Monday 30 November 2015

Latihan buat Pemimpin Syarikat dan Organisasi - Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

LATIHAN BUAT PEMIMPIN SYARIKAT dan ORGANISASI

SKETSA:

Seorang manager menangis teresak-esak kerana dimarahi oleh CEOnya kerana cuba memberi pandangan dalam satu isu. "Kamu jangan masuk campur", "tahulah saya fikir", "nanti saya bincang dengan committtee sayalah", "jangan susahkan saya", "jangan sibuk urusan ini", sambil memberi isyarat untuk meninggalkan biliknya. "Saya sayangkan organisasi ini tuan....", "awak buat kerja awak sahajalah....." jawab Tuan CEO.

Manager terus ke bilik GM. "Saya tidak mahu dengar dari awak", "cakap sendiri dengan CEOlah.....", "saya tidak mahu fikiran saya tercemar dengan idea2 awak....", "Syarikat ini ok apa...dan tahulah kami buat kerja kami, jangan nak mengajar pulak....", "ok....selamat kembali ke pejabat awak....." ulas sang GM.

Manager itu bukan orang baru. Dia telah bertugas dalam company begitu lama. Dia mempunyai pelbagai pengalaman dalam pelbagai organisasi. Namum itulah yang berlaku dalam Syarikat Antah Berantah Sdn. Berhad.

SOALAN dan PERBINCANGAN:

1. Apa nasihat anda kepada Manager ini?

2. Bagaimana proses mendengar yang mesti ada pada seorang CEO?

3. Sebutkan "Helah Bela Diri" jenis apa yang sedang digunakan oleh GM dan apa implikasinya dalam pengurusan Syarikat tersebut?



Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...