Monday 30 November 2015

Dampingi semua rakyat Malaysia



DAMPINGI SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Pertubuhan IKRAM Malaysia konsisten mengajak seluruh rakyat Malaysia membina kehidupan harmoni.

Imam al-Banna ketika menghuraikan perkataan TAJARRUD التجرد mengajak pengikutnya tegas dengan fikrah tersendiri sebagimana datang dari Allah SWT dan RasulNya.

Namun beliau juga mengajak kita untuk melihat golongan yang berada di sekeliling kehidupan seorang pendakwah.

Salah satu dari 6 golongan itu ialah ذميون محايدون iaitu non-muslim yang neutral.

Mereka tidak memerangi Islam dan tiada pula punyai sebarang perjanjian rasmi antara keduanya.

Golongan ini ramai di Malaysia. Mereka ini berusaha memahami Rukun Negara, memahami Perjanjian Malaysia dan Perlembagaan Negara.

Kita perlu mendampingi mereka dan menunjukkan pekerti Islam kita yang tinggi, mulia dan murni.

Percayalah, Allah akan membantu usaha gerakan Islam seperti IKRAM untuk menegakkan Islam yang membawa rahmah kepada semua.

* Pada musim banjir begini telah tampil pelbagai bantuan mengikut kemampuan masing-masing.

TAHNIAH Galvanising Engineering and Services Sdn Bhd dari Bentong diketuai oleh Vincent Hwang dan rakan-rakannya, muncul di Temerloh bersama petugas I-Bantu IKRAM.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...