mencontohi mereka. Melainkan dalam bab berkasih sayang denganNya.

Nama-nama seperti Uwais al-Qarni; Omar diminta mencarinya, buat mendoakan keampunan. Omar tidak perlu mengubahnya, atau melantiknya menjadi penasihat atau pejuangnya. Memadai mendoakannya sebagaimana pesanan Nabi S.A.W.

Kita bekerja untuk melahirkan golongan pertama; tetapi golongan kedua akan lahir dalam ummah ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...