Tuesday 17 July 2012

Rahsia Di Sebalik As-Saff Bahagian 1


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dalam surah As-Saf, kita semua akan bertemu tiga kali kata seruan memanggil orang-orang beriman. Ayat 3, 10 dan 14.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ 

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! 


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيم٠

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ ۖ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ ۖفَآمَنَت طَّائِفَةٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَت طَّائِفَةٌ ۖ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ 

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. 


Ini semua melambangkan kehebatan Allah S.W.T berbicara dengan makhlukNya. Allah "berperingkat-peringkat" dalam mengeluarkan arahan.

1. Ayat 3: Mempertikaikan hambaNya dan buat mereka rasa bersalah dan berdosa. Rasa takut akan timbul. Kemudian  Allah terangkan pula apa yang Dia suka hambaNya lakukan. Allah pujuk selepas menakutkan.

2. Ayat 10: Allah mula tawar menawar dengan kita. Selepas hambaNya cuba memilih untuk berjuang dan berperang secara tersusun itu, Allah sebutkan perangai kaum Bani Israel ketika mereka berurusan dengan pemimpin; Nabi Musa dan Isa ah.s


Selepas ada kesedaran dan kemungkinan kita semua akan berhadapan dengan kaum Yahudi yang mewarisi datok nenek moyang mereka, ita rasa bimbang untuk berjuang kerana payah.Allah tahu kebimbangan itu. Masa ini Allah buka tawaranNya untuk hilangkan bimbang untuk berjuang pula, ada jaminan.

3. Ayat 14: Selepas kita malu kerana Pencipta tawar menawar dengan kita; selepas meyakinkan jaminanNya itu, Allah terus perintah. Ya kali ini Allah perintah untuk menjadi Ansar secara terus terang.

Kembali semula melihat susunan hebat ini.

1. Allah timbulkan rasa bersalah di kalangan kita dan rangsang kita agar tercari-cari jalan keluar

2. Allah timbulkan rasa malu di kalangan kita, kerana Allah ketika meminta kita untuk berjuang, dia ajak kita berniaga. Kita rasa tak layak berurus niaga denganNya. sepatutnya, tanpa jual beli itu, memang sepatutnya kita kena berjuang. Allah timbulkan rasa yakin kepada hambaNya ada jaminan dalam perjuangan.

3. Terus perintah untuk jadi Ansarnya

Inilah proses pembelajaran dan membuat keputusan pada pengikut kita. Tarbiah yang mesti kita lakukan ketika membelai, mesti ikut langkah-langkah ini. Mereka tidak wajar diminta patuh sebelum kita menangi hati mereka. 

Mereka akan buat keputusan untuk patuh selepas merasakan dan melalui tarbiah yang menyebabkan mereka rasa bersalah dan tercari-cari. Ia mengambil masa tertentu. bergantung kepada perbezaan individu, tempat, suasana dan cabaran yang ada.

Tarbiah yang tekun dan telitilah yang membuat mereka malu dan selepas mendapat jaminan (insurance), kalau tidak membantu agama Allah. 

Tarbiah yang meyakinkan masa hadapan Islam yang gemilang dan "benefit"nya.

Akhirnya tarbiah yang berterusan, yang akan buat mereka berdosa kalau tidak mahu jadi Ansar Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...